AGAMA


Generasi muda penyambung kekuatan, keutuhan ummah



ANAK muda adalah generasi pelapis kepada sesuatu bangsa kerana masa depan bangsa itu bergantung kepada mereka. Jika pemudanya baik maka baiklah bangsa, sebaliknya jika mereka rosak maka rosaklah bangsa itu.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan hidayah untuk mereka.” (Surah Al-Kahfi, ayat 13)

Allah mengakui dan mengiktiraf sekumpulan pemuda yang beriman kepada-Nya iaitu tujuh pemuda yang beriman (ashabul kahfi), mereka beribadah dan berjihad menyeru manusia beriman kepada Allah, sehingga melarikan diri dalam gua untuk menyelamatkan aqidah mereka. 

Pada zaman ashabul kahfi, ada seorang raja yang zalim memerintahkan rakyatnya menyembah berhala dan mensyirikkan Allah. Disebabkan keimanan serta keyakinan, sekumpulan pemuda ini menjalankan aktiviti dakwah mengajak kaum mereka menyembah Allah. 

Jika dibandingkan kesungguhan ashabul kahfi ini menjalankan kegiatan dakwah biarpun berdepan pelbagai rintangan, sebahagian besar pemuda kita hari ini kurang memahami agama yang dianuti kerana kurangnya didikan dalam diri menyebabkan berlakunya hubungan haram antara lelaki dan perempuan, pembuangan bayi, tidak hormati ibu bapa, mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. 

Sedangkan ramai sahabat Nabi Muhamad SAW yang boleh dijadikan contoh dan idola oleh pemuda kita seperti Usamah bin Zaid, Saidina Ali Abu Talib, dari segi keimanan, keilmuan, keterampilan dan keberanian mereka. 
Malah, tokoh ini sanggup mengorbankan nyawa mempertahankan Rasulullah SAW di zaman muda mereka. 

Apabila kita mempunyai ramai pemuda contoh daripada kalangan sahabat dan tabiin, alangkah malangnya pemuda kita hari kerana tidak menjadikan mereka sebagai idola. Sebaliknya generasi muda kita lebih menyanjung, suka meniru dan menjadikan artis barat yang bukan beragama Islam sebagai idola dan ikutan biarpun kadang-kala kelakuan dan akhlak bintang pujaan mereka bertentangan dengan ajaran Islam. 

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ada di antara manusia memilih membelanjakan hartanya kepada perkara hiburan yang melalaikan dirinya dan orang lain, dengan tidak berdasarkan pengetahuan, dan ada pula menjadikan agama Allah itu sebagai ejekan, merekalah orang yang akan beroleh azab pedih.” (Surah Lukman, ayat 6) 

Kesimpulannya, pemuda yang beriman kepada Allah sanggup mempertahankan akidah dalam apa juga keadaan sekali pun kerana mereka sedar keutuhan sesuatu bangsa bergantung pada kekuatan generasi muda. 

Pemuda kita perlu jadikan generasi sahabat Nabi SAW sebagai idola dan ikutan dalam semua aspek dan cara hidup. 

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang orang beriman itu ialah apabila di sebut nama Allah, jadi gementar hati mereka dan apabila dibaca pada mereka ayat Allah menjadikan mereka bertambah percaya (iman), dan kepada Tuhan mereka jugalah mereka berserah.” (Surah Al-Anfal, ayat 2) 

----->Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis <------


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Remaja dan kebebasan 



KEBEBASAN adalah suatu konsep yang diimpikan oleh setiap manusia. Kebebasan adalah cara hidup yang sedang dicari oleh remaja.

Kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku selalunya menjadi idaman setiap remaja. Namun, kebebasan harus difahami dengan betul dan digunakan dengan bijaksana. Jika tidak, kebebasan akan memakan diri sendiri.

Memang fitrah kejadian manusia sukakan kebebasan. Jika boleh, bebas seperti burung yang terbang ke sana ke mari tanpa halangan. Jiwa bebas sentiasa menjadi naluri manusia dan remaja. Dalam Islam kebebasan dipandu oleh pedoman.

Pedoman daripada al-Quran menggariskan kebebasan berasaskan syariat. Syariat mengaturkan makna kebebasan iaitu boleh dan tidak boleh.Apabila remaja mengetahui sempadan kebebasan, maka kehidupan menjadi teratur dan tertib, tetapi kebebasan yang tidak ada batasan boleh menyebabkan tingkah laku remaja melampaui batas.

