Sabtu, 25 Jun 2011

::.. MinGgu yaNg MeMenaTkaN ..::



Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia (ayat pembuka bicara)


Huhhh!!!bapak lama giler aku x update blog aku nie..haha.nie sume gara-gara aku balik kampung hari tue..Mmg xde masa langsung sampaikan facebook pon aku x jenguk. Tapi aku x kisah pun sume ni asalkan percutian aku dekat kampung memuaskan. Macam entry aku sebelom nie ler, aku mmg nk bercuti betul-betul..haha..SO, jangan ade komen pape or komplen yang menyatakan yg aku nie blogger yang pasif.(aku tembak dengan meriam cap gajah)...


Ok ler sume, sekian lama aku x berceloteh, mesti banyak perkara nak disebutkan n diceritakan untuk tontonan umum..(18PL)..Tapi aku nk start cerita yang bermula minggu lepas pasal minggu yang paling busy bagi aku dalam sejarah hidup aku. Memang busy tahap tenuk r gua cakap sama lu. Kalau lu x percaya lu boleh tanya sama itu tenuk..haha..


Tengok..kan dah  banyak melencong tempat lain aku nie..Bukan boleh menulis sgt nanti merapu meraban ayat aku..haha :) .. Dalam entry nie aku nk bgtaw ler kenapa aku rasa busy sangat minggu nie. Untuk pengetahuan korang sume aku terlibat dengan minggu pengurusan pelajar baru(MPPB) atau dalam istilah ringkas dia minggu orientasi. Dah dapat adik-adik junior baru kan, so kena r berbakti sikit untuk diorg sume. Sebab nak sangat berbakti aku terpaksa korbankan masa-masa berharga aku dari pagi sampai ke tengah malam nak handle program bersama junior nie. Memang penat sangat ler minggu nie. Ade orang tanya aku.."ape yang ko dapat buat mende2 macam 2? " bagi aku pengalaman daripada apa yang aku lalui nie adalah yang paling penting walaupun aku terpaksa korbankan masa aku. Bak kata orang tua-tua, "duit dan harta boleh dicari tapi pengalaman sukar dicari"...


Dalam tempoh masa seminggu nie macam-macam ler program yang dah dilaksanakan oleh kitorang abang-abang senior nie or lebih special kalau cakap exco Jawatankuasa perwakilan pelajar(JPP)..Dari pagi sampai ler ke tengah malam sebab nak eratkan hubungan antara junior baru nie sesama mereka dan juga dengan abang2 n kakak2 senior diorang nie..


Tapi rasanya malam paling best pon adalah malam jumaat yang lepas sebab kitorang buat gimik yang terbaik untuk budak2 junior. Hahaha..best sangat kenakan diorang sampai nk nangis then baru celebrate bzday 2 orang pelajar baharu tue..haha..meletop giler malam tu...
Gimik nie adalah sempena malam terakhir minggu orientasi pelajar baharu nie so aku rasa lega sangat-sangat. Haaaa..taw x kenape aku cakap aku rasa lega?? Sebab utama dia aku dah xperlu nk habiskan masa aku dekat dewan tu..hihihi..Pasnie aku boleh jalankan rutin harian aku seperti biasa.


Tapi serius aku memang penat minggu nie. Aku nk masa untuk qada balik sume masa yang aku dah habiskan untuk minggu orientasi tu..huhu..


OK ler..dah panjang berjala aku berceloteh kat entry kali nie..tnggu untuk entry yang seterusnya ok..hahaha..








tag kepada semua fasilitator n petugas sepanjang MPPB  iaitu minggu sibuk aku..
gambar kenangan hari terakhir MPPB dengan
semua pelajar baharu ambilan Jun  2011


gambar kenangan warga keluarga JPP Ilmu Khas tahun 2011/2012










p/s ::.. sabar jeler bro..ko 2 kan budak JPP..ko kena r korbankan sikit masa ko..yg penting ko uruskan masa ko sebaik mungkin..peace!!!  =)


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)