Memaparkan catatan dengan label celoteh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label celoteh. Papar semua catatan

Ahad, 13 Januari 2013

Kisah Penjual Karipap Dan Pemuda Yang Baik Hati

Assalamualaikum semua!! 

Malam nie aku terbaca satu kisah yang begitu menyayat hati aku tatkala aku masih lagi belum pernah bersyukur dengan apa yang telah aku miliki..aku rasa diri aku nie terlalu senang sampai melupakan kesusahan orang lain.

sedih sangat bila baca kisah nie..sangat memberi makna bagi aku..soo..kepada korang yang nak baca juga kisah nie..silakan...harap-harap kita akan sama-sama berfikir semula dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik di masa akan datang..


-----------------------------------<<<<<<<<>>>>>>>>>----------------------------


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri jalan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" kayanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajannya.

"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawab saya ringkas.

DIa berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. masih kenyang lagi nie," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pakcik, kakak atau makcik?".

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihat betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kerta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan senyuman. Saya menurunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang," katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya menghulurkan kepadanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mngundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang, nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi kepada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang! " katanya begitu lancar.

Saya sebak sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal, saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?. Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan tetapi kerasa rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya , siapa kita sebenarnya!


------------------------------------------tamat-----------------------------------------------




Amacam!! best kan cerita nie...siap sebak-sebak lagi baca..kih3x..


aku berharap suatu hari nanti aku akan dapat buat perkara yang sama macam pemuda nie..dapat tolong someone atas dasar kagum dengan sikapnya...

In-sya-Allah.....



Jumaat, 11 Januari 2013

Seronok weyh pancing Udang Galah!!!

Assalamualaikum semua!!!

Petang Jumaat yang aku rasa sangat nyaman sebab ditemani oleh hujan yang mencurah-curah di bumi Kuala Lumpur nie... Berat jer rasa jari aku nak menaip sebab mata pon dah ikut sama berat mcm ada batu tgh melekat dekat kelopak mata untuk aku tidur...

Kejap lagi aku tidur ler nie..tapi rasanya sempat lagi nak update blog nie..kejap jer nak update blog nie tambah2 bila dah ada story yang nak dikongsikan...

Petang nie aku nak story pasal pengalaman memancing udang galah!! haaaaa..sapa yang pernah memancing udang galah?? amacam pernah dapat ke mancing udang galah tuu? ataupun dapat penat jer... hehehe..

Aktiviti yang paling aku suka bila cuti sekolah ialah pergi memancing dekat sungai.. tak kisah ler pancing udang ke, ikan ke n pape jer yang best aku suka...hahaha...

Bagi korang yang belum pernah merasainya boleh ler mula merancang untuk mencuba memancing udang galah nie.. seronok bila mata pancing disentap udang galah dan masa nak naikkan udang galah adalah masa yang paling best sekali..

Kalau boleh rasa nak jerit kuat-kuat dkt tgh sungai tu bila dapat naikkan udang galah..hahaha..bukan senang weyhh..kena ada skill memancing yang bagus baru boleh memancing udang nie...Silap sentak pancing tu kemungkinan besar udang akan terlepas... Memang putih mata lorh lepas tuu..hahaa

Untuk korang semua aku sempat rakam beberapa detik manis masa aku pergi memancing udang galah dengan abg aku..Untuk pengetahuan korang semua, abg aku nie PAWANG UDANG..sebab die memang expert memancing..bayangkan aku baru dapat sekor dia dah dapat 5 ke 6 ekor udang dah...hahaha.. Tension jer mancing dengan orang yang hebat memancing nie..kih3x..


ada cara yang tersendiri untuk menaikkan udang galah sebesar nie....






Kepada korang yang mana mempunyai minat dalam bidang memancing nie boleh ler join group kaki pancing nie GENG KAKI PANCING...

Melalui group nie korang boleh bincang macam-macam berkaitan dengan memancing.. Kalau dah memang hobi memancing apa-apa pun diorg sanggup lakukan bagi memastikan hobi mereka dapat ditunaikan...hehe

Sekian dulu perkongsian aku untuk entry petang nie...

time to sleep...yeahhh~~




Isnin, 7 Januari 2013

Lawak Sekolah ##001 - Kelas Lukisan

Assakamualaikum !!

Tak lama lagi aku akan mula bekerja di sekolah dan akan menghadapi macam-macam kerenah anak murid di sekolah kelak. So, aku kena lorh bersedia daripada sekarang kan!! mane taw bila pergi sekolah nanti dapat anak murid macam mane perangai aku time sekolah dulu..Sakitt!!!

Yeler aku selalu kena provok dengan cikgu-cikgu sekolah aku bila jumpa diorg bila diorang cakap tunggu anak murid kenakan balik ko nanti...hahahaha..Rasanya aku xdeler sekejam itu terhadap cikgu-cikgu aku..lalalala..

Cerita lawak nie aku just petik daripada sumber yang aku rasa nak kongsi sikit. Lawak time dekat sekolah yang mungkin akan aku lalui nanti. Mane tawu kan naseb aku x baik dapat student macam nie..hahaha.. korang layan ler dulu short story di bawah nie....

