Selasa, 15 November 2011

PJM 3110 - KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI DALAM PJ

TAJUK 5 ::: KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PJ

1. Infrastruktur dan tenaga pengajar

^_^" Kemudahan 
--> setiap aktiviti pj yang dilaksanakan dipengaruhi dengan faktor kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah.
-->  Kedudukan sekolah sama ada di kawasan Bandar atau di luar Bandar juga mempengaruhi penggunaan kepakaran untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pj.
--> sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti pj, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos.

^_^" Kemampuan kewangan sekolah
--> peruntukan kewangan sekolah bagi aktiviti pj merujuk kepada kapasaiti murid.
--> Sekolah yang dibina di kawasan elit mungkin tidak menghadapi masalah kewangan kerana mudah mendapat sumbanga daripada orang ramai berbanding sekolah di luar bandar.

^_^" Tenaga pengajar
--> setiap pemilihan aktiviti perlu berdasarkan kepakaran guru.
--> Maka keperluan tenaga pengajar yang mahir perlu diambil kira supaya tidak menjejaskan perancangan/aktiviti yang bakal dilaksanakan.

^_^" Peralatan
--> pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan.
--> Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu dititik beratkan.

^_^" Kepakaran
--> guru pj mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam melaksanakan tuga mereka semasa mengajar.
--> Liability (tanggungjawab dan risiko yang bakal dihadapi) diberikan oleh pihak sekolah kepada guru pj semasa melaksanakan aktiviti pj.
--> Antara garis panduan yang perlu dipatuhi: Pastikan murid menjalankan aktiviti cergas.
--> Aktiviti yang dipilih berdasarkan kesesuaian umur dan kebolehan murid.
--> Aktiviti yang dipilih perlu disahkan oleh badan professional/sekolah.
--> Guru mempunyai kepakaran semasa mengendalikan aktiviti fizikal/kokurikulum.
--> Arahan diberikan jelas,betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko.
--> Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti.

^_^"  Perkembangan murid 
--> pj mementingkan aspek perkembangan individu serta penekanan kepada perkembangan beberapa domain iaitu:

      a) Kognitif
~~Melibatkan perkembangan pemikiran murid merujuk kepada taksonomi bloom.
~~pengetahuan (mengingat fakta/peristiwa yang berlaku)
~~kefahaman (menjelaskan pengetahuan secara bermakna)
~~aplikasi (keupayaan menggunakan konsep dalam situasi khusus/am)
~~analisis (pecahkan sesuatu perkara kepada unsur2 kecil dan lihat pertalian antara unsur2 tersebut)
~~sintesis (gabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya satu dokumen menjadi lebih tersusun)
~~penilaian (keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui murid).


b)  Afektif
--> mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai.
--> penerimaan (kesediaan individu menerima sesuatu yang ingin disampaikan)
--> gerakbalas (bertindak balas terhadap ransangan yang diterima/ mempunyai motif tersendiri)
--> penilaian (memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat)
--> organisasi (boleh menyusun nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal
--> konsep sualisasi nilai dan bentuk pertalian diantaranya;susun nilai jadi satu sistem nilai/kepercayaan)
--> perwatakan (murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai suatu cara hidup)

c) Psikomotor
--> pergerakan anggota fizikal seseorang (tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan).
--> Disamping dilatih menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakuka dalam kehidupan seharian.
--> persepsi , persediaan , pergerakan terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan kompleks, pergerakan suaian, pergerakan cipta.

d) Sosial 

(hubungan/tingkah laku sosial)/ berhubung/ berkomunikasi / melibatkan diri/ berunding/ bekerjasama / menghakim / memulakan / menukar Persekitaran budaya dan tempat

 i. Persekitaran
>>> kawasan di sekeliling sesuatu tempat

 ii. Budaya
>>>cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan.
>>> Diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa

 iii. Tempat 
>>> ruang, kawasan
>>> budaya setempat
>>> guru yang mahir berupaya memanipulasi aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat.
>>> Penumpuan kepada kemahiran motor yang digunakan dalam aktiviti masyarakat setempat dapat membina semangat, tingkatkan prestasi juga minat dan galakan murid bergiat lebih aktif dalam aktiviti pj.

iv. pengaruh politik
>>> aktiviti yang harus dirancang untuk memperkukuhkan interaksi antara murid dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia.

v. penyelaras program sukan
>>> masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam mendidik murid bagi membentuk masyarakat yang progresif.
>>> Program gerak kerja kokurikulum dalam lingkungan sekolah (intramurals-libatkan semua murid).
>>> Program gerak kerja kokurikulum dalam dan luar (extramurals-libatkan murid yang mahir).
>>> Program antara sekolah (meliputi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan).



^_^ THE END ^_^

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)