Jumaat, 1 Julai 2011

MenGuLiT KeNanGaN =)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia...

Lepas aku selesai solat maghrib tadi, aku saja-saja usha gambar-gambar yang ada kat dalam disk aku. Yeler, gambar lama-lama kan..Orang cakap bila tengok gambar yang sudah kita akan mengimbau semula kenangan yang terjadi masa tu...SO tadi memang aku dah xde dalam dunia relaiti dah sebab aku dah mengelamun ntah ke mana. hahaha..

Dalam semua gambar yang aku duk usha sekian lama tadi, aku tertarik dengan gambar kenangan masa aku wat Program pendidikan Luar dekat PUlaU PANGKOR, Perak semester lepas. Teringat semua kenangan sepanjang seminggu berada di Pulau Pangkor tu wat hati aku berbunga-bunga..Ayat xleh blah langsong.......

Seyes aku rasa macam nak p sana buat kali kedua. AKu rindukan suasana dekat situ. Pulau yang dikelilingi oleh lautan dan penuh dengan pesisiran pantai yang cantik..URmm..Bila plak aku boleh menjejak kaki dekat situ lagi erk..hahaha...



..


Best kot dapat main buaian dekat tepi pantai macam nie..yuhuuuu


gambar kenangan selepas penat pusing satu pulau semasa aktiviti orienteering...
Sempat lagi bergambar dekat tempat wat aktiviti snorkeling..cantik sangat air dia...


pemandangan di tepi pantai sewaktu matahari OTW nak terbenam. Cantik kan??




p/s : Kenangan adalah merupakan satu anugerah yang tiada ternilai dan tidak ada galang gantinya. Oleh itu, semadikanlah segala kenangan dalam memori hidupmu supaya tidak lenyap selamanya dari hidupmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)