Cikgu : Lukisan apa yg kau buat nie Abu , Kosong je?
Murid : Kuda makan Rumput, Cikgu.
Cikgu : rumputnya mana?
Murid : dah habis di makan kuda, cikgu
Cikgu : habis tu, kudanya mana?
Murid : dah pergi Cikgu! kalau rumputnya dah habis, buat apa kuda masih di situ?
Cikgu : -.-'
 
Rasa-rasanya macam mane ler keadaan aku kalau kena anak murid jenis macam nie..kah3x...
Mula-mula mesti aku gelak guling-guling dulu sebab memang serius melawakkan...hahaha.. lepas tu aku nak suruh anak murid aku tu pegi kejar balik KUDA tu then ikat dekat dalam kertas lukisan tue. Lepas ikat kuda tue aku nak suruh die tanam rumput balik sebab rumput tue dah kena makan dengan kuda... kah3x..kesian murid aku kena buli dengan aku nanti..hehe
Pape pon perjalanan masih panjang..suka dan duka akan selalu mengiringi hidup kita semua dan akan menemani kita untuk menguji kita semua...
ok...jam dah pukul 4 petang...time aku nak tido kejap...hehehe..penat sebab kelas harinie bosan..hahaha.. jom tidooooo.. zzzzzZZZ
 
bye3x ^_^"    

Selasa, 23 Oktober 2012

WEYH!! JOM RAYA


Assalamualaikum w.b.t

Yesss...dalam beberapa saat lagi aku akan bertolak pulang ke kampung untuk menyambut hari raya AidilAdha..korang macam mane pulak? balik kampung tak raya nie..hahaha.. Kalau ada peluang nak balik baik balik kan..mesti keluarga di kampung merindui korang..

raya kali nie mesti lagi ramai yang akan melaksanakan ibadah korban kan? aku kalau dekat kampung tue mesti tak putus-putus daging korban datang rumah..rezeki ler katakan..hehe..memang seminggu makan lauk daging jerk..haha

anyway, kepada sahabat blogger semua...aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA... semoga berbahagia di samping insan-insan tersayang :)

kepada yang melakukan ibadah korban pulak, selamat menjalani ibadah korban dan lakukanlah amalan korban dengan seikhlas hati anda...

sebelum tu, aku ada satu pesanan khas daripada encik lembu yang mintak aku tolong postkan pesanan die nie..haha



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua muslimin dan muslimat yang mengenal diri aku... jom balik kampung....yahuuuuu


BALIK KAMPUNG - NEW BOYZ

hahahaha..layan jup lagu nie..nak amek mood balik kampung weyhh...untung jgk duk jauh-jauh daripada family nie..baru rasa kalau nak balik kampung kan..sape setuju!! haha

Rabu, 17 Oktober 2012

JOM TEST SIAPA MENGANTUK!!

Assalamualaikum!!

hye kawan-kawan semua!

hey..korang mengantuk tak sekarang?? kalau terasa mengantok jom amek sedikit masa korang untuk buat terapi nie.. hahaha

actually bukan terapi sangat pun tapi soalan-soalan untuk menguji tahap konsentrasi korang jerk..
Jom luangkan masa selama 30 saat ANDA untuk menjawab soalan di bawah...

JAWAB SECARA SPONTAN TAW!!

Menguji sejauh mana tahap konsentrasi kita... ^_^

-jawab secara spontan, jangan banyak fikir
-baca satu demi satu
-concentrate!!
-KITA MULA !!! 

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia?
2. Asap warna dia apa?
3. Tisu warna dia apa?
4. Lembu minum apa?

Yang jawab susu konsentrasi anda sedang terganggu, sebab lembu minum air..


1. Rambut anda warna apa?
2. Tulisan ini warnanya apa?
3. Jalan raya warnanya apa?
4. Kelawar tidurnya bila?

Yang jawab malam, ertinya konsentrasi anda sudah semakin terganggu. Sebab kelawar tidur di siang hari..

1. warna cendol apa?
2. Daun kelapa warnanya apa?
3. Warna bagi kebanyakan rumput?
4. Harimau makanannya apa?

Yang jawab rumput itu terang-terang dah salah. Sebab harimau makan daging.


hahahaha....dah dapat jawapan korang sekarang kan?? rasa macam mana sekarang nie? still mengantuk lagi ke kawan..... kalau mengantuk boleh dah pegi tidoooo..haha..

PeacE!!

Jumaat, 5 Oktober 2012

MAIN MERIAM GELUNG!!!



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malauysia....

Kali nie aku nak story pulak aktiviti aku masa aku dekat kampung. Serius aku nak cakap masa aku dekat kampung even takde handfon dengan internet aku boleh survive lagi. Sumenya sebab banyak sangat aktiviti yang aku boleh buat bile dekat kampung 2..

Story nie aktiviti sepanjang bulan Ramadhan pada waktu petang dalam 30 minit lagi nak bukak pose, aku melepak dulu dengan member2 dekat hujung kampung. kalau dalam bahasa budak2 kampung "port". hahaha..

bukan lepak sembang2 kosong jer tapi ade aktiviti selanjutnya lepas 2.. dalam masa lepak2 jer, ade 2 3 orang member keluarkan senjata daripada dalam parit.hahaha.. nak taw senjata kitorng hape?? bukannya pedang, bukan senapang tapi gelung paip air. sebab masa nie dah tak jumpa dah buluh dalam hutan nak buat meriam buluh. so, guna jer meriam gelung.

