Memaparkan catatan dengan label isu perbincangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu perbincangan. Papar semua catatan

Selasa, 17 Julai 2012

DUIT KERTAS RINGGIT MALAYSIA TERBARU!!!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...


Entry nie aku saja nak tulis sebab kebosanan di malam hari.. Dok belek-belek dekat internet last-last aku jumpa artikel yang sangat menarik iaitu berkenaan dengan WANG @ DUIT.. Waaaaa..cerita pasal duit nie boleh buat aku jadik gelap mata nie..hahaha...


Tapi aku nak cerita pasal duit baru yang terkini dan aku rasa sampai sekarang still belom ada lagi dikeluarkan oleh BANK NEGARA MALAYSia..Aku pun tunggu juga untuk dapat duit yang baru tue.. Lepas jer baca artikel tue aku cuba menjejak gambar berkenaan duit baru nie dan akhirnya aku dapat juga....




haaaaaaaaaaa..... nie sume duit-duit RINGGIT MALAYSIA(RM) yang bakal digunakan selepas nie pula.. nampak macam lebih menarik dan cantik. Biasalah kan, kalau semua sektor nak perubahan bank negara juga kena buat penambahbaikan dan perubahan die sendiri kan..hehehe..


Aku harap aku akan dapat duit baru nie secepat yang mungkin..hahaha...


kalau sebelum nie kita pernah kenal dengan sejarah duit pokok pisang..hahaha..ape tue duit pokok pisang?? Duit pokok pisang nie adalah duit yang pernah digunakan satu ketika dulu masa zaman Jepun..hahaha.. Masa tue jepun gunakan duit pokok pisang di Tanah Melayu (back to the history)


GAMBAR HIASAN
Kenapa aku story pasal duit pokok pisang nie plak?? sebab dia menarik dan mempunyai sejarah yang tersendiri. hahaha..Sentimental Value..lalalala..


Then selepas negara semakin maju berkembang dan duit kertas yang aku dan korang gunakan semenjak beberapa hayat kebelakangan ini hingga sekarang, aku rasa daripada aku kecik kot..kita gunakan 1 pattern duit kertas RM..


GAMBAR HIASAN


Duit jenis macam nie ler yang telah digunakan sepanjang umur hidup aku sehingga sekarang..hehehe...
Namun begitu, pada pendapat aku mesti ada reason tersendiri kenapa wang kertas ditukarkan lagi bentuknya. Mungkin kerana kualiti lebih baik berbanding yang lama..


p/s  : Sapa-sapa yang dapat dulu duit baru nie sila bagi dekat aku duit tue..hahaha...Semangat jer rasa nak dapatkan duti baru yang bakal dikeluarkan kelak..hehehe...


MoneY-  - - - - - MoNeY - -  - - -- - MoNEY - - - -- -- -











Rabu, 11 Julai 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Alhamdulillah....

KPM baharu saja berjaya melaksanakan satu program besar yang boleh disenaraikan dalam Malaysian Book Of Record..hahaha...

Program besar yang aku maksudkan tu adalah senamrobik 1 murid 1 sukan...Kalau ditinjau balik pada tahun yang lepas, untuk proram 1 murid 1 sukan nie diadakan acara mini marathon tapi pada tahun nie plak dia buat senamrobik..

Bagus juga bila buat perubahan-perubahan pada setiap tahun. So, xdeler student yang bosan dengan aktiviti yang dilaksanakan.

Senamrobik 1M1S nie telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia di semua sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan termasuklah juga Institut Pendidikan Guru(IPG)...

Cuma yang sedihnya penyertaan daripada pelajar tak secara menyeluruh walaupun niat program nie diadakan adalah murni iaitu mahu membentuk generasi yang sihat dari aspek fizikal mereka. Aku tak tahu ler keadaan di sekolah macam mana sambutan daripada pelajar, tapi di tempat aku belajar nie sedih jugak ler rasanya bila tengok ramai student yang tak ambil bahagian dalam aktiviti senamrobik yang dijalankan.

Sepatutnya aktiviti seperti nie perlulah diberi sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak kerana ia adalah satu usaha murni kerajaan dalam membentuk generasi yang cergas di sampai mencapai matlamat 1M1S...

Berikut disertakan dan dilampirkan juga dengan gambar-gambar yang sempat di curi oleh aku selaku stalker terhandal di abad ini...hahaha...
proses pendaftaran terlebih dahulu.......


itu diaaaa...antara student yang memang aktif dan rajin ikut program2 yang dilaksanakan di IPG..hehe

Ramai takkkkk~~~~~

hahaha..tengok brader baju kuning nie..amacam?? style tak gaya dia..hahaha..jauh menyimpang...
step berterabur habes..........kah..kah..kah


p/s : Harapan aku pada tahun depan plak pihak KPM akan tukar lagi aktiviti kepada aktiviti sukan permainan pula..so, nampak lebih menyeronokkan lagi...peace ^_^

Selasa, 10 Julai 2012

SEPASANG PENGAMUK BERPEDANG SAMURAI DI JPM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...





Berita yang baru keluar semalam mengenai seorang suspek lelaki dan wanita memang tengah meletop ala-ala artis baru menang AF..Kenapa mesti terjadi perkara sebegini pada zaman serba canggih sekarang nie... Menurut berita harian yang baru aku belek-belek menyatakan 2 orang suspek nie "sakit mental".... Tapi bila aku fikir balik if sakit mental macam mana diorg boleh nak aim JPM sebagai "port" diorang nak mengganas...

Mane tawu diorg nie ada sebab tersendiri untuk buat perkara nie...Aku pun x pasti..hahaha.. penulisan aku kali nie sekadar buat renungan sahaja supaya janganlah kita bertindak melulu sahaja.. Fikir dahulu sebelum bertindak untuk melakukan sesuatu.. Takut nanti mati secara sia-sia sahaja....

