Jumaat, 11 Januari 2013

Seronok weyh pancing Udang Galah!!!

Assalamualaikum semua!!!

Petang Jumaat yang aku rasa sangat nyaman sebab ditemani oleh hujan yang mencurah-curah di bumi Kuala Lumpur nie... Berat jer rasa jari aku nak menaip sebab mata pon dah ikut sama berat mcm ada batu tgh melekat dekat kelopak mata untuk aku tidur...

Kejap lagi aku tidur ler nie..tapi rasanya sempat lagi nak update blog nie..kejap jer nak update blog nie tambah2 bila dah ada story yang nak dikongsikan...

Petang nie aku nak story pasal pengalaman memancing udang galah!! haaaaa..sapa yang pernah memancing udang galah?? amacam pernah dapat ke mancing udang galah tuu? ataupun dapat penat jer... hehehe..

Aktiviti yang paling aku suka bila cuti sekolah ialah pergi memancing dekat sungai.. tak kisah ler pancing udang ke, ikan ke n pape jer yang best aku suka...hahaha...

Bagi korang yang belum pernah merasainya boleh ler mula merancang untuk mencuba memancing udang galah nie.. seronok bila mata pancing disentap udang galah dan masa nak naikkan udang galah adalah masa yang paling best sekali..

Kalau boleh rasa nak jerit kuat-kuat dkt tgh sungai tu bila dapat naikkan udang galah..hahaha..bukan senang weyhh..kena ada skill memancing yang bagus baru boleh memancing udang nie...Silap sentak pancing tu kemungkinan besar udang akan terlepas... Memang putih mata lorh lepas tuu..hahaa

Untuk korang semua aku sempat rakam beberapa detik manis masa aku pergi memancing udang galah dengan abg aku..Untuk pengetahuan korang semua, abg aku nie PAWANG UDANG..sebab die memang expert memancing..bayangkan aku baru dapat sekor dia dah dapat 5 ke 6 ekor udang dah...hahaha.. Tension jer mancing dengan orang yang hebat memancing nie..kih3x..


ada cara yang tersendiri untuk menaikkan udang galah sebesar nie....






Kepada korang yang mana mempunyai minat dalam bidang memancing nie boleh ler join group kaki pancing nie GENG KAKI PANCING...

Melalui group nie korang boleh bincang macam-macam berkaitan dengan memancing.. Kalau dah memang hobi memancing apa-apa pun diorg sanggup lakukan bagi memastikan hobi mereka dapat ditunaikan...hehe

Sekian dulu perkongsian aku untuk entry petang nie...

time to sleep...yeahhh~~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)