Sabtu, 15 Januari 2011

Anatomi & fisiologi
( tugasan 1 )
         
Soalan tugasan .
1.   Jelaskan maksud anatomi dan fisiologi.
Anatomi - Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini.Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota
badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi juga berasal dari perkataan yunani iaitu ‘ana’ yang bermaksud asingkan dan ‘tome’ yang bermaksud memotong dan juga mengasingkan.

Fisiologi – bermaksud mengkaji tentang fungsi struktur tubuh badan manusia.












2.     Dengan bantuan gambar rajah, senaraikan dan huraikan fungsi sistem yang terdapat pada tubuh badan manusia.
Sistem respiratori.

a.    Bahagian dalam sistem respiratori.
Antara bahagian yang terdapat dalam sistem respiratori ialah rongga hidung(nasal cavity), tekak(pharynx), pangkal kerongkong(larynx), batang tenggorok (trachea), bronchioles, saluran pernafasan(bronchi), paru-paru(lung) dan diafrakma(diaphragm).


b.    Fungsi sistem respiratori.
Fungsi sistem respiratori ialah membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan gas karbon dioksida. Selain itu, menjalankan proses pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam paru-paru. Akhir sekali ialah mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (homeostasis).

Sistem percernaan.
Gambar 2. Gambar rajah sistem pencernaan manusia
a.     Senarai bahagian sistem pencernaan manusia
Antara bahagian yang terdapat dalam sistem pencernaan ialah mulut, esophagus, hati(liver), perut(stomach), kandung hempedu(gallbladder), usus kecil(small intestine), usus besar(large intestine) dan juga dubur(rectum).

b.    Fungsi sistem pencernaan
Fungsi sistem pencernaan ialah untuk menelan iaitu memasukkan makanan melalui mulut. Selain itu, mencernakan makanan yang bermula dari mulut dengan mengunyah makanan seterusnya melalui aesophagus dan seterusnya ke dalam perut. Makanan dipecahkan kepada unit-unit yang kecil supaya mudah diserap ke dalam darah. Seterusnya berfungsi untuk menyerap semua nutrien ke dalam salur darah. Nutrien diserap di dalam usus kecil dan juga usus besar. Akhir sekali, makanan yang telah dicernakan dan diserap nutriennya serta yang tidak dapat dicernakan akan dihapuskan dan dikumuhkan seterusnya dikeluarkan dari tubuh badan melalui dubur.

Sistem kardiovaskular.
  
Gambar 3. Gambar sistem kardiovaskular.


a.    Bahagian sistem kardiovaskular
Antara bahagian utama yang terdapat dalam sistem kardiovaskular ialah jantung, darah dan juga salur darah.
b.    Fungsi sistem kardiovaskular
Sistem kardiovaskular berfungsi untuk menghantar darah ke seluruh tubuh badan manusia. Jantung akan berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan manusia. Seterusnya darah merupakan alat pengangkutan utama badan dengan
membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta mengeluarkan bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori. Selain itu, salur darah berperanan untuk menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan. Sistem kardiovaskular juga dapat mengekalkan suhu tubuh badan manusia. Akhir sekali, dapat menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.

Sistem integumentari.
Gambar 4 : gambar sistem argumentari tubuh badan manusia

a.    Bahagian sistem argumentari
Antara bahagian yang terdapat dalam sistem argumentari ialah kulit, kuku dan rambut.
b.    Fungsi sistem argumentari
Fungsi sistem argumentari ialah untuk melindungi tisu-tisu dalaman tubuh badan manusia. Selain itu, kulit juga bersifat kalis air untuk membantu mencegah kehilangan air dari dalam tubuh badan kerana mempunyai kelenjar sebum. Seterusnya, kulit juga peka terhadap ransangan seperti rasa sejuk, panas, tekanan dan juga sentuhan. Sistem argumentari juga dapat menghasilkan vitamin D apabila terdedah kepada cahaya matahari. Dapat menyingkirkan bahan buangan semasa berpeluh seperti air, garam mineral dan urea dari tubuh badan melalui kulit. Akhir sekali dapat mengawal suhu badan manusia.









Sistem reproduktif.
Gambar 5 : gambar sistem reproduktif manusia.
a.    Bahagian sistem respiratori
                      i.        Sistem reproduktif lelaki- terdiri daripada bahagian penis, urethra, bladder, kelenjar prostate, vas deferens dan telur.
                    ii.        Sistem reproduktif wanita- terdiri daripada vagina, cervix, myometrium,endometrium, uterus, fallopian tube dan ovary.
b.    Fungsi sistem reproduktif
Fungsi sistem reproduktif lelaki ialah menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki. Selain itu, menghasilkan zuriat dan menyalurkan sperma ke organ reproduktif wanita.
Fungsi sistem reproduktif wanita pula ialah untuk menghasilkan ovum dan juga hormon seks wanita. Seterusnya fallopian tube adalah tempat persenyawaan ovum dan sperma dan uterus adalah tempat tumbesaran janin semasa kehamilan.