Aku nak petik sikit mengenai kes yang berlaku nie..petikan daripada Berita Harian Online pada 10/7/2012...


"Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. 
Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu. "


Kesian lelaki tu kan..akhirnya nyawa sendiri yang tergadai...so, moral of the story bertindaklah atas norma-norma masyarakat Malaysia yang kaya dengan budaya dan adat ketimuran... kalau ada pape masalah yang tidak berpuas hati kita ada saluran yang boleh digunakan. Jadi gunakanlah saluran dan medium yang betul untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati kepada pihak tertentu...

Aku ada tertengok video yang sempat dirakam oleh salah seorang orang awam yang berada di tempat kejadian..video dia tak berapa nak jelas tapi cukuplah sekadar menceritakan situasi sebenar kejadian..

Layan...Selamat beramal ~~~


---------->>>>   lokasi kejadian ialah di perkarangan JPM.......

Rabu, 23 Mei 2012

MyKad IDeNTiTy NumBER

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah.....akhirnya peperiksaan aku semakin hampir melabuhkan tirainya..Esok hari terakhir untuk peperiksaan aku..Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik sahaja.....

Malam nie aku nak story pasal satu perkara yang aku rasa agak penting juga ler as Malaysian people untuk tahu pasal nie..Maklum ler ade sesetengah orang yang tak berapa nak amek tawu pasal nie kan.."termasuk ler aku...tetttt "

Aku nak story pasal nombor yang terdapat dalam MY KAD kita sebagai rakyat malaysia...seperti yang kita taw mykad kita terdiri daripada 12 digit...betol kan??? ok ler..yang 1st 6 digit awal seperti kita tahu itu adalah tarikh lahir kita yang dibuat secara terbalik iaitu YY/MM/DD kemudian diikuti pula dengan 2 digit yang mewakili tempat kelahiran kita XX THEN baru diikuti dengan 4 digit seterusnya iaitu kod diri kita...

Aku nak cerita dekat sini berkenaan dengan 2 DIGIT yang mewakili tempat kelahiran kita...Tapi, kalau korang nak tawu ada banyak lagi digit yang pelik dan mungkin korang sendiri tak pernah amek tahu..hahaha..
so.....check it out.......

-------------------------<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>--------------------


01, 21, 22, 23, 24                 – Johor
02, 25, 26, 27                       – Kedah
03, 28, 29                             – Kelantan
04, 30                                   – Malacca
05, 31, 59                             – Negeri Sembilan
06, 32, 33                             – Pahang
07, 34, 35                             – Penang
08, 36, 37, 38, 39                 – Perak
09, 40                                   – Perlis
10, 41, 42, 43, 44                 – Selangor
11, 45, 46                            – Terengganu
12, 47, 48, 49                      – Sabah
13, 50, 51, 52, 53                – Sarawak
14, 54, 55, 56, 57                – WP Kuala Lumpur
15, 58                                  – WP Labuan
16                                        – WP Putrajaya

-----------------------------------------------------------------------------

NOTAkaKi   :  Kepada sesiapa yang dah tahu pasal nie aku ucapkan TAHNIAH..kepada yang tak tahu share ler pengetahuan nie dengan rakan-rakan lain....JADILAH WARGANEGARA MALAYSIA YANG JATI..

Rabu, 21 Disember 2011

NILAI MURNI 5 - AMALAN BUDAYA MENABUNG

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

ceritanya bermula bila aku terkenang balik kenangan aku masa kecik-kecik dulu masa sekolah rendah. masa tu aku hensem lagi cuma awek jer takde sebab tak tawu pon apa itu awek..hahaha..entah macam mane pulak malam nie boleh teringat kenangan lama-lama dulu..sekali teringat kenangan lama memang best sangat..

sebab aku teringatkan pasal aku kumpul duit masa kecik-kecik dulu, so aku nak kongsi ler dengan korang semua mengenai amalan nie..seperti mana yang kita taw, amalan menabung memang sangat-sangat di didik oleh ibu bapa semenjak dari kecik. kalau tak percaya korang cuba recall balek sejarah silam korang masa kecik-kecik dulu, ada tak parents korang belikan tabung ayam untuk korang...mesti ada kan.....

kalau takde mesti sebab diorang sendiri dah ada buka akaun untuk korang dan diorang just penama jer untuk akaun korang tue...

           kisah bermula..............{thayyibbb............

masa dulu pegi sekolah rendah, guru kelas selalu pesan dekat murid-murid supaya berjimat cermat..duit belanja yang abah bagi boleh ler simpankan dalam tabung. kalau nak lebih jimat boleh bawak bekal dan makan dekat kantin.(seriously ini adalah pengalaman sebenar aku)

bila dah guru kelas aku cakap macam tu, aku balik jer rumah terus terfikir nak menabung..rasa macam seronok juga kalau menabung. so, aku pun teruskan hajat aku..taraaaa~~~

tabung buluh aku siap.....

penat aku pegi carik buluh lepas tue pegi potong buluh dengan gergaji..masa tue memang budak-budak hingusan lagi sampai nak buat tabung buluh pun tak taw..apa lagi, sebab kes kedungulan, aku boleh potong buluh 2 bukan dekat ruas dengan ruas..ape lagi, tabung aku berlubang ler..hahaha..nak dijadikan cerita tetibe idea datang...


                  ting.....................                                     idea datangg.....

taw tak ape idea aku masa tue..aku amek penutup ridsect fumakila yang memang digunakan semenjak turun temurun, lepas tue aku sumbat dekat bulu tabung aku, teros muat-muat jer...untung aku..lepas aku tutup dengan kepala penutup ridsect tue, aku simenkan jer teros tabung aku tu..hebat tak hebat punye azam aku tak keluarkan balik duit tabung aku..

akhirnya aku pun menabung ler sampailah aku hari raya..kutip duit raya banyak-banyak lepas tue menabung...last sekali mak aku amek duit aku suma then masokkan dalam BANK ISLAM..masa tue aku memang menangis kuat-kuat ler..mau aku tak menangis..mak aku cakap nak bagi duit tue dekat bank islam..masa tue mak aku guna akaun "WADI"..

lepas aku kehilangan sume duit dalam tabung aku tue,aku terus tak nak menabung dah sebab aku takut nanti mak aku akan amek lagi sekali semua duit yang aku tabungkan..haha..

