Ahad, 11 Disember 2011

PASPOT KESELAMATAN NIOSH - OSFAM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...

first sekali greeting aku untuk entry nie aku nk ucapkan selamat berhujung minggu kepada semua pembaca yang tengah membelek-belek blog aku yang tak seberapa nie...walaupun nama hujung minggu tapi aku tetap sama juga macam hari-hari biasa..bangun awal pagi pergi kerja..balik dah terbenam incik matahari nun di ufuk barat..hahaha..

Pape pon malam nie aku ada story nak cerita lagi..still ada idea untuk memperbanyakkan bahan-bahan dekat dalam blog aku nie.haha..malam nie cerita aku pasal PASPOT KESELAMATAN NIOSH (NOSP). Mende hape ler dengan NIOSH nie kan?..macam pelik jer bunyi dia...




sabar erkkk..baru nak mula menaip laju-laju nie.......................^_^

sebenarnya NIOSH nie adalah merupakan pas induksi untuk memasukan kawasan limbungan...

kawasan limbungan? apa mende kawasan limbungan tue...

KAWASAN LIMBUNGAN nie senang cerita adalah tempat kerja lah...senang nak bagitau macam tu ler..dalam bahasa omputih pulak depa panggil "YARD"..sama jeler yang penting tempat nie selalunya buat pelantar minyak dan kabin tempat tidur pekerja pelantar minyak dan mende-mende yang sewaktu dengannya...haha

kepada sesiapa sahaja yang nak bekerja di kawasan limbungan nie adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus NIOSH nie dan mengambil peperiksaan bertulis yang akan dijalankan selama satu hari. Aku story nie atas dasar pengalaman aku okey..

kursus NIOSH nie ada 3 modul utama yang memang kita kena dengar daripada penceramah yang bertugas..dah macam dengar ceramah nak amek lesen motor tu..haha..bosan giler kan dengar ceramah selama 6 jam..haha..modul yang memang diwajibkan dalam kursus NIOSH nie adalah ;




MODUL 1 : UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN.

MODUL 2 : PUNCA DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN / PENYAKIT PEKERJAAN.

MODUL 3 : HAZAD DAN LANGKAH KAWALAN DI LIMBUNGAN.

kesemua modul nie aku dengar bagai nak rak bukan sebab apa, sebab kena jawab exam pulak lepas tue..dah ler soalan dia sampai 40 soalan..Nasib baik dia tetapkan untung lulus exam nie just kena dapat separuh daripada soalan nie..maksudnya 20 soalan betul dah kira lulus...memang lega sangat ler masa aku dapat taw pasal nie..hahaha..

sebenarnya kursus nie bukanlah sesuatu kursus yang membosankan tapi kursus nie memberi banyak pengetahuan baharu dan pengetahuan tambahan yang kita semua mungkin tak pernah dengar dan amik taw sebelum nie..semuanya berkisarkan keselamatan waktu nak buat kerja...

sebenarnya tak rugi juga aku amek kursus nie dengan harga sebanyak RM150.00 untuk tempoh masa 2 tahun . rasanya sangat berbaloi dengan pengetahuan yang aku dapat dan juga yang paling penting aku boleh bekerja di kawasan limbungan..

Tapi kepada yang berminat nak kerja di "OFFSHORE" jangan pulak nak amek kursus nie sebab rugi jer duit korang kalau amek kursus nie..kursus yang korang kena amek bila nk kerja di lautan adalah kursus "SURVIVAL". kursus nie memang tough dan yang paling best harga dia untuk korang amek kursus nie lebih kurang RM2500.00..

aku xnak cerita pasal kursus nak g offshore dulu sebab aku xde pengalaman lagi amek kursus tu..hahaha..

kalau korang nakkan maklumat dan juga serba sedikit pengetahuan mengenai NIOSH nie, korang boleh ler melawat ke laman web nie..aku sediakan khas untuk korang...

                     ::>> NIOSH WEBSITE <<::
                            sila klik perkataan di atas








ok done!!!

aku dah ketandusan idea nak cakap apa lagi pasal NIOSH nie..semuanya dah diceritakan dekat dalam laman web yang aku hyperlink dekat korang..anyway, sape-sape yang berminat untuk bekerja dekat kawasan limbungan boleh ler amek awal-awal supaya nanti tak perlu dah korang nak amek kursus nie lagi..

nie sedikit sebanyak apa yang diceritakan dalam niosh nie..haha..

Lambang hape entah nie..tapi memang berkait dengan NIOSH juga ler nie...




NotaKaki : AlHamDuLiLLah.........sebab aku dah lulus peperiksaan NIOSH nie..dan aku dah ada pun kad NIOSH yang membenarkan aku bekerja di kawasan limbungan..terima kasih SIME DARBY ENGINEERING..

6 ulasan:

  1. tahnbiah bro....sy plak bru nk exam niosh bln 7 nih...xtau ape2 lgi nih...arap2 senang la...huhu

    BalasPadam
  2. thanx...gudluck erk utk niosh ko...senang jer..jgn risau ler..

    BalasPadam
  3. Soalan dalam bahasa melayu or english? sy bulan depan baru nak ambik ~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)