Isnin, 29 Oktober 2012

NOTA TEKNOLOGI MAKLUMAT -TMK

BAB 1 KONSEP TEKNOLOGI DALAM P&P

1.0  PENGENALAN & KONSEP TEKNOLOGI
1.  Gailbrath (1967) Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yg digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yg praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.

2.  Evan & Nation(2000) Teknologi ialah suatu seni @ sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-tujuannya.

3.  Teknologi ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan. 

1.1 PERKAITAN TEKNOLOGI DALAM P&P
1.  Teknologi dalam P&P ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan.
2.  Department of Audio Visual Instrusion (DAVI) 1963 – Definisi pertama tentang teknologi dalam P&P ialah komunikasi audiovisual.
3.  Association for Educational Communication and Technology (AECT) 1994 – Komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yg bermula dengan reka bentuk dan kegunaan mesej yg mengawal proses pembelajaran.
4.  Teori Kognitif dan Konstruktif – Mereka bentuk, membina, mengguna pakai, mengurus, menilai, menganalisis serta mengguna pakai teori dan amalan daripada bidang-bidang lain.

1.2   DOMAIN TEKNOLOGI DALAM P&P
 1.  Fasa Pertama (AECT) 1977 – Pengurusan pengajaran, Pengembangan pengajaran, dan Sumber pembelajaran.
 2.  Fasa Kedua (Seel dan Richey) 1994 – Teori dan amalan berhubung dengan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan penilaian proses serta sumber untuk pembelajaran.

PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM P&P
 1.  Pembelajaran Kendiri
2.  Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran
3.  Peluang Belajar Untuk Semua.


BAB 2 REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)
2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN
 1.  Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

2.  Mempunyai 3 kategori RP :
RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977)
RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991)
RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)

3.  Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang:
Reka bentuk sistem pengajaran
Reka bentuk strategi
Reka bentuk mesej
Ciri-ciri pelajar

2.2 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

1.  Richey (1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu :
Menentukan keperluan pelajar
 - Menentukan matlamat dan objektif
Membina prosedur penilaian
Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
Mencuba sistem pengajaran
Menilai keseluruhan sistem
 2.  Gustalfon (1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan :
-  Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem)
Produk
Sistem

2.2.1 MODEL ADDIE
-  Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas kepada semua model RP. 
A (Analysis)                              -  Analisis
 D (Design)                                 -  Bentuk
D (Development)                       -  Perkembangan
 I (Implementation)                     -  Pelaksanaan
E (Evaluation)                            -  Penilaian
  
2.2.2 MODEL ASSURE
-     Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.
-     Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan. 
 A (Analyses learner) – Analisis pelajar
         S (State objectives) – Nyatakan objektif
         S (Select method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahan sumber
         U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber
         R (Require learner response / participation) – Libatkan pelajar
         E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula

2.2.3 MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992)
 Tentukan matlamat pengajaran
         Laksanakan analisis pengajaran
         Kenal pasti ciri-ciri pelajar
         Bentuk objektif pengajaran pembelajaran
         Pilih kaedah pengajaran
         Sediakan bahan pengajaran
         Rancang dan laksanakan penilaian formatif
         Rancang dan laksanakan penilaian sumatif
  
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN
1.  Meningkatkan pencapaian pelajar.
2.  Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur
3.  Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4.  Membantu dalam proses membuat keputusan.
5.  Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai.
6.  Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh

2.3  REKA BENTUK MESEJ
1.  Heinech et al (2002) – media sebagai alat yg membantu proses komunikasi.
2.  Reiser dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal yg memungkinkan mesej disampaikan.
3.  Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen : 
Mesej – isi kandungan @ maklumat yg hendak disampaikan
Bentuk mesej – merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yg sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa.
Saluran mesej – alat fizikal yg digunakan dalam penyampain mesej, dalam bentuk elektrikal, mekanikal dan digital.

4.  Gagne dan Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media :
  -  Perkataan / struktur bahasa
          - Bentuk bunyi bukan bahasa
           - Perkataan bercetak
            - Gambar statik
             - Gambar bergerak
             - Sampel sebenar




kawan-kawan...kalau nak nota untuk bab yang seterusnya tunggu aku upload taw...anyway selamat berstudy untuk yang akan mengambil peperiksaan..harap nota nie dapat membantu korang.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)