..............................tapi...............................

ada satu kisah yang buatkan aku menabung balik. waktu tue sume budak-budak gila maen kereta "dashing kuro" entah ler enjaan die macam mane..tapi cara nk pronouns die memang macam tue..masa kecik-kecik dulu tengok  cerita let and go dekat tv3 teros jadi gila nak maen kereta kecik tue..hihihi

aku pun dengan penuh bersemangat kumpul duit belanja sekolah..aku ingat lagi masa tue duit belanja aku pegi sekolah rendah cuma RM0.60 jerk yang mak bagi. mak akan bagi duit 20sen 3 keping then seposen sekeping.lepas tue aku mesti akan simpan 30sen dalam tabung yang baru aku buat pulak..so, aku akan bawak duit pegi sekolah just 30sen jeler..masa tue aku tak pernah membebel pun duit sekolah sikit..hihihi

gambar hiasan

lepas dalam 2 minggu aku kumpul duit aku boleh beli kereta "dashing kuro" yang aku maksudkan tue..hahaha..aku memang suka sangat-sangat ler bila dapat maen kereta kecik 2..budak-budak ler katakan..hahaha

akhirnya disebabkan oleh sikap aku yang menabung nie, aku berjaya mencapai cita-cita dan juga hasrat aku..betul cakap cikgu aku dulu..dia selalu pesan, biar ler menabung sikit-sikit dari kecik, "melentur buluh biarlah dari rebungnya" dan pesan cikgu aku "sikit-sikit lama-lama jadi bukit"....

gambar hiasan























sampai sekarang nie aku masih amalkan lagi tabung menabung nie taw tak..seronok sangat kumpul duit syiling nie sebenarnya..daripada dibiarkan bersepah jer kan duit syiling tue, apa salahnya beli tabung satu then masokkan jer dalam tabung..haha..nanti bila dah penuh bawak g bank..suruh diorg simpan duit tabungan tue dalam akaun..kan boleh guna untuk mende-mende yang berfaedah juga kan..hihihi..

so, kesimpulan daripada story aku yang panjang berjala-jala nie aku nak pesan memesan sikit ler dekat korang semua..rasanya bila kita nie dah semakin nak dewasa, bila ada duit syiling dalam dompet kompom korang akan keluarkan lepas tue letak dekat satu tempat..sebabnya takut dompet cepat rosak dengan bermacam-macam kad dalam dompet tue kan..

apa salahnya kalau pegi buat atau beli jeler tabung yang murah-murah lepas tue korang masokkan jer duit syiling dalam tabung tue..bukan susah pun nak buat dan yang paling penting rumah tak berserabut dan bersepah dengan duit syiling korang..hahaha..

         betul kan apa yang aku cakap nie..so, kepada sesiapa yang belum berbuat demikian silalah berbuat demikian..hihihi..






notaKaki : Alhamdulillah.........atas didikan mak dan bapa aku untuk menabung akhirnya sampai sekarang aku rasa aku mampu untuk menjaga kewangan dalam hidup aku..aku xterlalu boros berbelanja...aku bersyukur sebab aku jadik macam nie..thanx my mom n my dad..^_^

Jumaat, 9 Disember 2011

NILAI MURNI 4 - MANA MENGHILANG KERJASAMA

Malam nie nak taip laju-laju sebab dah penat dah dengan kerjaya sekarang nie..rasa nak patah dua dah tulang belakang nie haaa..kih3x..ape pulak cerita yang aku nak discusskan pada malam nie..hahaha..

cerita aku malam nie berkisarkan tentang KERJASAMA. apa sebenarnya yang korang semua paham mengenai kerjasama??masa dekat sekolah menengah dulu aku teirngat lagi setiap kali buat karangan yang berkenaan kerjasama nie ada beberapa peribahasa yang sangat menarik dan memang sesuai giler-giler lorh dengan perkataan KERJASAMA nie..mesti korang pernah dengar jugak kan peribahasa nie...tapi ape aku kesah kalau korang dah pernah dengar..aku tetap nak share jugak..hahaha..peribahasa yang aku maksudkan ialah:

1. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT

                           2. KE GUNUNG SAMA DI DAKI, KE LURAH SAMA DITURUNI.

  ---> dua cukup ler dulu..kalau nak lebih-lebih korang carik ler sendiri..xpon pegi tanya dekat pakcik google..hahaha..die sedia membantu korang semua..haha..

anyway apa yang korang paham dengan dua-dua peribahasa yang aku bagi tu dengan perkataan KERJASAMA..ada kaitan ke tidak erk..nampak macam xde sangkut pape pertalian pun kan??hahaha..itu pun aku xnak cerita..soal definisi bukan aku yang layak mendifinisikan sesuatu itu..tanyalah yang pakar..senang cerita ler kan..perkataan kerjasama nie adalah "BUAT KERJA SAMA-SAMA"...

HAHAHA...amacam korang semua..setuju tak dengan definisi yang mudah lagi ringkas dan lagi padat yang aku bagi tu.hahaha..itulah yang paling mudah untuk kita paham apa maksud kerjasama. 

aku bawakan nilai kerjasama pada malam nie untuk dikongsikan sebab aku rasa semakin hari nilai KERJASAMA nie dah semakin berkurangan..betul atau tidak??sapa setuju dengan aku sila angkat tangan korang yang machum tu..hahahaha..

