Memaparkan catatan dengan label melancong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melancong. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Januari 2013

Melancong ##03 - LumuT --> TeloK Senangin

Hai Semua!!

Malam nie aku punya story pasal percutian aku dengan kawan-kawan sekampungan aku dekat Telok Senangin dengan Lumut. Perancangan dalam tempoh masa yang sekejap dan semuanya dapat dijalankan dengan lancar walaupun ada pertukaran venue picnic kitorang..

Asalnya nak mandi dekat Telok Batik tapi on that day ada pulak Pesta Bilis dekat Telok Batik tu..So, terpaksa tukar tempat picnic..Sebabnya dah tawu kalau g jgk picnic dekat Telok Batik tu mesti xjumpe port nak picnic apatah lagi kitorang bawak barang-barang nk BBQ..hahaha..

ALhamdulillah perjalanan pergi ke Telok Senangin pagi 2 semuanya selamat tanpa sebarang masalah yang terjadi dan sampai jer tempat picnic apa lagi..Terus mandi laut ler....hahaha...Seronok tak terkira habaq hanggg...jadik macam budak-budak pulak time tu..kih3x..

Semua kawan-kawan enjoy mandi-manda dekat Telok Senangin tu sebab masa tu orang x berapa ramai sangat kan..hehe..

Perkara paling best happen masa picnic dekat situ masa nak hidupkan api untuk wat BBQ..hahaha..bawak minyak petrol suku botol air mineral tapi haremmm!! bara langsung xjadik..hahaha..lepas tu kena jadik majlis perbandaran pusing dekat area pantai cari ranting reput dengan getah tiub tayar...naseb baik jumpak mende-mende buangan sume tu baru ler dapat hidupkan api..Nampak sgt kitorng sume belom pakar hidupkan bara daripada kayu arang..kah3x.. Failed ikhtiar hidup macam nie..lalala..


Time paling syokk sekali time posing ambek gambaq laaa...hahaha..gambaq kenangan kann..mana boleh lepaskan peluang..urmm...nak share sikit ler gambaq-gambaq dekat sane..hehehe...rugi kalau penat posing tapi tak nak share kan..lalala

bergambar kenangan bersama geng-geng kampung boy dekat Pantai Telok Senangin..Best!!

plan nak bina istana pasir ala2 lagu Alleycats..tapi nampak macam jadi kek jerk..hahaha

korang jangan tertipu..sebenarnya api tu nampak besa macam tu bukan sebab ada bara..tapi sebab kena simbah dengan minyak petrol..hampehh!!
hahaha..nie ler muka-muka majlis perbandaran yang baru mendaftar dan terus kutip bahan-bahan utk hidupkan api..
akhirnya....Alhamdulillah..berbaloi jgk sebab dapat hidupkan api..BBQ menjadi...hehe



Lepas kenyang makan sambung balik mandi..siap maen tanam-tanam orang plak kan..hahaha..Perkara wajib time picnic..

---> Habes jer picnic dekat Pantai Telok Senangin nie kitorang pergi jalan-jalan dekat bandar Lumut pulak..saje nak shopping makanan n cenderahati utk di bawa pulang..yang paling penting habeskan duitt..hurmmm

Sempat juga lepak dekat bandar Lumut tue lebih kurang sejam lepas tu baru bertolak balik.... Alhamdulillah semuanya selamat dan paling penting kami semua enjoyy sangat trip picnic dekat Lumut dan Telok Senangin nie...

So, kepada kawan-kawan yang rasa nak mai mandi-manda juga silalah datang ke daerah Manjung nie untuk picnic..

Apa yang penting............Cuti nie memang best!!!


sempat juga amek gambaq dekat pekan Lumut nie..hahahaha..
waaaaaaaaaa...sape punye sauh tinggal tgh2 bandar nie...kan dah jadik port utk aku bergaya..lalala

Kepada orang-orang yang di luar kawasan, jemputler datang ke Lumut kalau nak bercuti.. Tak rugi kot..macam-macam ada...

TAHUN MELAWAT PERAK!! ( promote negeri sendiri )

Khamis, 3 Januari 2013

Melancong ##02 - Air Terjun Batu Hampar, Taiping

Hai semua !!

Kalau semalam aku cerita pasal Bukit Larut then harini aku akan sambung plak pasal tempat mandi yang best yang terdapat dekat tempat aku iaitu air terjun Batu Hampar.

Banyak sgt aku nak share dengan korang berkenaan dengan masa cuti aku dok buat apa..sebab aku xdpt update blog sebelom nie soo aku akan update semuanya lepas nie..hehe..