Dah settle kerja2 setting senjata semua, kitorng mula membedil dekat budak2 kampung seberang. diorang pon tengah maen macam kitorng jugak. So, apa lagi masing2 test power la tangan sape yang lagi baik bancuh kabait..hehehe...

then, dah settle sume apa lagi..POm..PaM...Pom..PaM ler...hahahaha... Sampai 3 minit lagi nak bukak pose tros balik umah cepat2 n bukak pose...hahaha..

seronoknyeeeee....rindu suasana kampung macam nie...

Camner Korang Punye Pengalaman Dekat Kampung? share ler dengan aku jgk..hihi



sumpah seronok maen meriam..tapi kena berhati-hati bila nak main...

PENGADIL KEJOHANAN MERDEKA CUP CHALLENGE 2012



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia....

Entry nie sepatutnya aku tulis sebulan yang lepas lagi sebab event nie memang berlangsung pada bulan yang lepas. Tapi maaf ler di sebabkan oleh faktor kebizian yang melanda bak tsunami dalam hidup aku dengan praktikum lagi, so aku xde masa nak menaip entry nie..

Alhamdulillah sebab aku dapat juga joint satu big event yang mana kalau saje-saje aku nak join memang tak dapat ler..tapi bukan sebagai player untuk game nie.. Tapi sebagai umpire kejohanan. Beruntung aku sebab ade sijil Umpire Level 1 daripada BAM nie sebab dapat juga merasai tournament-tournament yang boleh dikira event tahunan lorh...

Kalau aku x menceburkan diri dalam bidang umpiring mesti aku tak pernah taw pasal tournament nie.. Tapi apa yang lebih penting adalah pengalaman yang aku dapat sepanjang menjadi umpire untuk kejohanan nie..

Pengalaman paling best aku bila aku kena jadi umpire untuk event final men veteran..tawu tak sape yang main masa final 2?? player Malaysia kot..hahahaa.. jup aku pi cari gambaq dia sat....... GooGle ImaGe ...>>> tuuuuttttt .....tutttt

1. Jack Koh



2. Ong Ewe Hock


Sape tak kenal mereka nie memang bukan peminat badminton..hahahaha..

tapi seronok jaga game diorang sebab diorang main fun jer..event game final tapi memang best ler..cuma yang x best aku ler penat duduk atas kerusi 2 kalau dah maen sampai set penentuan..adoiiiii.. Anyway tak sangka sangat dapat jadi umpire utk final game tu...hehe

Jup..Jup...lupe nak upload gambar aku pulak..hehehe


satu cukup...tak boleh banyak-banyak...wawawawawa....

bye!!


Ahad, 29 Julai 2012

RiNDu NaK HANTAR KAD RAYA~~~

Malam nie walaupun aku sibuk tapi aku dah tekad juga untuk tulis kad raya kepada beberapa orang yang dah pun mengharapkan dapat kad raya daripada aku..kih3x...


Sebabnye pada minggu lepas aku pegi kedai rakyat 1 Malaysia..dekat situ aku ternampak dia jual kad raya nie..hahaha..Masa tue tetibe aku rasa macam nak beli jerk..so aku beli ler teros...


Balik jer rumah aku teros post dekat facebook tanye sapa nak kad raya daripada aku..hahaha..sebabnye aku xpenah simpan alamat sapa2 untuk aku sent kad raya nie..sedih jer..wawawawa


Nie aku sempat snipping tools kejap tadi status yang aku post pasal kad raya last week...


Banyak jugak aku dapat komen daripada kawan-kawan yang memang saje nak buat kecoh dekat wall aku...jadik stalker aku..wawawawa...


Teringat semula kenangan aku masa time sekolah-sekolah dulu..aku selalu tulis kad raya pastue bagi dekat kawan-kawan sekampung..paling best akuler yang jadi PAKCIK POSMEN sebab aku hantar teros dekat peti surat rumah member aku tu..paling best bila aku tunggu pakcik posmen datang rumah aku...hahaha..


Cepat-cepat aku keluar tengok surat yang datang sebab mane tawu aku dapat kad raya daripada awek-awek yang suke dekat aku kan..hehehe...tapi hampehh..setiap kali ada surat mesti mak aku jerk yang dapat. Mak aku nie jenis rajin bagi kad raya dekat orang. So, memang die akan dapat banyak kad raya setiap kali raya... Jelous giler habaq hang...hahahahaha


Keja aku tak siap lagi tapi saje menyibokkan diri dengan kad raya nie kejap..bukan lama pon..hahaha


Nie masa aku tengah dok pusing-pusing cari idea nak tulis kad raya tadi..hahaha..ingt senang ke nak mengarang ayat dalam kad raya..kalau bagi dekat awek boleh jgk..nie nak bagi dekat member..ayat xboleh terlalu berbunga-bunga plak..hehehe..nanti member cair plak..wawawawawa..


Dan akhirnya.......


Proses melontarkan semua ayat-ayat pujangga dalam otak yang dah nak full nie ke dalam kad raya.. hehehe..yang penting warna warni tulisan aku nanti..biasa lorh..rindu zaman sekolah dulu..hahaha...


Kalau aku typing jer lepas 2 print korang rasa cmner erk...style tak?? wawawawa..cakap dunia dah semakin maju kan..hehehe..


Lepas jer aku study dengan kad raya nie selama beberapa minit dan akhirnya.....



Alhamdulillahh...dah siap dah 2 kad raya aku..esok dah boleh pegi pejabat pos pastue tampal setem dan tggu pakcik posmen deliver kad raya aku nie..hahahaha....


Ucapan aku dekat kawan-kawan yang bakal dapat kad raya daripada aku...Sabaq ler menunggu taw..kalau xsampai jgk mesti malam raya baru sampai..aku akan suruh pakcik posmen cepat2 hantar malam raya...kih3x....

SELAMAT BERPUASA SEMUA UMMAT ISLAM..

peace ^_^


------------------------------------tamat---------------------------------------

Jumaat, 20 Julai 2012

SeLamaT BerPuaSa SeMuA..









Assalamualaikum w.b.t


SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN...


Alhamdulillah.. sekali lagi dapat bertemu kembali bersama bulan yang penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan.


Bulan setiap ummat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dan mengumpul pahala sebanyak mungkin.


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat lagi aku bersua dengan Ramadhan pada tahun ini.


Seperti yang lain dah tentu ada azam masing-masing sepanjang bukan?? macam tue jgk dengan aku...


Azam aku pada tahun nie ialah :


1. Of koz ler nak puasa penuh kan..
2. Nak buat solat sunat terawikh full tanpa ponteng...
3. Nak turunkan berat badan..hehehe..(turun 3kg pun dah cukup)


Sebelum aku melabuhkan tirai ucapan aku...aku ada satu ucapan untuk korang semua...


---------------->






Opssss...sebelum terlupa..aku nak sharekan sebuah lagu yang memang menjadi feveret aku time bulan puasa nie..Korang pun mesti layan lagu "diari ramadhan rafiq" kan?? sebab citer die memang best..so, selamat mendengar.. peace !!










p/s : Jom Sama-sama kita menghidupkan malam di bulan Ramadhan..wasalam..

Rabu, 18 Julai 2012

Rawak 213389# Kau ADa!!!!

PERHATIAN : Penggunaan ayat di bawah adalah untuk menunjukkan blogger sedang merepek dan meraban plus bajet taiko ala-ala filem KL GangsTer.




Heyyyyy... Memang tak puas hati gua dengan sorang MiNaH PoYOS niehhh... Saja Bikin gua Panas Malam nieHhhh...


tAPI dengan kesabaran gua pada Tahap Maksimum die gua still boleh rileks + cool lagi okeyh...xde hal ler der...hahaha..


Eleyhh..poyos + SENGET + SENGAL ler Lu sebab sanggup buat entry macam nie ------ >




Untuk gua kan..walaupun gua bukan spesis yang suka suki jadik stalker lu...asbestos betol r lu...hahaha


Paling gua rasa tak memuaskan hatinya PUunn.,AdOiii bile lu perangat gua sampai terbakar gua rasa..hahaa.. 


---> Kasi tengok sikit Lu punya Ayat Perangat macam Paip BM Power Moto 125 ZR gua...hehe






Lu cakap gua kalah bai...........Belom lagi dollllll


gua mana mungkin mengaku kalah dengan Lu itu macam sajaaaaaaaa~~~ hehehe..
Ini Malam gua kasi entry sama lu mau tunjuk sama lu sikit...


GUA KASI TUNJUK LU DUIT DOLAR MAAAAAA.....

KANTOI!!! time nie gua tengah baca entry lu sampai gua nak  terpk nak post idea nie
hahahahahaha..


KAU ADA!!!!!!!!!!!!!


saje gua kasi bold sikit ayat 2 kasi lu tengok sikit..gua xmaen la duit baru ala2 jutaria dengan shahiba tu...ape kelas weyhh...hahaha


gua sikalang gua duit dollar jerr...hahaha..taon nie RaYa gua kasi duit DOLLAR jer sapa datang rumah gua...
Kau ADa!!! hehehehe..


Opssss..lupe gua nak inteframe muka gua bersama duit dollar nie..kasi lu hangen sikit sama gua..kih3x..


Nah Hambek ko!!!






Kasi lu Teleng sikit kepala tengok picture nie..wakakakaka..


Ok..sikalang dua sudah puas hati..Lalalala..gua mau tengok apa lu mau post sama gua esok pagi..hahahaha..


chooowwwww~~~~ no hard feeling okeyh... :p




p/s : Esok kalau nak balas balik entry nie dengan duit dollar jugak jangan ler pinjam duit member2 taw pastue bajet posing gune duet sendiri..wakakaka..Takde buat cara takde erk..lalalala

Isnin, 4 Jun 2012

Siapa Punye Kerja!!!Habis AKAUN FB aku`~`

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia...

Pagi-pagi jerk aku dah terasa nak mengamuk tahap cipan nie..(sabar...sabar...jangan marah sangat)...

hurmm..aku tak taw sume nie angkara makhluk mane?..bukan nak menuduh sesiapa tetapi aku still dalam mood tak baik nie..entry nie pon aku keluarkan dengan perasaan marah...

