Ahad, 7 Oktober 2012

Kertas Kerja Karnival Usahawan 2012



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIFF, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR.


KERTAS KERJA

KARNIVAL HARI USAHAWAN
PERINGKAT IPG KAMPUS ILMU KHAS 2012



Di sediakan oleh :
KELAB KEMAHIRAN HIDUP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
56000 CHERAS, KUALA LUMPUR.





KARNIVAL HARI USAHAWAN
PERINGKAT IPG KAMPUS ILMU KHAS 2012
1.0       PENGENALAN
Bagi pelajar yang menuntut di Institut Pendidikan Guru yang berada dalam semester 6, mereka akan mengambil satu kursus wajib (kod WAJ). Kursus wajib ini adalah melibatkan gerak kerja kokurikulum (GERKO) yang mana ianya adalah wajib bagi setiap pelajar semester 6. Bagi kelab Kemahiran Hidup, tugasan yang telah disediakan mengikut pro forma kursus ialah untuk menyediakan projek dalam bentuk produk dan juga melaksanakan satu carnival bagi mempamerkan dan mempromosikan hasil ciptaan masing-masing.
            Melalui pelaksanaan karnival ini, pensyarah akan dapat menilai tahap kebolehan setiap ahli kelab dalam bidang pengurusan dan juga pentadbiran sesuatu projek. Maka dengan itu, kami telah mencadangkan untuk melaksanakan karnival hari usahawan pada peringkat IPG Kampus Ilmu Khas. Dengan ini, kesemua ahli kelab kemahiran hidup dan juga seluruh warga IPG Ilmu Khas yang ingin menempa nama dalam bidang keusahawan menunjukkan potensi mereka dan juga produk yang telah dihasilkan oleh mereka.

2.0       NAMA PROGRAM
Program ilmiah ini dinamakan sebagai “Karnival Hari Usahawan Peringkat IPG Kampus Ilmu Khas Tahun 2012”.

3.0       MATLAMAT
Matlamat utama projek ini djalankan adalah untuk melihat tahap kemahiran pelajar daripada Kelab Kemahiran Hidup dalam melaksanakan sesuatu projek yang besar. Projek ini juga akan memperlihatkan bagaimana setiap ahli kumpulan mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing. Disamping itu, ahli kumpulan juga akan mempromosikan produk yang telah mereka cipta dengan menggunakan hasil usaha sendiri.
            Projek ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturahim dalam kalangan ahli kumpulan. Ini kerana sepanjang pelaksanaan projek ini, kesemua ahli kumpulan akan bekerjasama dengan baik sesama mereka daripada perancangan projek sehinggalah proses untuk mempromosikan produk yang telah dicipta.

4.0       LATAR BELAKANG
Seramai 36 orang ahli kelab Kemahiran Hidup yang kesemuanya terdiri daripada pelajar semester 6 daripada 3 pengkhususan utama iaitu Pendidikan Jasmani, Pendidikan Khas dan Pendidikan Seni Visual akan menjayakan projek Hari Usahawan ini.

5.0       OBJEKTIF
5.1  Mendedahkan pelajar kepada amalan pelaksanaan projek sebelum, semasa dan selepas sesuatu program dilaksanakan.
5.2 Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesuai dengan objektif umum kursus.
5.3 Menunjukkan bakat ahli kelab dengan mencipta produk daripada pelbagai bahan kitar semula.
5.4  Memberi peluang kepada pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
5.5 Memberi peluang pelajar menjalankan promosi bagi mendapatkan pembeli bagi produk yang dihasilkan.

6.0       RASIONAL
Projek ini adalah merupakan satu usaha untuk memberi galakan kepada pelajar mengenai perkara yang melibatkan keusahawanan. Seperti yang diketahui, usahawan dan perniagaan adalah merupakan satu cabang pendapatan ekonomi yang sangat lumayan. Kebanyakan orang-orang yang berjaya ialah orang yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini.
            Selain itu, projek ini juga adalah untuk menguji tahap kreativiti dan kemahiran ahli kelab dengan membuat 2 ciptaan daripada bahan-bahan terbuang iaitu projek kayu dan juga porjek jahitan.
            Projek ini akan memberikan pendedahan yang baik dan juga pengalaman kepada ahli kelab Kemahiran Hidup untuk menganjurkan satu karnival yang besar dan bertujuan untuk mempromosikan produk yang telah dihasilkan.