Kebebasan menuntut ilmu bagi remaja adalah terbuka luas. Bagi remaja Islam, sebelum mempelajari ilmu-ilmu dari tamadun lain, ia harus terlebih dahulu memahami ilmu-ilmu Islam terutama dalam bidang akidah, ibadah, syariah dan akhlak.

 Menguasai ilmu-ilmu asas ini adalah penting bagi remaja kerana ilmu-ilmu Barat dan Timur dapat difahami dengan pedoman agama.

Bayangkan kalau para remaja arif tentang ilmu Barat dan kerdil memahami ilmu-ilmu Islam, ia menyebabkan jalan berfikir yang tidak seimbang. Tidak salah para remaja mempelajari ilmu Barat dan Timur dalam segala bidang, tetapi kefahaman ilmu-ilmu Islam boleh menjadi pedoman yang terbaik bagi remaja supaya tidak mudah terpengaruh dengan ilmu-ilmu yang merosakkan.

 Begitu juga dalam pergaulan. Para remaja Islam tidak boleh bergaul secara lepas bebas. Kadangkala berlaku pergaulan yang melanggar batasan syarak. Ia menyebabkan para remaja terjebak dengan perlakuan zina, menyalahgunakan dadah dan hidup berpoya-poya.

Pergaulan sesama remaja perlu ada batasnya. Dengan adanya batasan dapat mencegah remaja melakukan kemungkaran. Itulah maksud syariat dalam pergaulan.

 Oleh kerana remaja mempunyai nafsu, kadang-kadang nafsu tidak boleh dikawal. Ia menyebabkan remaja terdedah dengan dosa. Tetapi dengan kawalan dan pedoman, para remaja dapat hidup dengan terkawal dan tertib. Ia amat perlu bagi remaja supaya potensi dirinya tidak dirosakkan oleh keadaan dan suasana.

Kebebasan memberi makna yang sangat berharga bagi remaja tetapi kebebasan yang disalahgunakan boleh membawa kerosakan terhadap potensi remaja.

 Remaja bakal menjadi ibu dan bapa yang memiliki amanah sebagai sumber contoh untuk membentuk anak-anak. sekiranya zaman remaja lagi kawalan diri tidak berlaku, amalan mungkar menjadi kelaziman pada remaja, tidak mungkin bila berumah tangga nanti tabiat itu tidak diwarisi.

 Remaja juga bakal menjadi ahli ilmu dan pemikir. Ilmu yang diperolehi dan fikiran yang berkembang mestilah mempunyai etika dan nilai. Ilmu yang beretika dan pemikiran yang berasaskan nilai bakat membentuk manusia yang dewasa dan matang. Remaja juga bakal menjadi pemimpin.

Pemimpin yang baik adalah yang tangkas dan cergas dan yang paling penting pemimpin contoh yang menjadi contoh sumber ikutan. Watak seperti ini hanya berlaku sekiranya para remaja dapat membangunkan potensi diri dengan memahami batas boleh dan tidak boleh dan batas dosa dan pahala.

 Oleh itu, amat penting bagi remaja memiliki watak yang stabil supaya para remaja memiliki kekuatan untuk mengharungi hidup. Hidup remaja di zaman globalisasi amat terdedah dengan pelbagai pengaruh. Pengaruh siber umpamanya menjadi suatu kegemaran yang amat diminati remaja.


 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------



DOA ANAK UNTUK ORANG TUANYA


PERKARA terbaik yang wajar dilakukan adalah memohon atau memanjatkan sendiri doa kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar segala permohonan hambanya. 

Ini kerana kesempatan supaya ibu bapa berdoa untuk anda sudah tiada lantaran kematian mereka. Rasulullah bersabda yang bermaksud:



 “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya”
(Riwayat Muslim). 


Lebih bermanfaat jika anda pula memanjatkan doa kepada ibu bapa. Doa anak yang soleh kepada Allah supaya dosa mereka diampuni hakikatnya diterima Allah.

Mereka juga sebenarnya mengharapkan doa daripada anak yang soleh seperti terkandung dalam hadis di atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)