Khamis, 11 Oktober 2012

CABARAN GURU SEKARANG

hollaaaaaaaaaaaa geng sumeeee...

Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepad bekas cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku masa sekolah rendah dulu dan juga sekolah menengah. Tanpa tunjuk ajar daripada mereka tak mungkin aku berada di sini sekarang (IPG)............

Aku dah banyak sangat terbaca luahan cikgu-cikgu masa kini yang sedang mengajar di sekolah. bukan setakat terbaca malah pernah buat interview masa aku buat praktikum dekat sekolah baru-baru nie. bukan interview secara rasmi k..tapi just sembang2 macam sembang kedai kopi laaaa..

Bila aku siasat-siasat balik dan cuba tengok apa masalah yang golongan cikgu-cikgu nie hadapi mungkin betul mereka dibebani dengan tugas yang boleh dianggap banyak. Kalau masa aku zaman sekolah rendah dulu, cikgu just mengajar lepas tu buat rancangan mengajar dan buat soalan peperiksaan.(maksud aku masa tu keje-keje cikgu tak terlalu terbeban).

tapi sekarang nie aku kesian sangat dengan cikgu "veteran" cikgu-cikgu yang mana umur dalam lingkungan 50-an. Bila aku tanya dekat beberapa orang cikgu veteran nie masalah utama diorang adalah melibatkan penggunaan ICT. Nak masukkan data dalam komputer, nak hantar report ke PPD gune online punye sistem dan segala bagai lagi. Dan aku percaya mende nie memang sangat membebankan mereka......



Ok..........korang dah tengok kan gambar di atas?? apa yang ingin korang katakan berdasarkan gambar tersebut? yang mana mengalami mesti banyak sangat nak diceritakan..haha..kalau abg2 dan kakak2 cikgu yang nak story pasal mende2 di atas boleh buat blog baru erk....

anyway~~ rasanya memang betul gambar di atas menunjukkan situasi dan cabaran guru pada masa kini.(aku highlightkan mende nie ok..) Aku tengok gambar di atas aku teringat dekat mak aku..Alhamdulillah mak aku dah pencen sekarang. kalau tak mesti die kena buat mende2 macam di atas. dasar-dasar baru yang dibuat untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. 

Aku sokong semua penambahbaikan dan juga dasar yang dilaksanakan oleh KPM nie dan memang sumenya adalah untuk meningkatkan taraf pendidikan negara kita. nak anak murid kita menjadi seorang insan yang cemerlang gemilang dan terbilang. Just aku kesiankan cikgu-cikgu yang terpaksa bertungkus lumus untuk menjayakan semua dasar-dasar yang dirancangkan nie.


** entry aku nie takde nak sentuh mana-mana bidang pekerjaan yang lain taw..Aku just tumpukan kepada cabaran masa kini menjadi seorang guru sahaja. 

** Semoga semua guru-guru akan terus bersemangat untuk menjadikan kerjaya nie sebagai satu ibadah kerana kalau kita ikhlas, InsyaAllah seberat mana pun ujian dan dugaan yang dihadapi kita akan rasa mudah untuk dilalui. Percaya Allah Sentiasa Membantu Orang Yang di dalam Kesusahan...

** Pesanan buat diri aku sendiri... 1 tahun lagi aku akan mula ditempatkan dan mengajar di sekolah. aku harap aku akan dapat menghadapi semua perkara-perkara nie dengan penuh bersemangat tanpa mengabaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa.... 

Peace ^_^ :::::.. SEKIAN.....

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)