Isnin, 28 November 2011

NILAI MURNI 3 - AMALAN MEMBERI & MENJAWAB SALAM




Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia....

tup...tap....tup...tap...dah lebih seminggu juga aku tak berdiskusi dekat blog aku nie mengenai isu-isu yang melibatkan nilai-nilai murni yang sudah semakin luntur dalam kalangan masyarakat melayu dan khususnya masyarakat yang beragama Islam pada hari ini.

sudah semestinya aku tengah ada modal nak bercerita panjang lebar sikit hari ini mengenai nilai murni yang menjadi topik perbincangan aku malam nie..rasa-rasanya kenapa aku pilih topik nie untuk dikupas secara mendalam?? sebabnya amalan memberi dan menjawab salam adalah merupakan amalan fardhu ain bagi setiap umat Islam di dunia. tak kiralah kalau berada di mana sekalipun, amalan memberi salam perlulah dilaksanakan. betul ke apa aku cakap yang amalan memberi salam nie adalah fardhu ain?? sebenarnya kalau kita tak pasti kita ada rujukan kita iaitu Al-Quran dan hadis..rujuklah kepada kedua-dua bahan ini nescaya kita akan dapat apa yang kita inginkan. so, bagi menjelaskan lagi apa yang aku cerita penjang lebar nie apa salahnya korang luangkan sedikit masa untuk baca hadis di bawah nie....~~sila lihat di bawah ini........

           ********************************************************

--> Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat. Sekiranya beramai-ramai memberi salam menjadi sunat kifayah. Sunat kifayah bermaksud; sunat ke atas kumpulan ramai tersebut memberi salam. Apabila seorang melakukannya, pahalanya akan diperolehi oleh semua. Menjawab salam pula, sekiranya berseorangan hukumnya menjadi fardhu ain.


--> Sekiranya beramai-ramai, menjawab salam menjadi fardhu kifayah. Sekiranya seorang menjawab salam, gugurlah tuntutan atas semua orang lain. Sekiranya semua yang hadir menjawab salam, itu lebih baik. Sekiranya semuanya meninggalkan menjawab salam, semua akan berdosa. Dalilnya ialah hadis nabi : ( يجزء عن الجماعة إذا مروا أن يسلم أحدهم ، ويجزء عن الجلوس أن يرد أحدهم ), 


------- maksudnya: “cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (hadis riwayat Abi Dawud) Begitu juga wajib menjawab salam yang dikirimkan samada dikirimkan menerusi seseorang secara lisan atau dikirim menerusi tulisan apabila kiriman tersebut sampai. Dalilnya ialah hadis Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda kepada saya.

         ******************************************************************

setelah korang membaca hadis dan keterangan dekat atas nun mesti korang dah faham kan ape sebabnya perlu untuk memberi salam kan??sunnat dilakukan taw tak..hihihi

sekarang nie memang betula ku tengok nilai memberi salam nie dah semakin kurang dalam kalangan kita..agak-agaknya berat sangat kot mulut nie nak dibuka untuk memberi salam kan..hihihi..kalau dulu masa aku sekolah-sekolah dulu cikgu selalu bagi komen pasal adat memberi salam nie dekat perhimpunan. cikgu siap cakap dalam mulut tu ada emas kot sampai xnak bukak untuk beri salam..hihihi..tapi bila aku terfikir balik pasal nie memang betul pun kan apa yang cikgu cakap..kenapa malas sangat nak bukak mulut untuk memberi salam..bukan susah pun bagi salam dan jawab salam. ok ler kan, biar aku jelaskan dan bincangkan beberapa situasi yang seringkali berlaku pada masa kini yang melibatkan adab memberi salam.

SITUASI 1 :
kita sering kali melihat warga tua memberi salam bila berjumpa tak kira lerh dekat kedai kopi ke, dekat kedai repair basikal ke, dekat warung Mak Senah ke dekat mana-mana diorg jumpa mesti diorang akan bagi salam. itulah orang-orang terdahulu dan orang tua yang masih lagi tidak berat untuk membuka mulut memberi salam. kita lihat pulak situasi anak-anak muda zaman sekarang, jumpa dekat kedai basikal...aku tengok ko, ko tengok aku..lepas tue angguk jerk..senyum pun tidak..bukan dekat kedai basikal jerk, dekat cyber cafe ,CC pun tak pernah bagi salam kalau berjumpa. yang tahu "hoi", "whats up" , "woit" dan macam-macam lagi style anak-anak muda sekarang nie memberi salam.."ASSALAMUALAIKUM W.B.T" entah kemana hilang..hahaha...

