Jumaat, 9 Disember 2011

NILAI MURNI 4 - MANA MENGHILANG KERJASAMA

Malam nie nak taip laju-laju sebab dah penat dah dengan kerjaya sekarang nie..rasa nak patah dua dah tulang belakang nie haaa..kih3x..ape pulak cerita yang aku nak discusskan pada malam nie..hahaha..

cerita aku malam nie berkisarkan tentang KERJASAMA. apa sebenarnya yang korang semua paham mengenai kerjasama??masa dekat sekolah menengah dulu aku teirngat lagi setiap kali buat karangan yang berkenaan kerjasama nie ada beberapa peribahasa yang sangat menarik dan memang sesuai giler-giler lorh dengan perkataan KERJASAMA nie..mesti korang pernah dengar jugak kan peribahasa nie...tapi ape aku kesah kalau korang dah pernah dengar..aku tetap nak share jugak..hahaha..peribahasa yang aku maksudkan ialah:

1. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT

                           2. KE GUNUNG SAMA DI DAKI, KE LURAH SAMA DITURUNI.

  ---> dua cukup ler dulu..kalau nak lebih-lebih korang carik ler sendiri..xpon pegi tanya dekat pakcik google..hahaha..die sedia membantu korang semua..haha..

anyway apa yang korang paham dengan dua-dua peribahasa yang aku bagi tu dengan perkataan KERJASAMA..ada kaitan ke tidak erk..nampak macam xde sangkut pape pertalian pun kan??hahaha..itu pun aku xnak cerita..soal definisi bukan aku yang layak mendifinisikan sesuatu itu..tanyalah yang pakar..senang cerita ler kan..perkataan kerjasama nie adalah "BUAT KERJA SAMA-SAMA"...

HAHAHA...amacam korang semua..setuju tak dengan definisi yang mudah lagi ringkas dan lagi padat yang aku bagi tu.hahaha..itulah yang paling mudah untuk kita paham apa maksud kerjasama. 

aku bawakan nilai kerjasama pada malam nie untuk dikongsikan sebab aku rasa semakin hari nilai KERJASAMA nie dah semakin berkurangan..betul atau tidak??sapa setuju dengan aku sila angkat tangan korang yang machum tu..hahahaha..

TAHNIAH kepada sesiapa yang setuju dengan aku dan TAHNIAH jugak kepada sesiapa yang tidak setuju dengan aku. apa yang aku perkatakan ini adalah realiti pada masa kini dan bukannya pada masa lalu yang kita nak sanjung-sanjung..

senang cerita aku bagi satu situasi jer sudah..sekarang nie kalau ada JKK Kampung nak buat aktiviti gotong-royong terutama pada hari AHAD berapa ramai keluarga yang akan "turun padang" untuk sama-sama bergotong royong??sapa ada buat research tolong share taw..hahaha..
         ---> eehhhhhh!!! kejap, kenapa setiap kali bila bercakap pasal kerjasama mesti dikaitkan dengan gotong-royong??adakah gotong-royong jer yang boleh kita tengok nilai kerjasama nie??hahaha..macam sempit jerk fikiran kita bila beranggapan macam tu kan...(yang penting aku x berfikiran macam tu erk..)

sebenarnya kalau kita tengok balik banyak sangat perkara dan aktiviti harian kita yang sememangnya tidak terlepas dengan nilai kerjasama. kalau musim cuti-cuti sekolah macam sekarang nie memang belambak-lambak ler kan orang nak wat kenduri kahwin..so, secara automatik nilai kerjasama akan wujud bagi seisi keluarga dan masyarakat "kampung"...KAMPUNG lagi yang aku mentionkan..haha..xde tempat lain ke aku nk cakap?..abes tu kalau dekat kampung jer yang ada aktiviti gotong-royong camner aku nk cerita yang dekat bandar..dekat bandar, suma dah tersedia..daripada catering, tempahan dewan dan segalanya..cuma keluarkan modal saja..macam mane aku nak cakap nilai kerjasama masa kenduri kawen tu dapat dilihat kalau dekat bandar..

banyak lagi kerjasama yang kita sering kali terlepas pandang dalam kehidupan sehari-harian kita kan..Aku ambik contoh mudah sekali yang berlaku dalam kalangan keluarga kita sendiri..contoh aku bagi nie kalau sape terasa aku mintak maaf awal-awal...(xde kena mengena yang hidup dan mati ok..)

------- kalau tiba waktu makan tengah hari, bagi family jeler ok..apa yang selalunya akan terjadi??mesti mak akan sediakan pinggang mangkuk, sudu, lauk pauk (komfom mak masak), air basuh tangan, cawan dan serba serbi mak yang sediakan. lepas tue semua datang dekat meja makan then letak bontot atas kerusi dan makan..perghhh!!!mudah sangat hidup kan..kesian mak buat kerja sorang-sorang kan..apa salahnya kan kalau anak-anak datang awal sebelum makan tue tolong mak sediakan meja makan n segalanya...mak tu dah ler penat memasak, sekali sekala tolong ler mak sediakan meja makan lepas tue baru makan sama-sama...

---- betul tak apa aku cakapkan nie..dekat situ adalah nilai kerjasama paling senang nak dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita..


gambar hiasan : Inilah baru yang dikatakan kegunung sama didaki, ke lurah sama dituruni..berpimpin tangan sama-sama kot nak naek bukit tue..


gambar hiasan
inilah nilai kerjasama yang perlu ada bagi setiap orang pada masa kini..xkisah ler tolong tengok jeker asalkan dia berada di tempat kejadian..so, yang penting KERJASAMA.



--------> apa yang aku tak faham sekarang nie adalah nilai kerjasama nie bukan bagi membuat perkara-perkara yang baik sahaja, tapi nak buat jahat pun nilai kerjasama nie diterapkan..hahaha..orang jahat pun taw nilai kerjasama nie kot..kalau korang tengok jenayah yang berlaku sekarang contohnya macam mencuri dan merompak..ada diorg buat kerja sorang-sorang??xde kan...paling tidak pun mesti berdua..haha..nampak sangat semangat kerjasma diorang sangat baik antara satu sama lain..baru ler misi yang dirancang berjaya..hahaha

--------> paling best sekali orang jahat nie, diorang ada prinsip diorang sendiri bila kena tangkap dengan polis..jarang sekali penjenayah mengaku dia buat kerja dengan orang lain. Mau tak mau mesti diorang cakap sungguh-sungguh yang diorang buat kerja sorang-sorang jerk..buat kerja sorang kejadah hape kalau nak rongkah mesin ATM..TAKKAN BUAT KERJA SORANG-SORANG..tengokler macam mane orang jahat nie bukan main semangat kerjasama diorang kan??hahahaha..



gambar hiasan
cuba korang kira sama-sama ada berapa orang perompak dekat sini..ini kes yang memang tengah "HOT" sekarang nie..


gambar hiasan
nie pulak rompakan bersenjata..dua orang jer kan dalam gambar nie..tak tahu ler dekat tempat lain dah menunggu berapa orang kan...






  rasanya itu sajelah yang aku nak sharekan harinie..cukup-cukup ler kan..haha..xperlu banyak-banyak nanti dah takde idea pulak..kih3x..

notaKaki  :: kepada sesiapa yang terasa boleh ler muhasabah balik diri korang tue dan kalau ada yang terasa hati aku menyusun 10 jari tangan ( jari kaki aku tambah kalau korang nak lebih..) memohon ampun dan maaf...peace ^_^u

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)