Isnin, 16 Julai 2012

KURSUS KEPEGAWAIAN BADMINTON TAHAP II

KURSUS KEPEGAWAIAN BADMINTON TAHAP II


Assalamualaikum w.b.t dah Salam 1 Malaysia

Selamat bertemu kembali di lapangan blog yang semakin suram dek kerana aku dah semakin busy dengan campus life aku..hahaha..

Kali nie aku ada modal sikit nk story tentang kursus yang telah aku jalani dan baharu saja selesai pada hujung minggu yang lalu iaitu pada tarikh 14/7/2012 - 15/7/2012.

Sebelum aku teruskan perkongsian ilmu nie aku nak story ler sikit mende ape kursus kepegawaian badminton tahap 2..Actually kursus nie sama jer dengan lain-lain kursus yang wajib diikuti oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengadil dalam sesuatu pertandingan.

kalau dah macam aku nie komfom2 ler khas untuk jadik umpire badminton saja. Sebab nama kursus pun kepegawaian badminton kan..hahaha.. Then aku nak story plus2 sikit yang aku dah lulus TAHAP 1 dan mempunyai sijil yang diperakui oleh BAM(Badminton Assosiation of Malaysia) dan dalam bahasa Melayu dia Persatuan Badminton Malaysia..

Sijil tahap 1 nie pun bukan mudah nak lulus sebab kena ambil peperiksaan teori terlebih dahulu. Macam pegi kursus kahwin ler.. Dengar ceramah pastue amek exam dah lulus exam teori continue dengan praktikal di mana aku sendiri kena jadi umpire untuk tournament yang agak besar jugak ler dalam Negeri Selangor.

Masa aku amek praktikal untuk Tahap 1 last year, aku kena jadi umpire dalam Kejohanan Sukan Negeri Selangor (SUKSES) dan memang mencabar nak jadi umpire..Dengan player badminton yang memang banyak teknik nak kenakan ko as Umpire masa game tu berjalan.. perghhh..sabar jeler..

So, selesai aku lulus TAHAP 1 dan sekarang aku tengah sambung ambil TAHAP 2 pula.. Sebenarnya dalam kepegawaian badminton di bawah naungan BAM nie, ada 8 tahap semuanya sebelum menjadi umpire untuk kejohanan terkemuka di dunia iaitu OLIMPIK.

Aku nak share juga ler dengan korang sapa yang jadi idola aku untuk join bahagian kepegawaian dalam badminton nie..hahaha..Tak lain dan tak bukan pensyarah aku sendiri iaitu ENCIK TEO KIAN JOO.


ENCIK TEO KIAN JOO

Kalau korang pernah tengok event badminton yang besar-besar bawah BWF( Badminton World Federation) korang mesti akan kenal dengan beliau. Beliau sering muncul di kaca tv dan bertugas sebagai umpire untuk kejohanan-kejohanan peringkat dunia..SOluteeee habes ler beliau...

Sekarang nie aku dah dengar ceramah untuk TAHAP 2 dan insyaAllah minggu hadapan pada 28/7/2012 akan dijalankan peperiksaan teori bagi tahap 2..Aku harap aku akan lulus dengan cemerlang untuk peperiksaan tu nanti..

Pesanan aku buat pembaca semua, kalau korang rasa berminat dengan mende nie boleh ler korang cuba mendaftarka diri dengan PERSATUAN BADMINTON NEGERI. Semua negeri ada persatuan masing-masing dan yang paling penting kursus kepegawaian nie hanya akan dilaksanakan sekali dalam setahun iaitu pada bulan JULAI.

Alhamdulillah sebab sekarang aku dah pun bernaung di bawah SBA (SELANGOR BADMINTON ASSOSIATION) selaku umpire bertauliah pada TAHAP 1. So, korang semua pun boleh jadi seorang umpire badminton yang bertauliah just perlu berusaha sikit.

Kalau sapa-sapa yang berminat dan nak amek kursus teori kepegawaian nie pada tahun hadapan (taon nie dah habes) korang boleh pm aku dan add aku dekat facebook. Aku akan cuba suggestkan nama korang tapi hanya untuk kursus pada tahun hadapan sahaja iaitu tahun 2013. Tapi kalau boleh yang area SELANGOR dan KUALA LUMPUR SAHAJA....

Apa yang paling best dengan adanya sijil kelayakan umpire nie korang boleh isi masa terluang weekend korang dengan menjadi umpire untuk mana-mana tournament..Selain menimba lagi banyak pengalaman, korang juga akan dapat gaji..Masyukkkk!!! hahaha.. "REZEKI ADA DI MANA-MANA SAHAJA"

opppssss...

dah membebel panjang-panjang lupe nak share gambar waktu kursus kepegawaian yang baru saja selesai...macam nie ler suasananya mengikuti kursus kepegawaian badminton..


InsyaAllah aku akan share dengan korang semua nota yang berkenaan undang-undang pengadil dan syor untuk pengadil next entry..tunggu jeler taw...

-------------------->>>>  sekian.... <<<<<----------------------------------

                                                                        gambar 1



gambar 2



gambar 3


gambar 4 


gambar tanpa citation sebab aku malas nak tulis citation dia..hahaha...

jumpa lagi semua!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)