Ahad, 28 Oktober 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Assalamualaikum....

Heyy kawan-kawan semua...

Masih terasa rindu di kampung halaman lagi tapi terpaksa balik ke Institut tercinta sebab masih ada lagi perjuangan yang belum selesai. Paling best mood still dalam mood raya lagi tapi nak kena amek final exam dah..hahaha...
tapi apa-apa pun yang berlaku sumenya adalah ujian untuk melihat betapa tabahnya aku sebagai seorang pelajar.

kepada sahabat-sahabat yang nak menduduki peperiksaan akhir semester yang bermula esok, 29/10/2012 aku doakan semoga korang semua dapat jawab dengan sebaik mungkin.. banyakkan berdoa dan jangan lupa study yukkkkk~~

Usaha diiringi dengan doa pasti akan membuahkan kejayaan. jangan berdoa sahaja tanpa berusaha... hehehe..

kepada kawan-kawan semua, boleh ler baca doa-doa yang aku listkan dekat bawah nie untuk permudahkan lagi urusan korang semua untuk jawab exam nanti taw...InsyaAllah semuanya akan berjaya..

1. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL


doamudahfahamhafal
"YA ALLAH, KURNIAKANLAH KAMI FAHAMAN PARA NABI DAN PARA RASUL SERTA MENDAPAT ILHAM PARA MALAIKAT YANG HAMPIR DENGANMU, JUGA KURNIAKANLAH KAMI KESIHATAN WAHAI YANG AMAT MENGASIHANI"

(nasihat daripada Ustaz Syed Abdullah Al Jufri)


2.  DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


MAKSUDNYA ;
"Ya Allah, persiapkan kamu mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu"



3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN


MAKSUDNYA ;
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa"



4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG
(di baca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan)



MAKSUDNYA ;
"Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh"



Ucapan khas tuan punya blog :

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN..

Semoga korang semua dapat jawab dengan sebaik mungkin dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Aku nak mohon maaf terlebih dahulu kalau ada tersalah cakap dengan korang semua. Halalkan semuanya erk... Peace ^_^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)