MANA tak marah weyh kalau bukak-buka facebook then nak log in jerk tetibe cakap aku dah tukar password...entah bila masa aku pegi tukar password aku pon tak taw..nak lebih jelas lagi tengok gambar dekat bawah yang aku sempat snipping tool....

YOUR PASSWORD WAS CHANGED AT : TODAY AT 3:02 A.M.
"TODAY AT 3:02 A.M."weyhhh..aku dah tidoq ler masa nie..semalam aku tido pukul 1:00 a.m..abes tue macam mana plak tetibe pukul 3 pagi aku boleh on9 siap tukar password lagi nie...tak mungkin ler  ROH aku bangun pagi2 buta pegi on9...adoiiii..

Sapa punya angkara nie..dok pedajai aku lagu nie...haishhh..memang serious aku xpuas hati dengan mende nie...nak kena buat report dekat "POLIS" nie...(ehh~~boleh ke report dekat polis??)

ok..kalau tak boleh report dekat polis aku report dekat MARK ZUCKERBERG jeler..ok tak???

sampai hati buat aku macam nie..apa dosa aku...ahakkkkzzz..sedih weyhhh..

dah ler password FACEBOOK aku kena tukar...lebih malang lagi bila akaun yahoo aku pon kena sekali..perghhh..COMBO ler shialll....ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga tergolek kena tahi"..hambek ko!!!..

invalid ID or password....nie satu hal lagi..semalam aku sign in cantekkk jerk..pagi nie xboleh pulak....

Memang aku kena kow-kow punye kali nie..akaun facebook + akaun yahoo...habes sume kena hack...TAHNIAH kepada orang yang bertanggungjawab ke atas perkara ini...

Memang dah menyusahkan aku tahap 99 petala langit nie..nak putus fius otak aku dok pikiaq lagu mana nak settlekan mende nie...hahaha.

agak-agak korang kalau terjadi mende camnie korang buat ape erk??bukak akaun facebook baru?? ok tak cadangan nie..sebab ituler satu-satunya cara untuk aku selesaikan masalah ini...memang tak boleh nak buat ape dah sekarang nie...hurmmmm~~~

lagi best lagi aku nak cuba tukar balik aku punya password akaun yahoo tapi boleh plak aku lupa jawapan untuk soalan kedua..kan ade soalan yang mr.yahoo minta kita isi masa mula-mula kita create akaun yahoo...Memang aku lupa giler jawapan untuk soalan kedua...hurmmm..naseb badan...

last-last ape yang terjadi??? THIS ACCOUNT IS TEMPORARILY LOCKED~~~~~~




OK....SETTLE...HAHAHA..TERIMA KASIH~~~

Dan akhirnya ini yang aku dapat..selepas mencuba sebanyak sepuluh kali + cubaan beberapa kali password yang memang aku gune selama nie,..akhirnya kena blocked..hahaha..."padan muka aku"...

Tapi memang aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat sesiapa yang dah hack aku punye facebook + akaun yahoo aku nie sampaikan menyusahkan aku hari nie....ok..TAHNIAH KEPADA ANDA!!!!


so....InsyaAllah aku akan berhenti buat seketika "BERMUKA BUKU" dan kalau still tak pulih macam biasa aku akan buka akaun facebook baru ler lepas nie..hahahaha...






PESANAN IKHLAS : Aku nak pesan dekat sahabat-sahabat semua..korang hati-hati dengan akaun facebook korang erk..jangan sampai jadi macam aku...habes sume privacy korang...kalau yang dah penah kena macam aku then nak share story korang dipersilakan..boleh jgk aku dapatkan idea cmner nak selesaikan masalah nie...tenkiu semua...peace ^_^





Sabtu, 21 April 2012

BerCuTi Di PuLaU PeRHenTiAn BeRsaMa Ex-JPP 2011/2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Perkara pertama sekali nak cakap ialah blog aku nie dah macam "hidup segan mati tak mau" sebab tuan dia dah jadi pemalas tahap 99 petala langit..hahaha..sory ler korang sume weyhh..bukan aku xde idea nak share ok..haha..banyak sangat idea sampai dah x buleh nk disharekan dengan korang semua..ahakzzz...

anyway..entry aku kali nie aku nak story pasal pengalaman aku bercuti dekat Pulau Perhentian masa last holiday..Sebelum aku straight 2 the point, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak plus ribu riban dekat saudara Amir Ikhwanuddin aka EX-SETIAUSAHA yang dah plan program nie..Bayaran yang aku bayar untuk percutian nie adalah sebanyak RM250.00 untuk 3H2M..


Overall aku berpuas hati sampai tak boleh nak cakap apa-apa dah...terlalu seronok bila berada di sana. sepanjang 3H2M dekat sana, aktivi snoorkeling merupakan aktiviti utama..Dekat sana, kalau tak snoorkeling bukan bercuti ler namanya..Kalau pi sana best tengok coral, ikan warna-warni, dan macam-macam lagi....

So, pada sapa-sapa yang rasa nak merasai percutian yang sangat merelakskan boleh ler pergi sana..Pantai dia pun cantik juga..ala-ala dekat bali..hahahaha..(jadi promoter plak aku nie.)