TAHNIAH kepada sesiapa yang setuju dengan aku dan TAHNIAH jugak kepada sesiapa yang tidak setuju dengan aku. apa yang aku perkatakan ini adalah realiti pada masa kini dan bukannya pada masa lalu yang kita nak sanjung-sanjung..

senang cerita aku bagi satu situasi jer sudah..sekarang nie kalau ada JKK Kampung nak buat aktiviti gotong-royong terutama pada hari AHAD berapa ramai keluarga yang akan "turun padang" untuk sama-sama bergotong royong??sapa ada buat research tolong share taw..hahaha..
         ---> eehhhhhh!!! kejap, kenapa setiap kali bila bercakap pasal kerjasama mesti dikaitkan dengan gotong-royong??adakah gotong-royong jer yang boleh kita tengok nilai kerjasama nie??hahaha..macam sempit jerk fikiran kita bila beranggapan macam tu kan...(yang penting aku x berfikiran macam tu erk..)

sebenarnya kalau kita tengok balik banyak sangat perkara dan aktiviti harian kita yang sememangnya tidak terlepas dengan nilai kerjasama. kalau musim cuti-cuti sekolah macam sekarang nie memang belambak-lambak ler kan orang nak wat kenduri kahwin..so, secara automatik nilai kerjasama akan wujud bagi seisi keluarga dan masyarakat "kampung"...KAMPUNG lagi yang aku mentionkan..haha..xde tempat lain ke aku nk cakap?..abes tu kalau dekat kampung jer yang ada aktiviti gotong-royong camner aku nk cerita yang dekat bandar..dekat bandar, suma dah tersedia..daripada catering, tempahan dewan dan segalanya..cuma keluarkan modal saja..macam mane aku nak cakap nilai kerjasama masa kenduri kawen tu dapat dilihat kalau dekat bandar..

banyak lagi kerjasama yang kita sering kali terlepas pandang dalam kehidupan sehari-harian kita kan..Aku ambik contoh mudah sekali yang berlaku dalam kalangan keluarga kita sendiri..contoh aku bagi nie kalau sape terasa aku mintak maaf awal-awal...(xde kena mengena yang hidup dan mati ok..)

------- kalau tiba waktu makan tengah hari, bagi family jeler ok..apa yang selalunya akan terjadi??mesti mak akan sediakan pinggang mangkuk, sudu, lauk pauk (komfom mak masak), air basuh tangan, cawan dan serba serbi mak yang sediakan. lepas tue semua datang dekat meja makan then letak bontot atas kerusi dan makan..perghhh!!!mudah sangat hidup kan..kesian mak buat kerja sorang-sorang kan..apa salahnya kan kalau anak-anak datang awal sebelum makan tue tolong mak sediakan meja makan n segalanya...mak tu dah ler penat memasak, sekali sekala tolong ler mak sediakan meja makan lepas tue baru makan sama-sama...

---- betul tak apa aku cakapkan nie..dekat situ adalah nilai kerjasama paling senang nak dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita..


gambar hiasan : Inilah baru yang dikatakan kegunung sama didaki, ke lurah sama dituruni..berpimpin tangan sama-sama kot nak naek bukit tue..


gambar hiasan
inilah nilai kerjasama yang perlu ada bagi setiap orang pada masa kini..xkisah ler tolong tengok jeker asalkan dia berada di tempat kejadian..so, yang penting KERJASAMA.



--------> apa yang aku tak faham sekarang nie adalah nilai kerjasama nie bukan bagi membuat perkara-perkara yang baik sahaja, tapi nak buat jahat pun nilai kerjasama nie diterapkan..hahaha..orang jahat pun taw nilai kerjasama nie kot..kalau korang tengok jenayah yang berlaku sekarang contohnya macam mencuri dan merompak..ada diorg buat kerja sorang-sorang??xde kan...paling tidak pun mesti berdua..haha..nampak sangat semangat kerjasma diorang sangat baik antara satu sama lain..baru ler misi yang dirancang berjaya..hahaha

--------> paling best sekali orang jahat nie, diorang ada prinsip diorang sendiri bila kena tangkap dengan polis..jarang sekali penjenayah mengaku dia buat kerja dengan orang lain. Mau tak mau mesti diorang cakap sungguh-sungguh yang diorang buat kerja sorang-sorang jerk..buat kerja sorang kejadah hape kalau nak rongkah mesin ATM..TAKKAN BUAT KERJA SORANG-SORANG..tengokler macam mane orang jahat nie bukan main semangat kerjasama diorang kan??hahahaha..



gambar hiasan
cuba korang kira sama-sama ada berapa orang perompak dekat sini..ini kes yang memang tengah "HOT" sekarang nie..


gambar hiasan
nie pulak rompakan bersenjata..dua orang jer kan dalam gambar nie..tak tahu ler dekat tempat lain dah menunggu berapa orang kan...






  rasanya itu sajelah yang aku nak sharekan harinie..cukup-cukup ler kan..haha..xperlu banyak-banyak nanti dah takde idea pulak..kih3x..

notaKaki  :: kepada sesiapa yang terasa boleh ler muhasabah balik diri korang tue dan kalau ada yang terasa hati aku menyusun 10 jari tangan ( jari kaki aku tambah kalau korang nak lebih..) memohon ampun dan maaf...peace ^_^u

Isnin, 28 November 2011

NILAI MURNI 3 - AMALAN MEMBERI & MENJAWAB SALAM




Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia....

tup...tap....tup...tap...dah lebih seminggu juga aku tak berdiskusi dekat blog aku nie mengenai isu-isu yang melibatkan nilai-nilai murni yang sudah semakin luntur dalam kalangan masyarakat melayu dan khususnya masyarakat yang beragama Islam pada hari ini.

sudah semestinya aku tengah ada modal nak bercerita panjang lebar sikit hari ini mengenai nilai murni yang menjadi topik perbincangan aku malam nie..rasa-rasanya kenapa aku pilih topik nie untuk dikupas secara mendalam?? sebabnya amalan memberi dan menjawab salam adalah merupakan amalan fardhu ain bagi setiap umat Islam di dunia. tak kiralah kalau berada di mana sekalipun, amalan memberi salam perlulah dilaksanakan. betul ke apa aku cakap yang amalan memberi salam nie adalah fardhu ain?? sebenarnya kalau kita tak pasti kita ada rujukan kita iaitu Al-Quran dan hadis..rujuklah kepada kedua-dua bahan ini nescaya kita akan dapat apa yang kita inginkan. so, bagi menjelaskan lagi apa yang aku cerita penjang lebar nie apa salahnya korang luangkan sedikit masa untuk baca hadis di bawah nie....~~sila lihat di bawah ini........