SITUASI 2 :
orang-orang muda sekarang nie nk nampak aktif dan cergas turun ler padang main bola ke, xpun pegi dekat court takraw yang disediakan oleh kerajaan untuk bersukan then main takraw ramai-ramai. tengah duk main tue lalu seorang pakcik tua..jeng..jeng..jeng....berjalan perlahan-lahan seperti kura-kura melintas jalan...

Mat : Assalamualaikum pak hamid!!!!laung mat sampai kedengaran seisi kampung suara yang agak besar tue.
pak cik : Waalaikumussalam mat............
Mat : pak Hamid, mai ler sini dulu..main takraw dengan kami. kita main LIBAS..
pak cik : takpeler mat, engkau main ler puas-puas..kalau pakcik main nanti mau patah riuk tulang pakcik nie..hihihihi..

macam itulah keadaannya kalau di kampung yang kebiasaannya aku merasai sendiri keadaan ini tetapi jika dilihat pula keadaannya di bandar atau bagi sesetengah anak muda..kadang-kadang pakcik ke makcik ke yang lalu buat tak taw jerk..inikan pula kawan-kawan sebaya..lagi tidak ditegur dan disapa..hahaha..tapi kalau awek yang lalu depan budak-budak nie..huishhh...kemain banyak bunyi-bunyi sumbang tapi kekadang sedap juga didengar..ada bunyi cengkerik, ada bunyi tikus mondok, tikus kasturi pun ada..hahahaha...

 ***********************************

macam inilah keadaannya bila nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan dari awal-awal lagi semasa zaman sekolah lagi tidak diamalkan dan akhirnya hilang begitu sahaja. adakah kita semua sebagai anak-anak muda zaman yang dikatakan zaman IT serba canggih ini ingin melihat perkara ini terus berleluasa dan membiarkan sahaja perkara ini berlalu macam tu saja...tolong ler semua..kita ubah sikap kita nie..bukan susah pun nak memberi salam dan menjawab salam..senang sangat-sangat kan..cuma jangan berat sangat mulut tue...ingatlah setiap kali kita memberi salam kita akan mendapat pahala sunnat.

seperti mana yang kita selalu dengar Ustaz dan ustazah kita cerita masa sekolah dulu-dulu, Rasulallah tidak pernah pun menjawab salam..haha..dengar macam perkara nie pelik kan..aku dengar mula-mula pun pelik dah..tapi biar dgr sampai abes dulu..

===="" Rasulallah tidak pernah menjawab salam kerana beliau yang akan memberi salam terlebih dahulu kepada para sahabat beliau sebelum sempat para sahabat memberi salam..oleh itu, memang Rasulallah tak kan menjawab salam ler kan..""======

kalau kita boleh menjadi seperi Baginda Rasulallah alangkah hebatnya kita ini. so,bersempena dengan tahun baru hijrah ini apa kata sekiranya kita semua berhijrah dengan berubah sikap kita agar lepas nie kita selalu memberi salam kepada kawan-kawan kita ataupun pakcik dan makcik yang kita jumpa..janganlah berat membuka mulut untuk memberi salam..takde untungnya kalau kita nie kedekut memberi salam..

InsyaAllah kita semua akan berubah lepas nie dan selalu lah beramal dengan memberi salam. alangkah seronoknya bila pahala yang kita perolehi tu diberi secara cash..kita bagi salam jer terus dapat RM50.00..komfom lepas nie semua orang akan jadik macam baginda Rasulallah...jumpa orang terus bagi salam..hahaha..jangan sampai bagi salam dekat orang india dan cina pulak sudah..tak ke haru kalau jadi macam tu..hihihi..


   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


gambar hiasan sahaja....berilah salam kepada kawan-kawan...




notaKaki : Ya Allah ya Tuhanku..ko perkenankanlah doa hambamu ini..ko berilah hambamu ini hidayah supaya dapat berubah agar menjadi lebih baik daripada semalam dan akan selalu beramal soleh dengan setiap orang..amin..amin..amin...

3 ulasan:

  1. assalamualaikum debator negara. :p

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam..haha..nampaknye ada org tidak berpuas hati nie..lalala

    BalasPadam
  3. :p mane ade xpuas ati. teruja tgok debator ade blog. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)