Cakap banyak pun bosan juga...so, aku bagi korang sume tengok jerk gambar nie..haha..layannnn..

hahahaha...sempat lagi aku berposing dekat pantai nie....

ok...korang tengok ler suasana pagi waktu sunrise dekat sini...

dah siap-siap nak pulan ke kuala Besut...SelamaT TinggaL PuLau PerHenTiaN...

nie gambar masa dekat PULAU REDANG..sempat juga pergi pulau redang..hihihi..

scene yang paling aku suka.....hurmmm....nak datang lagi...


Rasanya cukup ler aku celoteh sikit-sikit pasal nie..hahaha...amek masa kejap sebelum pegi mandi..hahaha..anyway aku harap korang semua kalau mana-mana yang dah ade planning nk bercuti dekat mana-mana pulau dekat Malaysia nie pergi ler...Tak Rugi sebab Malaysia mempunyai Pantai Yang Cantik, menarik, tertarik dah Memang Da BOMB...hihihi...


sekian dulu nukilan aku....chowww~~~ ^_^"

Khamis, 12 Januari 2012

My NeW "DarLinG"

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

sekian lama juga aku menyepi dek kesibukan hidup membuatkan aku mula merindui encik blog yang dah macam kitab usang dalam laman maya nie..haha..kesian incik blog aku nie...harinie aku janji aku akan isi semula kekosongan yang sekian lama menghilang...kih3x..

first of all, korang sume sudah semestinya dah baca aku punye post title kali nie kan..haha..ok ler..MY NEW "DARLING"...title yang sangat memberi makna kepada aku hari nie sebabnya........haha...

bukan sebab aku dapat awek baru erk...

tapi sebab aku dah jumpa pengganti kepada "SWEETHEART" aku yang sebijik nie......

my nokia C6 yang mengalami kecederaan akibat kemalangan teruk..hihi

kesian sangat-sangat dekat aku sebab sejak seminggu yang lalu nset nie keja nak meragam jerk..xtahu ape yang die merajuk dengan aku sampaikan byk sangat mende yang die xboleh membantu aku..makin aku sibuk makin die sakit..hahaha...

memang dasar nak mintak aku cari pengganti die ler 2...

sampai ler aku dah tak boleh nak contact dengan sesape sehinggakan menyusahkan kawan-kawan aku yang memerlukan bantuan aku then aku mula terfikir untuk mencari pengganti yang baru..bukannya sebab banyak duit tapi sebab urgent dan aku sangat memerlukan encik telefon pada saat ini..

so, akhirnya pada tanggal 12 Januari 2012, aku pun berjaya mendapatkan "honey" yang baru dalam hidup aku..
                  yeayyy!!!!!

ini dia my new honey

jenama enset yang xpernah wujud dalam hidup aku selama 21 tahun aku hidup..
akhirnya muncul juga dalam hidup aku............SAMSUNG GALAXY Y

hihihi.."honey" aku yang comel lagi bergaya nie..even tak mahal tapi aku bangga ada dia...kih3x.. 


memang tepat pada masanya aku carik honey baru nie sebab kalau aku xdapat honey baru nie maknanya aku akan membuatkan orang lain menunggu-nunggu aku..dah ler cntact tak dapat lepas tue mesej pon tak reply..hihihi..

kesian kan dekat orang-orang yang menaruh harapan dekat aku tu..haha..sebab tue aku dengan cepat dan pantas mengorat "honey" aku nie..haha..tapi lebuh juga ler duit aku..uwaaaa :'(

pape pon aku bersyukur sebab ada rezeki untuk dapatkan gadget yang baharu untuk tahun 2012 nie...Alhamdulillah...

rasanya setakat itu sahaja coretan aku sebab lepas nie aku kena rushing nak pergi kampus pulak..ade event..hihihi..tengok GSTT yang baru mendaftar buat persembahan malam kebudayaan...JOM!!!! kita sume p tengok gelagat abg-abg dan kakak-kakak senior nie...


notaKaki  : kalau dah ade "honey" baharu tu kena ler pandai jaga sikit..jangan tidur atas die pulak..nanti ade lagi yang rosak..hihihi.. :D

Ahad, 11 Disember 2011

PASPOT KESELAMATAN NIOSH - OSFAM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

first sekali greeting aku untuk entry nie aku nk ucapkan selamat berhujung minggu kepada semua pembaca yang tengah membelek-belek blog aku yang tak seberapa nie...walaupun nama hujung minggu tapi aku tetap sama juga macam hari-hari biasa..bangun awal pagi pergi kerja..balik dah terbenam incik matahari nun di ufuk barat..hahaha..

Pape pon malam nie aku ada story nak cerita lagi..still ada idea untuk memperbanyakkan bahan-bahan dekat dalam blog aku nie.haha..malam nie cerita aku pasal PASPOT KESELAMATAN NIOSH (NOSP). Mende hape ler dengan NIOSH nie kan?..macam pelik jer bunyi dia...




sabar erkkk..baru nak mula menaip laju-laju nie.......................^_^

sebenarnya NIOSH nie adalah merupakan pas induksi untuk memasukan kawasan limbungan...

kawasan limbungan? apa mende kawasan limbungan tue...

