Sabtu, 15 Januari 2011

Pengenalan Kepada Hubungan Etnik di Malaysia

ISL                   : HUBUNGAN ETNIK
TARIKH          : 3 HB JANUARI 2011
TAJUK                        : Pengenalan kepada hubungan etnik di Malaysia
LAPORAN     :
Melalui pembelajaran teori yang berlangsung pada 3-1-2011 yang lalu, saya medapat beberapa ilmu yang penting mengenai apa itu hubungan etnik dan apakah kepentingan hubungan etnik dalam kalangan rakyat di Malaysia. Tajuk bagi bab pertama yang dipelajari ialah mengenai pengenalan kepada hubungan etnik. Melalui tajuk yang dipelajari, saya dapat memahami mengenai kepentingan hubungan etnik. Ini kerana seperti yang kita ketahui Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai etnik dengan berbagai budaya dan adat bagi setiap etnik yang terdapat di Malaysia. Selain itu, isu perpaduan yang berlaku di Negara kita seperti isu 13 Mei 1969 telah dibentangkan oleh pensyarah dan memberi penekanan kepada kepentingan kita selaku rakyat Malaysia menjaga hubungan baik dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Ini kerana isu perpaduan boleh menggugat kesejahteraan sesebuah Negara. Isu 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa betapa pentingnya perpaduan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Ini kerana, tanpa perpaduan yang kukuh, akan berlakunya kejadian yang tidak diingini dan lebih memilukan lagi apabila lebih ramai nyawa yang terkorban akibat perbalahan dan perpecahan ini. Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah mengekalkan perpaduan yang sedia ada dan mengukuhkan lagi perpaduan antara etnik dan kaum di Malaysia agar insiden seperti 13 Mei tidak lagi berulang.
            Selain itu, pensyarah juga mengaitkan dalam subjek ini mengenai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan perpaduan Nasional di Negara kita. Dalam interaksi ini, pensyarah membincangkan 5 usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memastikan hubungan antara pelbagai etnik di Malaysia dikekalkan. Antara usaha tersebut ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara, mewujudkan rukun Negara, membina dasar ekonomi baru, dasar pendidikan kebangsaan dan juga dasar kebudayaan kebangsaan. Kesemua usaha ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memastikan semua rakyat di Negara ini tahu dan faham mengenai tanggungjawab masing-masing dalam mengekalkan perpaduan yang sedia ada ini. Daripada tajuk ini, saya dapat simpulkan bahawa kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Namun begitu, usaha sebelah pihak sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan perpaduan ini sekiranya rakyat masih tidak mengetahui tujuan mengekalkan perpaduan ini. Rakyat mestilah bersatu padu dalam mengekalkan perpaduan ini.
            Tajuk terakhir pada kuliah pertama ini ialah mengenai dasar yang telah dilaksanakan terutamanya dalam bidang pendidikan bagi mewujudkan suasana perpaduan dalam kalangan pelajar di kawasan sekolah. Dalam dasar pendidikan kebangsaan ini, beberapa laporan telah digunakan bagi membantu meningkatkan lagi tahap pendidikan serta perpaduan dalam kalangan pelajar di sekolah. Saya yakin bahawa dasar pendidikan ini sememangnya mampu membentuk perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum dan etnik di sekolah. Umpama peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kesimpulannya di sini, perpaduan seharusnya dikekalkan dan di pupuk dalam diri pelajar sejak dari bangku sekolah rendah lagi supaya generasi yang akan datang dapat mengekalkan perpaduan yang sedia ada.
Laporan disediakan oleh,
…………………………………..
MOHAMAD FAHRUDDIN B. MOHD FAZAIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)