           ********************************************************

--> Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua. Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain.


--> Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa. Dalilnya ialah hadis nabi : ( يجزؔ عن الجماعة Ų„Ų°Ų§ Ł…Ų±ŁˆŲ§ أن ŁŠŲ³Ł„Ł… أحدهم ، ويجزؔ عن Ų§Ł„Ų¬Ł„ŁˆŲ³ أن يرد أحدهم ), 


------- maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud) Begitu juga wajib menjawab salam yang dikirimkan samada dikirimkan menerusi seseorang secara lisan atau dikirim menerusi tulisan apabila kiriman tersebut sampai. Dalilnya ialah hadis Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda kepada saya.

         ******************************************************************

setelah korang membaca hadis dan keterangan dekat atas nun mesti korang dah faham kan ape sebabnya perlu untuk memberi salam kan??sunnat dilakukan taw tak..hihihi

sekarang nie memang betula ku tengok nilai memberi salam nie dah semakin kurang dalam kalangan kita..agak-agaknya berat sangat kot mulut nie nak dibuka untuk memberi salam kan..hihihi..kalau dulu masa aku sekolah-sekolah dulu cikgu selalu bagi komen pasal adat memberi salam nie dekat perhimpunan. cikgu siap cakap dalam mulut tu ada emas kot sampai xnak bukak untuk beri salam..hihihi..tapi bila aku terfikir balik pasal nie memang betul pun kan apa yang cikgu cakap..kenapa malas sangat nak bukak mulut untuk memberi salam..bukan susah pun bagi salam dan jawab salam. ok ler kan, biar aku jelaskan dan bincangkan beberapa situasi yang seringkali berlaku pada masa kini yang melibatkan adab memberi salam.

SITUASI 1 :
kita sering kali melihat warga tua memberi salam bila berjumpa tak kira lerh dekat kedai kopi ke, dekat kedai repair basikal ke, dekat warung Mak Senah ke dekat mana-mana diorg jumpa mesti diorang akan bagi salam. itulah orang-orang terdahulu dan orang tua yang masih lagi tidak berat untuk membuka mulut memberi salam. kita lihat pulak situasi anak-anak muda zaman sekarang, jumpa dekat kedai basikal...aku tengok ko, ko tengok aku..lepas tue angguk jerk..senyum pun tidak..bukan dekat kedai basikal jerk, dekat cyber cafe ,CC pun tak pernah bagi salam kalau berjumpa. yang tahu "hoi", "whats up" , "woit" dan macam-macam lagi style anak-anak muda sekarang nie memberi salam.."ASSALAMUALAIKUM W.B.T" entah kemana hilang..hahaha...

SITUASI 2 :
orang-orang muda sekarang nie nk nampak aktif dan cergas turun ler padang main bola ke, xpun pegi dekat court takraw yang disediakan oleh kerajaan untuk bersukan then main takraw ramai-ramai. tengah duk main tue lalu seorang pakcik tua..jeng..jeng..jeng....berjalan perlahan-lahan seperti kura-kura melintas jalan...

Mat : Assalamualaikum pak hamid!!!!laung mat sampai kedengaran seisi kampung suara yang agak besar tue.
pak cik : Waalaikumussalam mat............
Mat : pak Hamid, mai ler sini dulu..main takraw dengan kami. kita main LIBAS..
pak cik : takpeler mat, engkau main ler puas-puas..kalau pakcik main nanti mau patah riuk tulang pakcik nie..hihihihi..

macam itulah keadaannya kalau di kampung yang kebiasaannya aku merasai sendiri keadaan ini tetapi jika dilihat pula keadaannya di bandar atau bagi sesetengah anak muda..kadang-kadang pakcik ke makcik ke yang lalu buat tak taw jerk..inikan pula kawan-kawan sebaya..lagi tidak ditegur dan disapa..hahaha..tapi kalau awek yang lalu depan budak-budak nie..huishhh...kemain banyak bunyi-bunyi sumbang tapi kekadang sedap juga didengar..ada bunyi cengkerik, ada bunyi tikus mondok, tikus kasturi pun ada..hahahaha...

 ***********************************

macam inilah keadaannya bila nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan dari awal-awal lagi semasa zaman sekolah lagi tidak diamalkan dan akhirnya hilang begitu sahaja. adakah kita semua sebagai anak-anak muda zaman yang dikatakan zaman IT serba canggih ini ingin melihat perkara ini terus berleluasa dan membiarkan sahaja perkara ini berlalu macam tu saja...tolong ler semua..kita ubah sikap kita nie..bukan susah pun nak memberi salam dan menjawab salam..senang sangat-sangat kan..cuma jangan berat sangat mulut tue...ingatlah setiap kali kita memberi salam kita akan mendapat pahala sunnat.

seperti mana yang kita selalu dengar Ustaz dan ustazah kita cerita masa sekolah dulu-dulu, Rasulallah tidak pernah pun menjawab salam..haha..dengar macam perkara nie pelik kan..aku dengar mula-mula pun pelik dah..tapi biar dgr sampai abes dulu..

