...tup tap tup tap dah habes cuti aku selama 2 bulan yang aku rasa aku dah dapat bercuti dengan sepuas hati aku. sebabnya selama 2 bulan ni memang duduk dkt rumah lepas 2 pegi jalan2 jer..hehehe
so, sepanjang cuti semester nie banyak ler tempat yang aku g melancong dan terokai. boleh ler nak share sikit2 experience yang aku dapat sepanjang bercuti. orang cakap share tempat2 yang menarik nie mana taw boleh tarik minat pelancong daripada tempat lain jgk ke. kira boleh jadik pengiklan jgk ler aku nie..hahaha..
Tempat pertama yang aku g ialah Bukit Larut. Bukit Larut terletak di tengah-tengah bandar Taiping, Perak. Bukit Larut nie atau lebih dikenali dengan nama Maxwell Hill. Untuk naik bukit nie ada 2 cara yang korang boleh guna. 1st korang boleh guna jeep untuk naik sampai ke atas ataupun cara kedua korang boleh ler mendaki.
Bagi aku untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan korang boleh ler mendaki bukit nie. Macam yang aku buat. aku pegi dengan member2 aku semua dalam 10 orang. Perjalanan kami bermula pukul 8 pagi daripada kaki bukit nie. korang taw aku sampai dekat rumah rehat Bukit Larut nie pukul berapa?? haaaaaaaaaa... pukul 1 petang beb....fuhhh~~ giler punya lama..hehehe..aku kira-kira balik daripada kaki bukit sampai dekat tempat rehat dalam 5 jam..sampai dekat atas 2 aku lepak dalam sejam lepas tu aku turun ler balik..
Rasa puas hati yg teramat sgt bila dapat sampai dekat atas bukit larut tu. rasa pengorbanan mendaki berbaloi bila tengok suasana dan pemandangan bandar Taiping drpd puncak Bukit Larut nie..hehe.. Sempat jgk bergambaq dekat atas puncak bukit nie..sebagai kenang-kenangan lagi..hehehe
sume geng dah ready untuk mulakan pendakian..nie dekat kaki Bukit Larut..at 08:00 a.m |
Sampai dekat atas nie ambil gambaq kenangan dulu dekat map negeri Perak nie.. |
Yeahhh!! sume yang dah berjaya sampai dekat tapak resort Bukit Larut nie..ketinggian dia 1036meter drpd paras Laut.. |
tempat paling strategik nak posing dkt atas Bukit Larut nie.. |
nampak macam berkabus dekat blkg sebab masa nie hujan baru jer lepas berhenti.. |
Tepat pukul 2 petang kitorang pun mula turun daripada puncak Bukit Larut nie.. perjalanan turun just ambil masa 2 jam jer. sebabnya kami guna laluan shortcut yang memang mencabar sgt..hehehe..
Thanx guys sebab dah sama-sama daki Bukit Larut nie dengan aku..hahaha... Next time naek guna jeep plak..X sanggup dah nak mendaki..kih3x..
Inilah trip pertama aku semasa cuti sekolah nie..nantikan trip aku yang seterusnya...Peace!!
nice!
BalasPadamahakzz..tenkiu :)
BalasPadam