KAWASAN LIMBUNGAN nie senang cerita adalah tempat kerja lah...senang nak bagitau macam tu ler..dalam bahasa omputih pulak depa panggil "YARD"..sama jeler yang penting tempat nie selalunya buat pelantar minyak dan kabin tempat tidur pekerja pelantar minyak dan mende-mende yang sewaktu dengannya...haha

kepada sesiapa sahaja yang nak bekerja di kawasan limbungan nie adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus NIOSH nie dan mengambil peperiksaan bertulis yang akan dijalankan selama satu hari. Aku story nie atas dasar pengalaman aku okey..

kursus NIOSH nie ada 3 modul utama yang memang kita kena dengar daripada penceramah yang bertugas..dah macam dengar ceramah nak amek lesen motor tu..haha..bosan giler kan dengar ceramah selama 6 jam..haha..modul yang memang diwajibkan dalam kursus NIOSH nie adalah ;




MODUL 1 : UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN.

MODUL 2 : PUNCA DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN / PENYAKIT PEKERJAAN.

MODUL 3 : HAZAD DAN LANGKAH KAWALAN DI LIMBUNGAN.

kesemua modul nie aku dengar bagai nak rak bukan sebab apa, sebab kena jawab exam pulak lepas tue..dah ler soalan dia sampai 40 soalan..Nasib baik dia tetapkan untung lulus exam nie just kena dapat separuh daripada soalan nie..maksudnya 20 soalan betul dah kira lulus...memang lega sangat ler masa aku dapat taw pasal nie..hahaha..

sebenarnya kursus nie bukanlah sesuatu kursus yang membosankan tapi kursus nie memberi banyak pengetahuan baharu dan pengetahuan tambahan yang kita semua mungkin tak pernah dengar dan amik taw sebelum nie..semuanya berkisarkan keselamatan waktu nak buat kerja...

sebenarnya tak rugi juga aku amek kursus nie dengan harga sebanyak RM150.00 untuk tempoh masa 2 tahun . rasanya sangat berbaloi dengan pengetahuan yang aku dapat dan juga yang paling penting aku boleh bekerja di kawasan limbungan..

Tapi kepada yang berminat nak kerja di "OFFSHORE" jangan pulak nak amek kursus nie sebab rugi jer duit korang kalau amek kursus nie..kursus yang korang kena amek bila nk kerja di lautan adalah kursus "SURVIVAL". kursus nie memang tough dan yang paling best harga dia untuk korang amek kursus nie lebih kurang RM2500.00..

aku xnak cerita pasal kursus nak g offshore dulu sebab aku xde pengalaman lagi amek kursus tu..hahaha..

kalau korang nakkan maklumat dan juga serba sedikit pengetahuan mengenai NIOSH nie, korang boleh ler melawat ke laman web nie..aku sediakan khas untuk korang...

                     ::>> NIOSH WEBSITE <<::
                            sila klik perkataan di atas








ok done!!!

aku dah ketandusan idea nak cakap apa lagi pasal NIOSH nie..semuanya dah diceritakan dekat dalam laman web yang aku hyperlink dekat korang..anyway, sape-sape yang berminat untuk bekerja dekat kawasan limbungan boleh ler amek awal-awal supaya nanti tak perlu dah korang nak amek kursus nie lagi..

nie sedikit sebanyak apa yang diceritakan dalam niosh nie..haha..

Lambang hape entah nie..tapi memang berkait dengan NIOSH juga ler nie...




NotaKaki : AlHamDuLiLLah.........sebab aku dah lulus peperiksaan NIOSH nie..dan aku dah ada pun kad NIOSH yang membenarkan aku bekerja di kawasan limbungan..terima kasih SIME DARBY ENGINEERING..

Sabtu, 10 Disember 2011

SAJAK BUAT IBU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia....

Semenjak dua menjak tiga menjak nie aku rasa ada satu perubahan dalam hidup aku sedang berlaku..haha..aku dah mula minat untuk membaca..aku pun tak taw mana celah datang minat nak membaca pulak..haiseyhhh..selama nie bila time study bukan rajin nak membaca..tengok buku tue pun dah macam nak tak nak jer..wawawawa

MINAT MEMBACA!!!!! hahaha..buku apa yang incik FAHRUDDIN suka baca tu?..kalau aku bagitaw jangan gelak erk..korang gelak aku tempeleng kepala sorang-sorang sampai pusing-pusing macam gasing..hahaha..buku yang aku suka baca tu adalah.................................................................


                      majalah ASUH


hihihi..macam nie ler majalah ASUH yang aku duk baca nie...amacam?cute miut tak..hahaha

banyak tauladan kalau baca majalah asuh nie...best sangat-sangat taw..


               
haha..apalah kejadah duk membaca majalah ASUH tue..itu kan majalah budak-budak...cuba baca mende-mende yang berfaedah sikit.kan lebih bagus..hadoiii~~~


sedang aku asyik membaca daripada sehelai ke helaian lain tetiba aku terpandang sebuah sajak...nak aku dendangkan ke sajak nie...die punye isi memang best!!!kalau nak aku dendangkan kena lorh pasang lagu dulu..hahaha..kalau xde lagu aku taip jeler..korang pandai-pandai ler baca sendiri..agak-agak suka dengan sajak nie boleh copy & save..hihihi

                                                       IBU

Ibu............
Kasih dan sayangmu harum umpama kasturi,
Akanku semat kukuh di dalam sanubariku,
Wajahmu umpama bulan purnama,
Sering menenangkan jiwaku...
Ibu...........
Segala nasihat yang kau berikan padaku,
Akan ku jadikan panduan sepanjang hidupku,
kelembutan bicaramu serta kelunakan suaramu mengaji,
Akan menjadi ikutanku sehingga akhir hayatku....
Ibu............
Semoga nur kasih-Nya akan sentiasa 
melingkari perjalanan hidupmu,
Terima kasih di atas segala pengorbananmu,
dan perit jernihmu membesarkanku,
Hanya Allah SWT sahaja akan membalasnya,
kaulah yang sentiasa bertakhta di hatiku.........




