Sabtu, 15 Januari 2011

Sape yang X Suka Berjogging Baca Nie


JOGGING!!!!..ape korang nak cakap bila ada org yang ajak korang g jogging??korang nk join ataupun korang just nak bagi mcm-mcm reason dekat mbr korang yang beria-ria sangat nak ajak korang g jogging tue..so,aku nk korang cuba bagi pendapat korang tentang perkara nie..aku nie nak cakap rajin g jogging tue xdeler sangat tp dalam 1 week tue mst aku turun jgk..bukan ape, malu chek dengan orang lain sbb aku nie budak PJ..hihihi..korang rasa jogging tue satu mende yang berat ke??kenapa susah sangat nak turun p jogging sedangkan kita tawu faedah berjogging nie kan..


ok ler kawan-kawanku sume..if korang x tawu lagi faedah jogging biar aku bgtaw dekat korang sume supaya lepas nie korang rajin-rajin turun jogging tambah-tambah kepada yang rasa badan dia dah naik tue..hihihi..


faedah-faedah bersenam / berjogging


  1. meningkatkan daya tahan kardiovaskular( jantung )
  2. menjadikan kita lebih aktif dan cergas
  3. dapat menghilangkan rasa stress dan tekanan
  4. dapat mengurankan berat badan
  5. menyihatkan tubuh badan
  6. x perlu keluarkan duit belanja yang banyak dan menjimatkan korang sume..
daripada list dekat atas tue aku yakin korang pun tawu ape faedah bersenam nie kan..kalau agak-agak korang ada faedah yang lebih baik tlg komen dekat aku taw..hihihi..paling penting ialah korang mesti ler kena berjogging secara berterusan..bukannya setiap hari keyh..cuma kalau korang turun jogging 3 kali seminggu arrange ler hari dia macam hari Ahad, Rabu dan Jumaat. SO,korang kena ikut jadual nie..jangan seminggu jerk korang g jogging mcm nak mampuih lepas tue sebulan korang x turun jogging dah..xberkesan nanti..

untuk tambahan lagi..korang kena mantain jogging nie n setiap kali korang jogging mesti set time minimum 20 minit setiap sesi..so, 20 minit tue dah cukup untuk pecahkan lemak-lemak dekat bawah lapisan kulit korang tu..tp untuk kesan yang lebih baik, korang JANGAN makan dulu sebelum korang turun jogging..lagi cepat glukosa dalam badan korang habis lagi cepat lemak dalam badan korang tue akan di convert kepada tenaga..so, dah kurang ler lemak dalam badan korang tue nanti..

kat sini aku nak share beberapa tips dengan korang sume supaya korang x rasa bosan bile berjogging..mesti korang suke kan bila dengar pasal tips nie..haha
  1. berjogging pada waktu petang or waktu pagi tetapi lebih seronok bila jogging waktu pagi..udara bersih,nyaman dan selesa.
  2. setiap sesi tue korang mestiler kena jogging sampai 20 minit minimum. itu MINIMUM taw..lebih lama korang jogging lebih bagus..tp untuk beginner wat 20 minit is enough..hihi
  3. gunakan kasut yang sesuai untuk berjogging..kalau nak yang branded pakai ler brand NIKE,ADIDAS,ASICS dan lain-lain yang korang pernah dengar..tp jenama x menjaminkan sesebuah kasut tue baik untuk digunakan melainkan korang cuba tgk material die macam mana...KASUT SANGAT PENTING UNTUK MENGELAKKAN KAKI ANDA DARIPADA CEDERA.
  4. nak lagi best waktu jogging tu korang ajak ler kengkawan join korang sekali..baru ler x rasa boring bile g jogging..nak lagi best korang g jogging dengan awek korang..hihihi..TAPI jangan wat mende lain sudey..haha..baru r dtg spirit korang tu nk jogging..tol x..hihihi..
ok ler..rasa-rasanya dah cukup panjang aku membebel pasal jogging jer pon..haha..lepas nie jom kita sama-sama turun jogging..

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)