Selasa, 10 Julai 2012

SEPASANG PENGAMUK BERPEDANG SAMURAI DI JPM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...





Berita yang baru keluar semalam mengenai seorang suspek lelaki dan wanita memang tengah meletop ala-ala artis baru menang AF..Kenapa mesti terjadi perkara sebegini pada zaman serba canggih sekarang nie... Menurut berita harian yang baru aku belek-belek menyatakan 2 orang suspek nie "sakit mental".... Tapi bila aku fikir balik if sakit mental macam mana diorg boleh nak aim JPM sebagai "port" diorang nak mengganas...

Mane tawu diorg nie ada sebab tersendiri untuk buat perkara nie...Aku pun x pasti..hahaha.. penulisan aku kali nie sekadar buat renungan sahaja supaya janganlah kita bertindak melulu sahaja.. Fikir dahulu sebelum bertindak untuk melakukan sesuatu.. Takut nanti mati secara sia-sia sahaja....

Aku nak petik sikit mengenai kes yang berlaku nie..petikan daripada Berita Harian Online pada 10/7/2012...


"Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. 
Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu. "


Kesian lelaki tu kan..akhirnya nyawa sendiri yang tergadai...so, moral of the story bertindaklah atas norma-norma masyarakat Malaysia yang kaya dengan budaya dan adat ketimuran... kalau ada pape masalah yang tidak berpuas hati kita ada saluran yang boleh digunakan. Jadi gunakanlah saluran dan medium yang betul untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati kepada pihak tertentu...

Aku ada tertengok video yang sempat dirakam oleh salah seorang orang awam yang berada di tempat kejadian..video dia tak berapa nak jelas tapi cukuplah sekadar menceritakan situasi sebenar kejadian..

Layan...Selamat beramal ~~~


---------->>>>   lokasi kejadian ialah di perkarangan JPM.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)