Jumaat, 21 Oktober 2011

:::MenDeRmA DeMi InSaN YanG MeMerLuKaN:::

assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia....

petang ni aku nk bercerita tentang sebuah kisah yang x menarik pun tapi akan memberi sedikit pengajaran kepada korang semua..----sape yang baca entry aku ni jer yang tahu---cerita ni tidak ada kaitan dengan hidup dan mati..

aku cuma nak share dengan korang semua pasal menderma..kalau tengok kepada konsep menderma ialah kita memberi sesuatu kepada orang yang sangat memerlukan pertolongan kita secara ikhlas. kalau nak cerita bab menderma ni aku boleh buka slot ceramah lima jam dekat korang semua baru settle bab menderma. derma pun dah banyak bahagian kan...kalau nak tawu korang pandai2 ler search dekat sini...http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=81&mnu=81
 -----> ape yang korang nak tahu sepenuhnya pasal menderma ada dekat situ..---dasar malas nak tolong xplain---

Aku nk cerita pasal derma DARAH sebenarnya..bukan derma DARA ok!!!!!korang semua penah tak menderma darah korang dekat mana-mana badan yang bertanggungjawab dalam negara kita nie??ok ler, kalau korang xpenah aku ada satu lagi soalan..

---> korang tahu tak jenis darah korang??

haha..macam soalan cepu mas jer kan..---banyak cerita sungguh budak sorang ni---

pada pandangan aku, korang yang xpernah menderma darah lagi apa salahnye cuba menderma darah korang yang melimpah ruah tu..hahaha..bukan apa, banyak kesan positif korang dermakan darah korang yang merah menyala tu. ----lebih baik daripada sedekah dekat nyamuk---

Antara faedah derma darah nie ialah :

  1. mampu merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru.
  2. meningkatkan kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai kelebihan untuk membawa bekalan oksigen ke seluruh angggota badan.
  3. mempunyai tahap kesihatan yang baik.
  4. PALING UTAMA ---> dapat membantu pesakit-pesakit yang sangat memerlukan darah apabila menjalani pembedahan.
bagi aku sendiri ler kan, seronok sebenarnye menderma darah ni..setiap kali aku menderma darah mesti aku tanya dekat miss NURSE yang cocok jarum dekat aku tue..boleh xkalau saya nak bagi 2 beg darah?? maksudnya aku nak sedekahkan 900ml darah aku..

--- tapi memang die xnak kasi aku derma lebih-lebih..dia cakap sorang boleh bagi SATU beg 450ml jer..
---bajet sedih jer xdpt derma banyak-banyak---- Sebab aku x tahu kesan kalau bagi darah lebih daripada satu beg tu..sebab tu aku banyak tanya dekat miss NURSE tue..sampaikan die dah meloat dengan persoalan aku..haha..

aku cerita nie sebab baharu semalam aku derma darah untuk kali ke-4 dalam hidup aku..---cett,baru empat kali---..

huwarghhh..mengantuknye~~~ dah tiba masa untuk landing time..haha..

aku share sikit gambar aku semalam buat tetapan....--apelah tetapan, TATAPAN LER---- buat tatapan korang semua...jom layan.....

hahaha...gelak miss NURSE tue aku siap posing lagi nak amek gambar..adoiii



bersama bro yang memang banyak darah ler...haha..serabut jerk paip-paip kecik
dekat tangan aku nie..hahaha





korang kalau rasa segan nak tengok jangan ler tengok..
nampak x kesan jarum die yang beSOOO tue..memang nikmat giler masa miss NURSE cocok jarum..




tempat kejadian di mana lenganku dicocok dengan jarum yang MAHA BESAR

paling penting aku dapat sijil penghargaan daripada PUSAT DARAH NEGARA ..
saje aku besarkan gambar sijil nie..lepas nie korang semua kumpul banyak-banyak sijil keyh..hihi




p/s : Rasa seronok dapat derma darah tapi kesannya masih terasa lagi..sampai saat nie tangan aku lenguh lagi..hahaha

2 ulasan:

  1. apakah ini?mcm riak je..hahah..haishhh

    (-_-")

    BalasPadam
  2. rasanya macam x jerk..tawu ler awak takut mende mcm 2 kan??hahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)