===="" Rasulallah tidak pernah menjawab salam kerana beliau yang akan memberi salam terlebih dahulu kepada para sahabat beliau sebelum sempat para sahabat memberi salam..oleh itu, memang Rasulallah tak kan menjawab salam ler kan..""======

kalau kita boleh menjadi seperi Baginda Rasulallah alangkah hebatnya kita ini. so,bersempena dengan tahun baru hijrah ini apa kata sekiranya kita semua berhijrah dengan berubah sikap kita agar lepas nie kita selalu memberi salam kepada kawan-kawan kita ataupun pakcik dan makcik yang kita jumpa..janganlah berat membuka mulut untuk memberi salam..takde untungnya kalau kita nie kedekut memberi salam..

InsyaAllah kita semua akan berubah lepas nie dan selalu lah beramal dengan memberi salam. alangkah seronoknya bila pahala yang kita perolehi tu diberi secara cash..kita bagi salam jer terus dapat RM50.00..komfom lepas nie semua orang akan jadik macam baginda Rasulallah...jumpa orang terus bagi salam..hahaha..jangan sampai bagi salam dekat orang india dan cina pulak sudah..tak ke haru kalau jadi macam tu..hihihi..


   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


gambar hiasan sahaja....berilah salam kepada kawan-kawan...




notaKaki : Ya Allah ya Tuhanku..ko perkenankanlah doa hambamu ini..ko berilah hambamu ini hidayah supaya dapat berubah agar menjadi lebih baik daripada semalam dan akan selalu beramal soleh dengan setiap orang..amin..amin..amin...

Ahad, 20 November 2011

NILAI MURNI 2 - BERTEGUR SAPA AMALAN MULIA

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia...

isu perbincangan yang seterusnya aku nak bangkitkan ialah pasal amalan bertegur sapa. apa yang korang faham mengenai bertegur sapa nie??adakah sekadar tegur sahaja macam ; hi awak..helo...dan sebagainya ataupun lebih daripada itu??

kalau kita sama-sama masih ragu-ragu lagi jom kita lihat sendiri definisi bertegur sapa itu secara keseluruhan ;

--> ucapan untuk mengajak bercakap-cakap;


 -- ajar celaan; kritik; peringatan..

---> sapa
sapa ucapan untuk menyapa (mengajak bercakap-cakap): betapa menarik tingkah laku dan -- sapanya; 

-->  ber·te·gur·an
saling menegur; sapa-menyapa: sudah seminggu ini kedua anak itu tidak

~; me·ne·gur
 1. mengajak bercakap-cakap (bertanya dsb); menyapa: sudah tiga hari ia tidak ~ saya; 
 2.  mencela; mengkritik: ia tidak segan-segan ~ perbuatan anaknya yg keliru; 
 3.  memperingatkan; menasihatkan: saya ~ nya sebab ia tidak mahu melunaskan hutangnya; 
 4. mengganggu (tt setan, hantu): jangan bermain di bawah pokok beringin itu, nanti ada yg ~ mu;

sekarang korang dah faham kan apa maksud bertegur sapa, ataupun tegur, ataupun menegur, ataupun berteguran dan sewilayah dengannya. kenapa aku bawakan isu ini untuk diperbincangkan untuk entry aku kali nie. sebab aku tengok pada masa kini nilai murni bertegur sapa nie dah semakin menghilang daripada kehidupan manusia khasnya orang-orang Melayu.

kenapa aku mentionkan ORANG MELAYU dekat sini...macam kita semua tawu, kita sebagai orang Melayu sangat berbangga dengan adat-adat ketimuran kita yang penuh dengan nilai-nilai murni dan budaya yang sangat dijunjung. tapi sekadar bangga sahaja nak buat apa kalau kita sendiri tak pernah mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-harian kita. sepatutnya kita menjadikan amalan bertegur sapa ataupun dalam Islam lebih senang aku cakap memberi salam sebagai amalan harian kita.

aku bercakap semua ini adalah berdasarkan kepada pengalaman aku sepanjang aku hidup 21 tahun nie. aku sangat-sangat bersyukur kerana aku dilahirkan di kawasan kampung bukan di celah-celah kesibukan kota raya macam aku tinggal sekarang. jauh berbeza jika dibandingkan kehidupan masyarakat di kampung dan di bandar-bandar besar pada masa kini. jauh dari segi apa??dari segi nilai murni yang aku perkatakan dan sudah semakin menghilang dalam kalangan anak-anak muda terutamanya yang tinggal di kota. kalau korang tak percaya apa aku cakap korang nilai sendiri situasi dekat bawah nie :

SITUASI 1 : semasa di dalam lif
--> bila korang masuk dalam lif kemudian ramai lagi yang akan masuk dalam lif bersama-sama dengan korang, apa yang korang akan lakukan?? pernah tak korang semua berbual dengan sesiapa sahaja yang berada dalam lif tu?? kalau pernah syukurlah...
pada pengalaman aku dan pemerhatian aku, bila masuk dalam lif jer terus tekan butang level rumah kemudian senyap sahaja seribu bahasa. kalau tak senyap pun keluarkan telefon bimbit then buat-buat baca sms ler, tengok-tengok telefon bimbit tu sambil buat tak perasan orang-orang dalam lif tu. (berdasarkan pengalaman sedia ada)

SITUASI 2 : sewaktu menunaikan solat JUMAAT (bagi kaum lelaki sahaja)
--> perasan atau tidak sebenarnya ianya berlaku kepada diri kita sendiri termasuklah diri aku ini. bila sampai masjid sahaja bagi salam dulu sebelum melangkah kaki ke dalam masjid, lepas tu terus duduk dekat bawah kipas. selesai semuanya sehingga selesai solat jumaat baca doa 3 rangkap terus blah macam tue saja. walhal dekat sebelah kanan dan kiri kita ada orang lain. kenapa kita x bersalam-salaman terlebih dahulu sebelum beredar...kan lebih baik dan molek jika kita bersalam-salam dahulu then kalau nk bercakap sepatah dua apa salahnya kan..tanya khabar dulu ke pastu baru ler blah dari situ. kalau aku solat Jumaat dekat kampung aku, aku dapat lihat suasana macam nie lagi. rasa macam seronok jerk.