Menarik kan sajak dekat atas nie..aku baca pon dah sayup-sayup jer hati nie..kih3x..taching giler shiot..muahahaha...pape pun yang berlaku ingatlah orang yang kita sayang..kalau kita tak fikir orang yang kita sayang pun, kita berfikirlah mengenai orang yang sayangkan kita..hik3x..




NotaKaki : Ya Allah ya tuhanku, kau panjangkanlah umur Ibuku dan berikanlah beliau kesihatan diri untuk meneruskan kehidupan dengan baik dan sempurna....^_^

                                   



Ahad, 27 November 2011

SUSAHNYA BILA HIDUP BEKERJAYA

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia...

tengah aku duk melepak mengelamun sesorang diri tetiba aku teringat dekat sang blog aku yang dah agak lama kesepian..haha..bila dah cuti mula ler perasaan malas mengikat diri aku nie untuk terus menconteng dalam blog yang seberapa nie..kesian ko pakcik blog kan??kalau ko awek komfom-komfom tiap-tiap hari aku jenguk ko..kih3x...^_^

kalau dulu masa cuti aku duduk jerk dekat rumah menghabeskan beras dan segala mak nenek yang ada dekat dapur tue bila time lapar datang, tapi sekarang nie aku dah tak boleh nak jadi macam dulu-dulu lagi sebab aku dah bekerja dah sekarang nie..ish3x..keja apa pulak dah yang ko buat cuti-cuti nie haaaa!!!!

kalau aku cakap aku keje part time engineer korang mesti x pecaya kan??haha..sebab aku pon tak pecaya jgk kalau aku keja part time engineer..seumur hidup aku mane ada engineer keja part time..wawawa..serabut betol!!!..keja HELPER jer pun kan..bukan macam engineer pun nak canang lebih-lebih kan..aku keja pun sebulan cukup-cukup..mak dekat rumah dah rindu sangat dekat aku nun..hahaha..

bila dah mula bekerja baru aku sedar akan kesusahan mak bapak kita yang bekerja sehari-hari membanting tulang demi mencari duit untuk anak-anak tersayang dekat rumah tue. walaupun aku still muda lagi, tapi bila aku kerja dekat bahagian tue rasa penat sangat-sangat..sakit pinggang pun ada rasanya..hahaha..tak dapat aku bayangkan ibu bapa kita yang entah keja dia lagi susah daripada nie..tediam dan terpana sejenak aku bila mengenang kembali pasal nie..terlalu banyak pengorbanan ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita..

walhal, kita senang lenang jer duduk dekat rumah goyang kaki sambil tengok tv..lepas tue bila mak n abah dah balik minta duit cakap nak pegi kedai. parents kita yang sayangkan kita dan tak nak kita kecewa pun menghulurkan wang kertas seadanya untuk kita pergi ke kedai..kalau yang pegi kedai sebab nak beli keropok ke aiskrim ke xpe jgk kan..tapi kalau dah pergi kedai lepas tue beli rokok pulak dekat apek kedai tu memang setan ler..dah ler guna duit yang minta dengan bapak tadi lepas tue gi perabih beli mende yang xberfaedah..kalau ler bapak tawu apa yang dibeli tu mesti dia marah sangat kan..so,sebab takut kena marahlah gi hisap rokok sembunyi-sembunyi kan??hahahah...bukan pengalaman aku yee..

kalau dulu masa takde keja, bangun pagi pkul 6.30 solat subuh dulu lepas tue sambung tido balik sampai matahari betul-betul atas kepala baru nak bangun. yeler kan, mane tak sedap tido lepas subuh kan, siap dibelai oleh dinginnya angin kipas meja yang dah disiap tekan butang no 3 paling laju kot..waaaa..nikmatnya tidur macam tue..tapi bila dah bekerjaya nie, bangun solat subuh lepas tue teros bersiap untuk ke tempat kerja..yeler kan,takut nanti lambat pulak nak tumbprint..hahaha..

aku rasa bersyukur sangat sebab aku dapat merasai kepenatan bekerja nie dan aku dapat pengalaman yang sebaik nie walaupun aku tak perlu kerja pun takpe..hahaha..so, aku ingt setiap kali cuti semester lepas nie aku akan bekerja..boleh jugak aku nak tampung hidup aku nanti..apa yang penting, bila dah bekerja nie niat kena ler betol..niat kena ler ikhlas kerana Allah..supaya kita dapat rezeki yang halal nanti..

     ************************************************************************


sekadar hiasan


notaKaki : walaupun baru bekerja tapi aku dah rasa macam lama sangat bekerja...mungkin sebab penat sangat kerja-kerja nie..naseb baik ler sebulan jer..hahaha..alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)