Sabtu, 15 Januari 2011

Info Kesihatan : Kesihatan Remaja : Memahami SEKSUALITI

Info Kesihatan : Kesihatan Remaja : Memahami SEKSUALITI
on 2009/1/25 15:51:05 (1349 reads)
MEMAHAMI SEKSUALITI

Apa itu seksualiti?
Konsep 3R dan seksualiti
Bagaimana 3R dan seksualiti berhubung kait?
Apakah kesihatan seksual?
Apakah organ seks?
Apakah itu seks?
Adakah aktiviti seks berisiko?
Mengapa kesihatan seksual itu penting?
Adakah saya seorang remaja yang sihat dari segi seksual?


Apa itu seksualiti?

Seksualiti merupakan satu ekspresi identiti gender.

Ia juga suatu perasaan peribadi di mana ia melibatkan kefahaman diri tentang tindak balas dan emosi terhadap seks.

Perasaan ini melibatkan nilai peribadi dan kepercayaan, yang berinteraksi konsep umum tentang seks. Contohnya: cinta dan orientasi seksual.

1. 4 aspek seksualiti (biologi, psikologi, budaya sosial, kerohanian)

Terdapat banyak bentuk seksualiti dalam kehidupan.

Ia terdiri daripada aspek:

* Fisiologi

* Psiko logikal

* Sosial

* Kerohanian/agama

* Budaya

* Politik



Konsep 3R dan seksualiti

* Hak - Rights

* Hormat - Respect

* Tanggungjawab - Responsibility


Hak asasi


Setiap individu berhak untuk mendapat informasi yang betul mengenai seksualiti.

Anda mempunyai hak untuk membuat keputusan. Keputusan anda tidak sepatutnya membawa sebarang masalah kepada diri sendiri dan orang lain.

Anda mempunyai hak untuk mendapat bantuan perkhidmatan kesihatan.

Hormat

Anda perlu menghormati hak diri sendiri, ibu bapa, teman istimewa, rakan sebaya dan masyarakat.

Tanggungjawab

Setiap individu mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan komuniti.

Anda juga bertanggungjawab untuk mencapai potensi dan perkembangan kendiri.

Anda juga bertanggungjawab untuk mengelakkan kerosakan diri seperti:

* Kehamilan yang tidak diingini

* Melakukan pengguguran

* Jangkitan seksual



Apakah kesihatan seksual?

Kesihatan seksual bukan sahaja meliputi perhubungan seksual.

Ia merupakan satu konsep yang meluas, melibatkan fizikal, mental, emosi dan sosial seseorang.

Ia melibatkan:

* Badan yang sihat

* Minda yang sihat dan cerdas

* Emosi yang sihat

* Komuniti yang sihat


Kesihatan seksual yang sihat meningkatkan:

* Personaliti

* Komunikasi

* Perhubungan dengan orang lain

* Perancangan keluarga

* Keadaan sihat sejahtera


Perasaan seksual
* Kenaikan nafsu syahwat melibatkan satu atau lebih peringkat tindak balas seksual

* Biasanya ia melibatkan perasaan tertarik terhadap pihak yang lain

* Ia mungkin diikuti dengan fantasi aktiviti seksual

* Ini adalah normal, tetapi jika ia mendatangkan keresahan, minta bantuan dari pihak profesional. Contohnya kaunselor, ahli psikologi, doktor. Lihat kesedaran kendiri


Apakah itu seks?

Seks bermaksud melakukan aktiviti seks.

Aktiviti seks merangkumi rangsangan perasaan seksual dengan cara berikut:

* Sentuhan - contohnya membelai, berpeluk

* Rangsangan pada organ kemaluan - contohnya menyentuh kemaluan

* Rangsangan oral - contohnya ciuman

* Pergerakan badan - contohnya tarian secara seksi

* Pertuturan - contohnya kata-kata yang menggoda secara bersemuka atau melalui telefon

* Persetubuhan - bermaksud memasukkan penis ke dalam:

o Vagina

o Dubur

o Oral

* Seks yang lazimnya, merujuk kepada persetubuhan vagina di mana penis dimasukkan ke dalam vagina


Konsep umum mengenai seks

Ia merupakan desakan reproduktif yang semula jadi (untuk memulakan satu keluarga).

Tarikan asas terhadap pasangan yang berlainan yang merupakan sebahagian hubungan intim.

Perasaan peribadi - tarikan seksual yang biasanya dikongsi di antara pasangan yang telah berkahwin.

Kebanyakan orang tidak selesa untuk membincangkan perkara ini di khalayak ramai.

Semua agama yang utama di Malaysia tidak membenarkan seks sebelum berkahwin kerana ia menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab seseorang individu.


Adakah aktiviti seks berisiko?

Ya!!

Melakukan aktiviti seksual boleh menjurus kepada akibat yang berisiko.

Fizikal/perubatan

* Kehamilan yang tidak diingini

* Jangkitan seksual (STIs)

* Jangkitan salur kencing (UTIs)

* Kecederaan berhubung kait dengan seks, contohnya kekoyakan selaput dara, selaput kulup di penis


Psikologi

* Bergantung kepada pasangan secara emosi

* Ketagihan kepada seks/ pornografi

* Rasa bersalah/benci diri sendiri

* Malu

* Tingkah laku mencederakan diri sendiri kerana perasaan bersalah


Sosial

* Gangguan seksual

* Penderaan seksual

* Mencabul

* Rogol

* Perasaan prejudis dan stigma sosial, contohnya digelar orang buangan



Mengapa kesihatan seksual itu penting?

Ianya dapat menghalang situasi yang tidak sihat seperti:

* Kehamilan yang tidak diingini

* Jangkitan seksual (STIs)

* Tingkah laku seksual di luar tabii(tidak dapat diterima oleh komuniti)

* Penderaan seksual


Ia dapat meningkatkan kualiti kehidupan anda dengan peningkatan:

* Harga diri

* Komunikasi

* Perhubungan kekeluargaan, kawan-kawan, mereka yang dikasihi dan lain-lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)