Khamis, 17 Januari 2013

6 Pesanan Imam Ghazali Kepada Kita Semua

Assalamualaikum...

Hye semua!!

Sekarang jam digital laptop aku tepat menunjukkan pukul 12:45 a.m. Tapi masih x boleh nk tido lagi sebab mata still x mengantuk lagi..hahaha..
Amacam mau mngantuk kalau petang tadi dah terbongkang sampai ke maghrib..kah3x..memang tido lambat jgk ler malam nie nampak gaya....haishhhh ^_^

Terdetik seketika di lubuk hati aku untuk share mende yang berguna untuk korang semua pada malam nie.. Perkongsian aku nie just untuk kebaikan bersama..

"amar makruf dan nahi mungkar"

So, tajuk aku pilih malam nie ialah berkenaan dengan pesanan yang telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali kepada kita semua sebagai satu panduan hidup untuk memastikan kita semua menyedari akan diri kita sendiri..



haaaaaaaaaaaa...nampak lebih colourful lagi kan kalau wat slide gambar yang macam nie kan?? hehehe...ok..biar aku ulaskan satu persatu pesanan daripada imam al-ghazali nie...Aku lebih suka untuk mengexplain dengan menggunakan kefahaman aku sendiri.

Maksudnya guna ayat aku sendiri ler...

6 Pesanan tersebut adalah...............

Pesanan 1 : Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini? 

MATI
Seperti yang kita tahu semua manusia di dunia ini akan melalui satu fasa dalam kehidupan mereka iaitu MATI. Takde sorang pun yang boleh menafikan bahawa mereka tidak akan mati. Maka dengan itu, mati adalah perkara yang paling dekat dengan kita. Selagi kita belum mati dan dikebumikan, maka kematian pastinya akan selalu mengekori kita. Semakin meningkat usia kita maka semakin dekatlah kita dengan kematian. Namun, semuanya adalah bergantung juga kepada apa yang telah tertulis iaitu di manakah kita akan mati, pada usia bilakah dan bagaimanakah cara kematian kita..semuanya telah diaturkan oleh yang maha Esa.

Jadi benarlah bahawa kematian adalah perkara yang paling hampir dengan kita semua!!


Pesanan 2 : Apakah perkara paling jauh dengan kita di dunia ini?

Jawapannya adalah MASA LALU.
kenapa masa lalu adalah jawapan bagi persoalan tersebut?.. Seperti yang kita tahu, masa yang telah berlalu xkan berulang kembali kepada kita. Malahan ianya akan semakin menjauhkan diri daripada kita hari demi hari. Sebagai contoh, semalam iaitu 16/1/2013 tidak mungkin akan kembali semula kepada kita. Tunggulah sehingga hari kiamat tidak mungkin akan ada lagi tarikh 16/1/2013. Justeru itu, masa akan selalu pergi meninggalkan kita semua. Maka dengan itu, kita seharusnya mempersiapkan diri untuk menempuhi hari2 mendatang dengan lebih baik agar hari itu tidak berlalu dengan sia-sia.

"Demi masa, seseungguhnya manusia itu dalam kerugian"


Pesanan 3 : Apa yang paling besar di dunia ini?

Kalau nak jawab ikut logik pemikiran kita sebagai manusia, sudah tentu kita akan cakap bangunan, kapal terbang, dan segala macam objek yang berada di dunia ini adalah yang paling besar di dunia..Tetapi, tahukah kita bahawa benda paling besar di dunia ialah ;

NAFSU

Kenapa nafsu??
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).

Jelas sekali bahawa nafsu adalah benda paling besar di duni ini. Walaupun kita tidak dapat melihat nafsu itu, tetapi mampukah kita melawan nafsu kita?? berapa ramaikah orang yang mampu berjihad untuk melawan nafsunya sendiri.

Justeru itu, kita mestilah sentiasa menjaga hati dan nafsu kita jangan sampai nafsu itu membawa kita ke Neraka.


Pesanan 4 : Apa yang paling berat di dunia?

Jika disoal kepada sesiapa sahaja mesti ada yang akan menjawab besi, jentera, kenderaan dan sebagainya. Tetapi apakah jawapan itu adalah yang paling tepat?...

" Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab).

Menurut Imam Ghazali, perkara paling berat di dunia ialah AMANAH..

Mampukah seseorang itu memikul amanah daripada orang lain?. Adakah mereka sudahpun menunaikan amanah daripada Allah s.w.t... Amanah adalah satu tanggungjawab yang sangat besar kepada seseorang itu kerana dia perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Sekiranya tidak, ini bermaksud die tidak menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Sebab tu aku tak sanggup untuk memikul sesuatu tugas atau amanah jika diberikan. Namun, apabila kita memikul sesuatu amanah itu dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin..InsyaAllah ganjaran pahala akan diperolehi...

Pesanan 5 : Apa yang paling ringan di Dunia?

MENINGGALKAN SOLAT

Betulkah meninggalkan solat adalah perkara paling ringan di dunia?? bukan kertas atau kapas mende paling ringan?? bukan kuman ke benda paling ringan di dunia...

Yaaa.. betul sekali. Ini kerana ramai umat Islam pada masa kini yang mengambil ringan terhadap kewajiban solat 5 waktu sehari semalam.. Walhal itulah antara perkara paling utama akan disoal oleh munkar dan nakir semasa kita disoal di dalam kubur kelak.

Orang selalu mengambil ringan solat kerana ALlah tidak menurunkan azab on the spot kalau kita tinggalkan solat. Sebab tu manusia tak rasa apa-apa kalau tinggalkan solat.

Malahan ada yang menganggap solat itu tidak begitu penting jika dibandingkan dengan kemewahan dunia, meeting mengenai projek, masa untuk bersukan dan sebagainya.

"SOLAT ITU TIANG AGAMA"


Pesanan terakhir 6 : Apakah yang paling tajam di dunia?

 "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.


LIDAH

Dengan lidah manusia mampu untuk berkata-kata apa sahaja. Malahan bukan berkata-kata, tetapi memperlekeh, menipu, melukai hati manusia yang lain juga menggunakan lidah.

Nyatalah bahawa lidah itu sangatlah tajam melebihi ketajaman pisau ramboo sekalipun. Maka, kita sebagai manusia haruslah menjaga patah perkataan kita yang keluar daripada lidah kita kerana kita tidak tahu apa yang kita ucapkan mungkin akan menggores hati dan perasaan orang lain di sekeliling kita.

Oleh itu kita haruslah sentiasa muhasabah semula diri kita bagi memastikan kita sentiasa berada dalam keredhaan daripada Allah s.w.t.




Sekian dulu buat waktu nie...tunggu entry lain yang bakal aku post ok!!

2 ulasan:

  1. perkongsian yang menarik :)
    terima kasih atas kunjungan..sy balas kunjungan sambil follow blog ni :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah awk...sama-sama kita saling ingat mengingati kan awk... terima kasih atas kunjungan awk!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Kerjaya Jururawat

Peluang Kerjaya Jururawat
Rebutlah Peluang Kerjaya Ini..Budak Pj doakan kalian semua berjaya kelak....peace :)