Selasa, 22 Mei 2012

Soalan TaHuN 2009 - PSK 3103

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia....

Perkongsian ilmu untuk saat-saat runcing dalam minggu peperiksaan. hope dengan soalan dan jawapan yang telah aku jawab nie dapat bantu korang yang mana memerlukan jawapan..check it out...

------------------<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>----------------------------


SOALAN TAHUN 2009.
STRUKTUR
1. a.) Senaraikan lima prinsip dalam teknik perbincangan di bilik darjah
- Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan
-Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
-memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan
-bagi tugasan kepada setiap kumpulan untuk dibincangkan
-guru sebagai fasilitator kepada setiap kumpulan.

b.) Kemukakan pekara yang perlu dilakukan oleh seorang pengerusi perbahasan sebelum memulakan satu sesi perbahasan.
-
2. a.) Mengapakah penilaian penting dalam pembelajaran masteri
-mengesan pencapaian murid
-mengenal pasti jenis pembelajaran murid
-kenalpasti sesuatu kelemahan murid dalam unit pembelajaran
-tentukan aktiviti pengayaan dan pemulihan
-tentukan keberkesanan kaedah p&p

b.) Terangkan langkah-langkah yang terlibat dalam model inkuiri penemuan.
-proses mengenalpasti masalah
-mengkaji ramalan
-mengumpul maklumat
-membuat analisis
-membuat rumusan

3.    a.) Kemukakan objektif variasi rangsangan oleh guru kepada pelajar.
-memusatkan kepada murid dan kekalkan minat murid terhadap pnp
-libatkan murid secara aktif dalam proses pnp
-beri peluang kepada murid guna pelbagai deria sewaktu proses pengajaran
-memotivasikan dan meningkatkan naluri ingin tahu murid terhadap pelbagai aktiviti
-bagi peluang murid menikmati pelbagai aktiviti pengajaran
-wujudkan suasana pengajaran yg positif dan seronok.

b.) Jelaskan apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran melalui kerja projek.
-beri tugas mengikut kurikulum
-pastikan bilangan ahli kumpulan kecil
-penilaian dilaksanakan sepanjang projek
-tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar
-pelaksanaan dan perancangan projek mestilah secara berperingkat

4. a.) Terangkan tujuan guru membuat pengukuhan kepada pelajar.
-menggalakkan murid menjawab soalan
-mengemukakan cadangan
-membolehkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah

b.) Nyatakan komponen dalam kemahiran pengukuhan.
-lisan (baik,bagus, betul)
-bukan lisan(senyuman,anggukan,kontaks mata)
-penggunaan jawapan murid
-komponen penyoalan


ESEI


1. a.) Terangkan objektif set induksi.
-menarik perhatian murid dengan aktiviti pengajaran yg akan dijalankan
-membina aliran pemikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yg berkaitan
-memotivasikan murid untuk belajar
-kaitkan pengalaman murid dgn isi pembelajaran baru yg hendak disampaikan
-mencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti,tugas dan projek
-menyatakan had tugasan yg akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid
-bantu murid ikuti p&p dengan lebih mudah

b) Dalam peringkat perkembangan, isi-isi pelajaran baharu akan diperkenalkan. Jelaskan peranan guru dalam peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran.
-memastikan proses p&p bermakna dan menyeronokkan
-menyusun dan mempertingkatkan isi pengajaran agar memudahkan murid
-penggunaan alat bantu mengajar dapat menarik minat murid
-menyediakan pembelajaran daripada mudah kepada yang lebih susah
-memotivasikan murid dengan pembelajaran yang menarik dan bermakna.
-melaksankan penyerapan penggabungjalinan yg sejajar dengan pelbagai aspek perkembngn murid.

2. a.) Anda merancang mengadakan lawatan sambil belajar untuk muridmurid kelas anda. Bincangkan tujuan anda mengadakan lawatan sambil belajar.
-

b.) Anda memilih untuk melaksanakan pembelajaran koperatif. Terangkan ciri-ciri pembelajaran koperatif.
-mempunyai ganjaran dalam kumpulan
-peluang yang sama untuk berjaya
-tanggungjawab individu kumpulan
-matlamat kumpulan
-interaksi antara ahli kumpulan
-kemahiran berkumpulan
-penilaian

3. a.) Jelaskan cara-cara seorang guru berkomunikasi dengan berkesan semasa melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah.
-dapat menyampaikan mesej dengan jelas
-menyampaikan maklumat dan idea yang baru
-lebih kreatif membentuk hubungan dinamik guru murid
-menghasilkan kreativiti dalam proses penyampaian ilmu
-meningkatkan kecekapan dan meluaskan skop pembelajaran

b.) Bincangkan fungsi penilaian kendiri selepas satu sesi pengajaran kepada seorang guru.
-membolehkan pelajar, secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu
-memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya.
-memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya.
- mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran.
- membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.


-----------------------------------------tamat----------------------------------------



NotaKaki  : Kalau korang ade jgk soalan-soalan dan jawapan yang ingin dikongsikan just share dekat sini ok..
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)