7.0       TENTATIF PROGRAM
            TARIKH         :  15 OKTOBER 2012
            HARI              :  SELASA
            MASA             :  9.00 PAGI – 2.00 PETANG
            TEMPAT       :  DEWAN BESAR DATO RAZALI ISMAIL, IPG KAMPUS ILMU
   KHAS, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR.
            TEMA             :  “PERNIAGAAN MEMBAWA KEJAYAAN”


8.0       JAWATANKUASA PROGRAM
            8.1       Jawatankuasa Induk

Penaung       : Encik Shaari Bin Osman
                        Pengarah, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Penasihat     : Encik Mohd Dahlan Bin Abdul Kadir
                        Ketua Unit Kokurikulum, IPG Kampus Ilmu khas, Kuala Lumpur.

Penyelaras   : Puan Hew Siew Voon
                        Pensyarah Pembimbing, Kelab Kemahiran Hidup


            8.2       Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi                 : Hafizul Sharafi Bin Mohd Noor
Naib Pengerusi        : Mohamad Fahruddin Bin Mohd Fazain
Setiausaha               : Jenifer Jelika Anak Ajang
Bendahari                 : Louisa Rini Anak Maren

            8.3       Ahli Jawatankuasa
1. JAWATANKUASA AKTIVITI                  :  MOHAMMAD SAIFUL AZWA B. JUSUH

2. JAWATANKUASA PERALATAN         : ALEXIUS JILLYNE ANAK ENGKAMAT

3. JAWATANKUASA CENDERAHATI    : ALIFF HAKIMI BIN MOHD HASSAN

4 JAWATANKUASA KEBERSIHAN        : MOHD ASYRAF BIN MOHD ZUBIR

5. JAWATANKUASA DOKUMENTASI    : MUHAMAD BIN IBRAHIM

6. JAWATANKUASA KESELAMATAN    : SYAZWAN SYAFIQRI BIN ABDUL RAZAB

7. JAWATANKUASA KHAS         : NIK MOHD MUHAZMEE BIN NIK MUSTAPHA

        

9.0       TENTATIF PROGRAM

SELASA, 15 OKTOBER 2012
8.00 pagi        : Semua ahli kumpulan mengemas dan menyusun atur booth kumpulan masing masing.
9.00 pagi        : Ketibaan para jemputan dan tetami kehormat
9.10 pagi        : Majlis perasmian dimulakan :
                        - Bacaan doa
                        - Ucapan Pengerusi Pelaksana
                        - Ucapan daripada tetamu kehormat (Pengarah IPG Ilmu Khas)
                        - Persembahan gimik perasmian
10.00 pagi     : Karnival usahawan dibuka secara rasminya kepada orang ramai
                        - Pameran Produk Ciptaan
                        - Jualan Langsung
2.00 petang   : Program tamat.



10.0    IMPLIKASI KEWANGAN
            10.1    Sumber Kewangan
bil.
perkara
jumlah
1.
Yuran peserta
RM50.00 x 1 kumpulan
RM 50.00 x 6 kumpulan
RM 300.00
2.
Wang Sewa Tapak Meniaga
RM 30.00 x 1 tapak


jumlah
RM 300.00

10.2    Anggaran Perbelanjaan
bil.
perkara
jumlah
1.
Cenderamata
Tetamu kehormat

RM 30.00
2.
Kebersihan
-       Plastik sampah
RM 5.00
3.
Banner Karnival

RM 60.00
4.
Gimik Perasmian
RM 50.00
5.
Wang Rencam
RM 100.00

JUMLAH
RM 245.00


11.0    PENUTUP
Karnival yang akan dilaksanakan ini bakal membuktikan kemampuan ahli kelab Kemahiran Hidup dalam merancang, melaksanakan dan melaporkan projek yang telah dijalankan. Melalui program ini juga akan menunjukkan kebolehan serta bakat daripada setiap ahli kumpulan dalam melaksanakan program yang dijalankan. Seterusnya, karnival usahawan ini juga akan dapat menerapkan kemahiran-kemahiran untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa hadapan. Justeru itu, amatlah penting sekiranya kertas kerja ini diterima oleh pihak majlis mesyuarat untuk membolehkan pihak kami melaksanakan langkah seterusnya dan menjayakan karnival hari usahawan peringkat IPG Kampus Ilmu Khas Tahun 2012.



Disediakan oleh ,

……………………………………………..

Setiausaha,
Karnival Hari Usahawan,
Peringkat IPG Kampus Ilmu Khas,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)