isu perbincangan yang seterusnya aku nak bangkitkan ialah pasal amalan bertegur sapa. apa yang korang faham mengenai bertegur sapa nie??adakah sekadar tegur sahaja macam ; hi awak..helo...dan sebagainya ataupun lebih daripada itu??
kalau kita sama-sama masih ragu-ragu lagi jom kita lihat sendiri definisi bertegur sapa itu secara keseluruhan ;
--> ucapan untuk mengajak bercakap-cakap;
-- ajar celaan; kritik; peringatan..
---> sapa
sapa ucapan untuk menyapa (mengajak bercakap-cakap): betapa menarik tingkah laku dan -- sapanya;
--> ber·te·gur·an
saling menegur; sapa-menyapa: sudah seminggu ini kedua anak itu tidak
~; me·ne·gur
1. mengajak bercakap-cakap (bertanya dsb); menyapa: sudah tiga hari ia tidak ~ saya;
2. mencela; mengkritik: ia tidak segan-segan ~ perbuatan anaknya yg keliru;
3. memperingatkan; menasihatkan: saya ~ nya sebab ia tidak mahu melunaskan hutangnya;
4. mengganggu (tt setan, hantu): jangan bermain di bawah pokok beringin itu, nanti ada yg ~ mu;
sekarang korang dah faham kan apa maksud bertegur sapa, ataupun tegur, ataupun menegur, ataupun berteguran dan sewilayah dengannya. kenapa aku bawakan isu ini untuk diperbincangkan untuk entry aku kali nie. sebab aku tengok pada masa kini nilai murni bertegur sapa nie dah semakin menghilang daripada kehidupan manusia khasnya orang-orang Melayu.
kenapa aku mentionkan ORANG MELAYU dekat sini...macam kita semua tawu, kita sebagai orang Melayu sangat berbangga dengan adat-adat ketimuran kita yang penuh dengan nilai-nilai murni dan budaya yang sangat dijunjung. tapi sekadar bangga sahaja nak buat apa kalau kita sendiri tak pernah mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-harian kita. sepatutnya kita menjadikan amalan bertegur sapa ataupun dalam Islam lebih senang aku cakap memberi salam sebagai amalan harian kita.
aku bercakap semua ini adalah berdasarkan kepada pengalaman aku sepanjang aku hidup 21 tahun nie. aku sangat-sangat bersyukur kerana aku dilahirkan di kawasan kampung bukan di celah-celah kesibukan kota raya macam aku tinggal sekarang. jauh berbeza jika dibandingkan kehidupan masyarakat di kampung dan di bandar-bandar besar pada masa kini. jauh dari segi apa??dari segi nilai murni yang aku perkatakan dan sudah semakin menghilang dalam kalangan anak-anak muda terutamanya yang tinggal di kota. kalau korang tak percaya apa aku cakap korang nilai sendiri situasi dekat bawah nie :
SITUASI 1 : semasa di dalam lif
--> bila korang masuk dalam lif kemudian ramai lagi yang akan masuk dalam lif bersama-sama dengan korang, apa yang korang akan lakukan?? pernah tak korang semua berbual dengan sesiapa sahaja yang berada dalam lif tu?? kalau pernah syukurlah...
pada pengalaman aku dan pemerhatian aku, bila masuk dalam lif jer terus tekan butang level rumah kemudian senyap sahaja seribu bahasa. kalau tak senyap pun keluarkan telefon bimbit then buat-buat baca sms ler, tengok-tengok telefon bimbit tu sambil buat tak perasan orang-orang dalam lif tu. (berdasarkan pengalaman sedia ada)
SITUASI 2 : sewaktu menunaikan solat JUMAAT (bagi kaum lelaki sahaja)
--> perasan atau tidak sebenarnya ianya berlaku kepada diri kita sendiri termasuklah diri aku ini. bila sampai masjid sahaja bagi salam dulu sebelum melangkah kaki ke dalam masjid, lepas tu terus duduk dekat bawah kipas. selesai semuanya sehingga selesai solat jumaat baca doa 3 rangkap terus blah macam tue saja. walhal dekat sebelah kanan dan kiri kita ada orang lain. kenapa kita x bersalam-salaman terlebih dahulu sebelum beredar...kan lebih baik dan molek jika kita bersalam-salam dahulu then kalau nk bercakap sepatah dua apa salahnya kan..tanya khabar dulu ke pastu baru ler blah dari situ. kalau aku solat Jumaat dekat kampung aku, aku dapat lihat suasana macam nie lagi. rasa macam seronok jerk.
SITUASI 3 : masa berselisih kenderaan di jalan yang 1 lorong sahaja.
---> korang semua mesti pernah bawak kereta kan? kalau dekat jalan dua lorong x menjadi masalah tetapi situasi kali nie aku bawakan di kawasan perkampungan ataupun mana-mana sahaja yang lorong dia just satu lorong dan salah seorang daripada pemandu terpaksa berhenti dahulu dekat tepi jalan untuk memeberi laluan kepada kenderaan di hadapan...rasa-rasanya korang pernah tak lalui perkara-perkara macam nie? apa yang korang buat bila terjadi situasi seperti ini berlaku?......
---> bercakap atas dasar pengalaman ( uiii..banyak sungguh pengalaman aku nak share nie) , bila ada kereta datang dari arah depan, better kita mengalah dulu dengan memberi laluan kepada kereta daripada arah depan. tapi tengok apa reaksi orang yang kita beri laluan tue apa akan dia lakukan lepas kita bagi dia laluan. kalau aku selisih dekat kampung, awai-awai lagi diorang akan angkat tangan sambil jerit kot tingkap kereta
masa tu mesti korang akan rasa seronok sangat sebab orang tu cakap terima kasih dekat ko..tapi apa yang akan berlaku JIKA sebaliknya??dia lalu sambil wat bodo jer dekat korang??haha..mesti korang rasa nak bagi penyepak laju-laju tahap maksimum punya kan bila ada orang yang buat macam tu dekat korang..hihihi..sabar lah..itulah manusia dan seperti yang aku bincangkan, nilai murni
---> pengajaran yang nak aku sampaikan melalui perbincangan kali ni ialah kita sebagai umat Islam Khususnya dan amnya ORANG MELAYU, kita tidak seharusnya melupakan segala amalan-amalan dan budaya murni seperti ini walaupun di mana kita berada. kenapa kita boleh berbudi bahasa dan bertegur sapa dengan orang kampung bila dah balik kampung tapi bila dekat bandar suma duk buat hal sendiri sampaikan orang sebelah buat apa pun korang tak perasan. so,
********************************************************
seperti biasa, korang akan dihidangkan dengan lagu-lagu (bukan lauk-pauk erk) yang bersesuaian dengan topik yang dibincangkan..selamat mendengar semua..
haha..lepak-lepak dulu dengar apa Ustaz Azhar nie cakap...
betul apa yang kumpulan rabbani nie cakap..kita semua sama sahaja pada pandangan-Nya..janganlah sombong sehinggakan melupakan sahabat yang lain..^_^*
notaKaki : selamat membaca dan selamat beramal~~ peace ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan