Isnin, 14 Mei 2012

Soalan SPoT EDU 3016 - BudaYa DaN PemBeLajaRaN - set 1


Subjek EDU 3106 adalah subjek wajib bagi setiap pelajar semester 5 yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Oleh yang demikian, patik berasa amat berbesar hati untuk berkongsi soalan spot bagi subjek ini kepada rakan dan taulan sekalian. ini merupakan soalan spot bagi tahun 2012.


STRUKTUR
1. (a) Budaya terdiri daripada pelbagai komponen.
Senaraikan lima komponen budaya (5 markah)
(b) Masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk kerana faktor penghijrahan.
Nyatakan faktor-faktor penghijrahan pelbagai kaum ke Malaysia (5 markah)

2. Semua kelompok etnik mempunyai pantang larang mereka sendiri.
(a) Senaraikan empat tujuan pantang larang diamalkan (4 markah)
(b) Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru yang mengajar dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai sosio-budaya (6 markah)

3. Menurut James Coleman, memberikan pendidikan percuma merupakan salah satu ciri yang terdapat dalam konsep persamaan peluang.
(a) Berikan lima faktor penting yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di negara kita (5 markah)
(b) Nyatakan lima usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia (5 markah)

4. Cikgu Alex merupakan seorang guru permulaan di sebuah sekolah Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Beliau bercadang merancang satu pelan tindakan yang mampu mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
(a) Nyatakan lima kepentingan melaksanakan pelan tindakan untuk mewujudkan
persekitaran yang mesra budaya (5 markah).
(b) Nyatakan lima program yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Alex bagi
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya (5 markah).


BAHAGIAN C (ESEI) (40 MARKAH)

1. Murid membawa budaya mereka yang tersendiri dan yang berbeza daripada budaya formal sekolah di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai kaum.
(a) Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan tiada murid
daripada pelbagai kaum yang berasa terpinggir semasa porses P&P (10 markah).
(b) Cadangkan lima cara bagaimana sekolah dapat memastikan murid daripada pelbagai
kaum dapat menerima antara satu sama lain (10 markah).

2. Kelas bercantum merupakan salah satu strategi untuk memberi peluang kepada murid-murid mendapat pendidikan asas selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan.
(a) Huraikan empat aspek fizikal yang perlu diambil kira oleh guru semasa mengendalikan kelas bercantum (8 markah)
(b) Anda ditugaskan untuk mengajar kelas bercantum Tahun 2 dan tahun 3 mengikut Kumpulan Tahun Persekolahan.
Sediakan satu rancangan pengajaran harian bagi tempoh masa 1 jam mengikut pengkhususan anda (12 markah)


3. Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi terutama dalam kalangan murid pelbagai kaum agar memudahkan mereka memperoleh ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran.
(a) Bincangkan lima cara guru dapat mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah (10 markah).
(b) Jelaskan lima tingkah laku guru yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi dalam bilik darjah (10 markah).

5 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)