SITUASI 3 : masa berselisih kenderaan di jalan yang 1 lorong sahaja.
---> korang semua mesti pernah bawak kereta kan? kalau dekat jalan dua lorong x menjadi masalah tetapi situasi kali nie aku bawakan di kawasan perkampungan ataupun mana-mana sahaja yang lorong dia just satu lorong dan salah seorang daripada pemandu terpaksa berhenti dahulu dekat tepi jalan untuk memeberi laluan kepada kenderaan di hadapan...rasa-rasanya korang pernah tak lalui perkara-perkara macam nie? apa yang korang buat bila terjadi situasi seperti ini berlaku?......
---> bercakap atas dasar pengalaman ( uiii..banyak sungguh pengalaman aku nak share nie) , bila ada kereta datang dari arah depan, better kita mengalah dulu dengan memberi laluan kepada kereta daripada arah depan. tapi tengok apa reaksi orang yang kita beri laluan tue apa akan dia lakukan lepas kita bagi dia laluan. kalau aku selisih dekat kampung, awai-awai lagi diorang akan angkat tangan sambil jerit kot tingkap kereta TERIMA KASIH!!!.
      masa tu mesti korang akan rasa seronok sangat sebab orang tu cakap terima kasih dekat ko..tapi apa yang akan berlaku JIKA sebaliknya??dia lalu sambil wat bodo jer dekat korang??haha..mesti korang rasa nak bagi penyepak laju-laju tahap maksimum punya kan bila ada orang yang buat macam tu dekat korang..hihihi..sabar lah..itulah manusia dan seperti yang aku bincangkan, nilai murni BERTEGUR SAPA sudah semakin menghilang.


      ---> pengajaran yang nak aku sampaikan melalui perbincangan kali ni ialah kita sebagai umat Islam Khususnya dan amnya ORANG MELAYU, kita tidak seharusnya melupakan segala amalan-amalan dan budaya murni seperti ini walaupun di mana kita berada. kenapa kita boleh berbudi bahasa dan bertegur sapa dengan orang kampung bila dah balik kampung tapi bila dekat bandar suma duk buat hal sendiri sampaikan orang sebelah buat apa pun korang tak perasan. so, moral of the story, berubahlah dan cuba terapkan semula nilai-nilai murni dalam hidup kita semua....InsyaAllah kita semua akan hidup dengan aman dan bahagia :)

                ********************************************************
seperti biasa, korang akan dihidangkan dengan lagu-lagu (bukan lauk-pauk erk) yang bersesuaian dengan topik yang dibincangkan..selamat mendengar semua..


haha..lepak-lepak dulu dengar apa Ustaz Azhar nie cakap...


betul apa yang kumpulan rabbani nie cakap..kita semua sama sahaja pada pandangan-Nya..janganlah sombong sehinggakan melupakan sahabat yang lain..^_^*





notaKaki : selamat membaca dan selamat beramal~~ peace ^_^

Sabtu, 19 November 2011

NILAI MURNI 1 - PENANTIAN ITU PENYIKSAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia....^_^

PERMULAAN bagi aku untuk membuat kesimpulan dan mengupas dengan lebih mendalam beserta contoh mengenai nilai-nilai murni yang sepatutnya kita kekalkan pada masa kini tetapi sudah semakin menghilang daripada nilai murni kita...

entry aku kali nie nak cerita pasal PENANTIAN...Istilah penantian nie kalau dalam bahasa mudahnya ialah menunggu..betul ke penantian nie satu penyiksaan? entah ler tapi yang pastinya kalau menunggu memang akan menyebabkan seseorang itu boleh naek hangin satu badan. hahaha..yeler kan, mne TAK hangen satu badan kalau dah janji nk jumpa pkul 2 then tunggu punya tunggu pukul 3 baru sampai. kalau tunggu kejap xpew. ini tunggu punyalah lama.macam tunggul mati terpacak jerk duk tunggu.haha.. aku bagi contoh jer nie..xde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati (kalau terasa nk wat cmner kan..hihi )

aku terfikir nak berbincang pasal istilah PENANTIAN nie dengan korang sume. agak-agak korang pernah tak terasa hati dengan sesiapa pun tak kira lah dia kawan korang ke ataupun sapa-sapa sebab korang terpaksa tunggu org yang janji nak jumpa korang sampai berjanggut mengalahkan A. Samad Said... haha..

memang betul kita nie sebagai manusia kadang-kadang ada perkara yang berlaku secara tidak disedari dan tidak sengaja sampai terpaksa "delay" masa untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang kita janji..kadang-kadang kereta rosak ler, jalan jem, lampu isyarat rosak, kereta habes minyak, motor tayar pancit dan macam-macam lagi alasan yang keluar bila tidak datang tepat pada masa yang dijanjikan. rasa-rasanya perlu ke percaya dengan apa yang diorg perkatakan. terpulang ler pada pandangan korang sendiri.

pengalaman yang aku lalui hampir-hampir sama dengan keadaan ini. kadang-kadang bukan ada mende yang berlaku pun dekat orang yang datang lambat tu tapi dia memang jenis yang macam tu. bila telepon cakap dah otw aka on the way walhal baru nak pakai baju then carik seluar..hahaha..adoii..ada juga manusia macam nie kan...kesian ler kawan yang duk tunggu tue..