Mungkin korang semua dah pernah mandi dekat mana-mana air terjun yang sememangnya banyak terdapat dekat negara kita nie kan. Mcm tu jgk dengan aku dan dah banyak tempat air terjun yang aku dah pergi mandi. Tapi sebab air terjun nie dekat tempat aku sooo, aku just nak cerita pasal air terjun nie ler..hehehe...

Air terjun Batu Hampar nie terletak di kawasan Bukit Larut iaitu sebelum sampai kaki Bukit Larut. Laluan masuk ke kawasan air terjun nie korang akan lalu tanah perkuburan Kristian di sebelah kiri then baru sampai dekat tempat rekreasi air terjun nie..hehe..

Kalau mana-mana yang nak datang ke Taiping tu jangan lepaskan peluang mai mandi dekat air terjun Batu Hampar nie..Comfirm korang takkan rasa rugi punye lah...

Berikut antara gambar-gambar yang memang xdapat di cover dah...hehehe...gambar mandi manda di air terjun Batu Hampar. Layan................

makan dulu sebelum mandi manda...hahaha..perut ada isi baru sedap mandi

yeahhh...salah satu "port" mandi yang best..sebab ada air terjun..haha

agak-agak dah sejuk menggigil boleh ler bertapa atas batu macam nie..hahaha..

Memang tak dinafikan holiday aku taon lepas sangat menyeronokkan..hehe..penuh diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan best..lalala..Kepada korang yang laen datang jemput mai negeri Perak especially bandar TAIPING dan boleh ler rasai sume nie..hahaha

TUNGGU CUTI SEM NANTI PULAK!!!!

Rabu, 2 Januari 2013

Melancong ##01 - Bukit Larut

As salam semua!!
...tup tap tup tap dah habes cuti aku selama 2 bulan yang aku rasa aku dah dapat bercuti dengan sepuas hati aku. sebabnya selama 2 bulan ni memang duduk dkt rumah lepas 2 pegi jalan2 jer..hehehe

so, sepanjang cuti semester nie banyak ler tempat yang aku g melancong dan terokai. boleh ler nak share sikit2 experience yang aku dapat sepanjang bercuti. orang cakap share tempat2 yang menarik nie mana taw boleh tarik minat pelancong daripada tempat lain jgk ke. kira boleh jadik pengiklan jgk ler aku nie..hahaha..

Tempat pertama yang aku g ialah Bukit Larut. Bukit Larut terletak di tengah-tengah bandar Taiping, Perak. Bukit Larut nie atau lebih dikenali dengan nama Maxwell Hill. Untuk naik bukit nie ada 2 cara yang korang boleh guna. 1st korang boleh guna jeep untuk naik sampai ke atas ataupun cara kedua korang boleh ler mendaki.

Bagi aku untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan korang boleh ler mendaki bukit nie. Macam yang aku buat. aku pegi dengan member2 aku semua dalam 10 orang. Perjalanan kami bermula pukul 8 pagi daripada kaki bukit nie. korang taw aku sampai dekat rumah rehat Bukit Larut nie pukul berapa?? haaaaaaaaaa... pukul 1 petang beb....fuhhh~~ giler punya lama..hehehe..aku kira-kira balik daripada kaki bukit sampai dekat tempat rehat dalam 5 jam..sampai dekat atas 2 aku lepak dalam sejam lepas tu aku turun ler balik..

Rasa puas hati yg teramat sgt bila dapat sampai dekat atas bukit larut tu. rasa pengorbanan mendaki berbaloi bila tengok suasana dan pemandangan bandar Taiping drpd puncak Bukit Larut nie..hehe.. Sempat jgk bergambaq dekat atas puncak bukit nie..sebagai kenang-kenangan lagi..hehehe

sume geng dah ready untuk mulakan pendakian..nie dekat kaki Bukit Larut..at 08:00 a.m

Sampai dekat atas nie ambil gambaq kenangan dulu dekat map negeri Perak nie..

Yeahhh!! sume yang dah berjaya sampai dekat tapak resort Bukit Larut nie..ketinggian dia 1036meter drpd paras Laut..

tempat paling strategik nak posing dkt atas Bukit Larut nie..

nampak macam berkabus dekat blkg sebab masa nie hujan baru jer lepas berhenti..

Tepat pukul 2 petang kitorang pun mula turun daripada puncak Bukit Larut nie.. perjalanan turun just ambil masa 2 jam jer. sebabnya kami guna laluan shortcut yang memang mencabar sgt..hehehe..

Thanx guys sebab dah sama-sama daki Bukit Larut nie dengan aku..hahaha... Next time naek guna jeep plak..X sanggup dah nak mendaki..kih3x..

Inilah  trip pertama aku semasa cuti sekolah nie..nantikan trip aku yang seterusnya...Peace!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)