Sistem rangka.
Gambar 6 : menunjukkan sistem rangka manusia
a.     Senarai bahagian dalam sistem rangka
Bahagian yang terdapat dalam sistem rangka ialah tulang rangka, kartilej, ligamen dan juga sendi.
b.     Fungsi sistem rangka

Sistem otot.
Gambar 7 : menunjukkan gambar sistem otot.
a.     Bahagian yang terdapat dalam sistem otot.
Bahagian utama yang terdapat dalam sistem otot ialah otot rangka.
b.     Fungsi system otot rangka
Sistem otot berfungsi untuk mengekalkan postur tubuh badan dan menstabilkan sendi. Selain itu, sistem rangka juga berperanan untuk menghasilkan haba kepada tubuh  badan. Seterusnya membolehkan berlakunya pergerakan lokomotor. Akhir sekali, sistem otot juga berfungsi untuk menghasilkan ekspresi muka.







Sistem saraf.
Gambar 8 : menunjukkan sistem saraf manusia
a.     Bahagian yang terdapat dalam sistem saraf
Bahagian yang terdapat dalam sistem saraf ialah otak, saraf tunjang, saraf periferi dan juga reseptor.
b.    Fungsi sistem saraf
Sistem saraf berfungsi sebagai satu sistem kawalan yang memberi tindak balas kepada tubuh badan. Selain itu, mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap ransangan yang diterima. Akhir sekali,sistem saraf dapat menyimpan maklumat yang diterima. Sistem saraf juga mengawal segala aktiviti tubuh badan iaitu dari segi intelek, ingatan, kuasa kemahuan dan kuasa deria yang termasuk deria mendengar, penglihatan, bau, rasa dan sentuh.


Sistem endocrine.
Gambar 9: menunjukkan sistem endocrine tubuh badan manusia
a.     Bahagian sistem endocrine
Bahagian yang terdapat dalam sistem endocrine ialah tiroid, pituitary, adrenal,testis dan juga pancreas.
b.     Fungsi sistem endocrine
Sistem endocrine berfungsi untuk merembeskan hormone untuk penyelarasan dan mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan, reproduktif dan metabolism. Selain itu, mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan bertindak balasa secara perlahan terhadap struktur atau persekitaran.






Sistem limfatik.
Gambar 10 :menunjukkan sistem limfatik manusia
a.     Bahagian dalam sistem limfatik tubuh badan manusia
1.    Nodus limfa
2.    Pembuluh limfatik
3.    Duktus torasik
4.    Timus

b.    Fungsi sistem limfatik

Sistem limfatik berfungsi sebagai rumah kepada sel darah putih yang menjadi sistem pertahanan tubuh badan manusia. Selain itu, sistem limfatik juga menghasilkan limfosit dan juga mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk dihuraikan oleh hati. Akhir sekali, menyerap dan menghancurkan mikroorganisma dan mengumpul nutrien dan protein dan mengembalikan semula ke dalam darah.



Sistem urinary.
Gambar 11 : menunjukkan sistem urinary tubuh badan.
a.     Bahagian sistem urinary
Bahagian yang terdapat dalam sistem urinari ialah ginjal, pundi kencing, ureter dan juga uretra.
b.     Fungsi sistem urinari
Sistem urinari berfungsi untuk menyingkirkan bahan kumuh nitrogen dari dalam tubuh badan manusia. Selain itu, sistem urinari juga mengawal air dan eletrolit dalam badan dan juga mengawal keseimbangan asid dalam tubuh badan manusia. Akhir sekali, sistem ini dapat menstabilkan homeostasis seseorang itu.
 Huraikan kepentingan mempelajari anatomi dan fisiologi tubuh badan manusia.

Kelebihan mempelajari anatomi dan fisiologi ialah dapat meningkatkan lagi pengetahuan mengenai tubuh badan manusia. Kita sebagai manusia harus mengenali kelebihan dan kekurangan diri sendiri supaya dapat menjaga kesihatan diri sendiri.
Selain itu, menjaga pertumbuhan diri dan biologikal tubuh badan. Apabila seseorang itu belajar anatomi dan fisiologi, dia akan dapat mengetahui sistem tubuh badan sendiri dan juga kepentingan yang terdapat dalam setiap sistem dalam tubuh badan manusia.
Apabila mempelajari anatomi dan fisiologi, seseorang itu boleh mengikuti kumpulan atlet dan juga menjadi seorang pakar sekiranya berlaku sebarang kecederaan terhadap tulang atlet. Seterusnya, kita akan dapat menjaga kesihatan diri anak-anak dan keluarga kita sekiranya kita tahu mengenai organ dan juga pelbagai jenis tulang dalam tubuh badan.
Akhir sekali, mempelajari anatomi dan fisiologi akan dapat membantu kita untuk menentukan masa depan kita dan juga aktiviti yang ingin anda ceburi dan ia adalah satu pengetahuan yang sangat berguna kepada semua orang.


4.     Dengan bantuan gambar rajah berlabel,senaraikan kedudukan anatomi berikut.

a.     Anterial

b.     Posterial

4.1    huraikan satah anatomi tubuh badan manusia.


Medial -  satah ini ialah potongan bahagian permukaan anggota badan dari bahagian kiri dan bahagian kanan ke tengah.
Tranverse – satah ini pula ialah potongan bahagian badan dari aras atas dan aras bawah iaitu membahagi kepada bahagian atas dan bawah.
Colonal – colonal pula ialah satah yang membahagikan antara bahagian hadapan dan juga bahagian belakang anggota tubuh badan manusia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)