rasa-rasanya kalau perkara nie yang korang buat dekat orang lain apa yang korang rasa??ke korang  x rasa pape langsung dan buat tak tahu jer dengan apa yang dah berlaku. korang sanggup biarkan orang tunggu korang sampai berjam-jam dan korang langsung takde rasa nak bersiap cepat-cepat sebab kawan korang dah tunggu lama dah..iskk..iskk..iskk..jahanam punye member...

pada pandangan aku, orang yang sanggup buat kawan dia menunggu sampai berjam-jam adalah orang yang kurang nilai murni dalam diri dia. sebabnya dia langsung xde pape perasaan bila dia tawu kawan dia tengah menunggu. macam takde pape yang berlaku pun. walhal kawan tue dok maki-maki sambil tengok jam tangan. kira bape lama dah menunggu...hahahaha..

so, moral of the story aku setuju sangat-sangat yang penantian itu satu penyiksaan. satu penyiksaan bagi orang yang menunggu. dah ler kena bergegas-gegas nk bersiap semata-mata nak tepati janji dan nak sampai dekat tempat yang dijanjikan secepat mungkin. tapi hampehh!!!sampai-sampai jer xde sapa-sapa pun dekat situ..so, kepada yang pernah buat perkara nie tolonglah buat refleksi kelemahan diri dan cuba ubah sikap itu daripada biarkan kawan korang menunggu lama-lama sambil maki-maki korang. apa salahnya untuk datang tepat pada masanya kan..^_^

                                     ***************************************************

sebelum tue aku ada sediakan video klip lagu penantian satu penyiksaan daripada FEBIAN kat sini. yeayy..kalau korang nak tawu aku suka sangat lagu-lagu daripada kumpulan nie. ROCK KAPAK ler katakan..hahaha..layannn ^_^





notaKaki : PERHATIAN!!!!!kenyataan sepenuhnya di atas tiada kaitan dengan mana-mana orang yang mengenaliku. hanya sekadar berkongsi pengalaman dan cerita ^_^..sekian..

Sabtu, 15 Januari 2011

Sape yang X Suka Berjogging Baca Nie


JOGGING!!!!..ape korang nak cakap bila ada org yang ajak korang g jogging??korang nk join ataupun korang just nak bagi mcm-mcm reason dekat mbr korang yang beria-ria sangat nak ajak korang g jogging tue..so,aku nk korang cuba bagi pendapat korang tentang perkara nie..aku nie nak cakap rajin g jogging tue xdeler sangat tp dalam 1 week tue mst aku turun jgk..bukan ape, malu chek dengan orang lain sbb aku nie budak PJ..hihihi..korang rasa jogging tue satu mende yang berat ke??kenapa susah sangat nak turun p jogging sedangkan kita tawu faedah berjogging nie kan..


ok ler kawan-kawanku sume..if korang x tawu lagi faedah jogging biar aku bgtaw dekat korang sume supaya lepas nie korang rajin-rajin turun jogging tambah-tambah kepada yang rasa badan dia dah naik tue..hihihi..


faedah-faedah bersenam / berjogging


  1. meningkatkan daya tahan kardiovaskular( jantung )
  2. menjadikan kita lebih aktif dan cergas
  3. dapat menghilangkan rasa stress dan tekanan
  4. dapat mengurankan berat badan
  5. menyihatkan tubuh badan
  6. x perlu keluarkan duit belanja yang banyak dan menjimatkan korang sume..
daripada list dekat atas tue aku yakin korang pun tawu ape faedah bersenam nie kan..kalau agak-agak korang ada faedah yang lebih baik tlg komen dekat aku taw..hihihi..paling penting ialah korang mesti ler kena berjogging secara berterusan..bukannya setiap hari keyh..cuma kalau korang turun jogging 3 kali seminggu arrange ler hari dia macam hari Ahad, Rabu dan Jumaat. SO,korang kena ikut jadual nie..jangan seminggu jerk korang g jogging mcm nak mampuih lepas tue sebulan korang x turun jogging dah..xberkesan nanti..

untuk tambahan lagi..korang kena mantain jogging nie n setiap kali korang jogging mesti set time minimum 20 minit setiap sesi..so, 20 minit tue dah cukup untuk pecahkan lemak-lemak dekat bawah lapisan kulit korang tu..tp untuk kesan yang lebih baik, korang JANGAN makan dulu sebelum korang turun jogging..lagi cepat glukosa dalam badan korang habis lagi cepat lemak dalam badan korang tue akan di convert kepada tenaga..so, dah kurang ler lemak dalam badan korang tue nanti..

kat sini aku nak share beberapa tips dengan korang sume supaya korang x rasa bosan bile berjogging..mesti korang suke kan bila dengar pasal tips nie..haha
  1. berjogging pada waktu petang or waktu pagi tetapi lebih seronok bila jogging waktu pagi..udara bersih,nyaman dan selesa.
  2. setiap sesi tue korang mestiler kena jogging sampai 20 minit minimum. itu MINIMUM taw..lebih lama korang jogging lebih bagus..tp untuk beginner wat 20 minit is enough..hihi
  3. gunakan kasut yang sesuai untuk berjogging..kalau nak yang branded pakai ler brand NIKE,ADIDAS,ASICS dan lain-lain yang korang pernah dengar..tp jenama x menjaminkan sesebuah kasut tue baik untuk digunakan melainkan korang cuba tgk material die macam mana...KASUT SANGAT PENTING UNTUK MENGELAKKAN KAKI ANDA DARIPADA CEDERA.
  4. nak lagi best waktu jogging tu korang ajak ler kengkawan join korang sekali..baru ler x rasa boring bile g jogging..nak lagi best korang g jogging dengan awek korang..hihihi..TAPI jangan wat mende lain sudey..haha..baru r dtg spirit korang tu nk jogging..tol x..hihihi..
ok ler..rasa-rasanya dah cukup panjang aku membebel pasal jogging jer pon..haha..lepas nie jom kita sama-sama turun jogging..

"Majulah Sukan Untuk Negara"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)