Rabu, 9 November 2011

TANGGA GAJI BAHARU GURU - BAJET 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia...

malam nie aku nak cerita pasal tangga gaji guru menurut apa yang dah dibentangkan oleh PM kita Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak baharu-baharu nie. sebab apa aku nak keluarkan entry ni bukan hendak menunjukkan kelebihan yang ada pada seorang guru. memang betul ini satu kelebihan pada guru-guru di Malaysia sebab dapat kenaikan gaji ni tapi apa yang aku nak huraikan adalah mengenai wajarnya kenaikan tangga gaji kepada setiap guru di Malaysia.


jadual ni adalah tangga gaji guru pada tahun 2007. yang latest xdapat lagi.
kalau rasa-rasa x jelas korang boleh layari laman web nie..http://registry.usm.my/pendaftar/upload/skim/SifirGaji_DG.pdf

jadual nie pulak bagi guru-guru DG44 ..Ini tangga gaji tahun 2007,agak-agak tahun 2012 punye macam mane pulak erk??hihi... kalau xnampak juga sila klik sini


----> kedua-dua jadual ini adalah tangga gaji pada tahun 2007. yang terbaru masih belum berjaya diperolehi...

kalau ada orang yang nak mempersoalkan pasal kenaikan gaji nie bagi aku lebih baik simpan sahaja hajat tu. bukan tak boleh nak mempersoalkan, tapi pada pandangan aku, sangat-sangat wajar kerajaan naikkan gaji-gaji guru mengikut tangga gaji baharu ini.

kalau dilihat tugas seorang guru pada masa kini dah semakin mencabar dan semakin rumit. kalau dahulu tugas guru semata-mata mengajar murid di dalam kelas atau lebih mudah disebut mengajar P&P di dalam kelas tetapi tugas guru kini meliputi segalanya kerana ianya melibatkan tugas-tugas guru di luar kelas. 

memang nampak kesian dekat guru-guru sekarang ini terutama dengan guru yang mengajar kelas yang bakal menghadapi peperiksaan penting seperti UPSR,PMR dan SPM. memang x disangkal lagi tugas guru berat sangat. aku bercakap berdasarkan atas pengalaman aku sebagai seorang pelajar sekolah yang pernah melalui semuanya. aku tengok guru-guru aku bersungguh-sungguh mengajar untuk membolehkan semua murid lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

kalau masih tak mencukupi guru-guru akan buat kelas tambahan secara percuma kepada murid-murid sekolah terutamanya kepada murid-murid yang lemah. kadang-kadang guru siap korbankan cuti hari Sabtu dan Ahad mereka semata-mata untuk buat kelas tambahan. tersentuh aku tengok pengorbanan mereka untuk melihat murid-murid mereka berjaya.

pada pendapat aku setelah membuat bacaan daripada beberapa bahan, aku yakin guru-guru berpuas hati dengan perkara ini dan sangat-sangat bersyukur sebab kerajaan prihatin dengan perkara ini tatkala dengan kenaikan taraf hidup yang tinggi pada masa kini.


p/s : semuanya dalam entry di atas adalah pendapat dan juga pengalaman aku sepenuhnya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)